Aku menanggalkan telekung solat lalu melipatnya. Memori yang diimbas petang
tadi datang kembali. Dan malu itu datang kembali. Aku terus sujud syukur kerana
Allah membimbing aku dan membantu aku untuk mengislah hati.
Aku membuka laptop dan membuka laman facebook, medan dakwahku yang
kedua. Aku segera menggerakkan 'arrow' ke arah mesej. Ada mesej baru. Tidak
menghairankan. Sebab laman ini memang menjadi laman penyambung tautan ukhuwah
aku dan sahabat-sahabatku.
Aku menekan butang message. Loading dan. . .
Subhanallah! Sesuatu yang aku tidak jangka...
Mesej daripada orang yang tidak disangka-sangka dan tidak pernah
diminta. Khairul Hakimi. Aku termenung sejenak. "Ya Allah, peliharalah
hatiku", doaku.
Assalamualaikum.. nak tanya sikit
boleh? Boleh ana tanya enti sambung kat mana sekarang ni?
"Ya Allah, kenapa dia tanya soalan sebegini? Ilya, teguhkan
pendirian.", imanku berbisik.
Jari jemariku menari pantas di atas papan kekunci. Membalas sekadar yang
perlu dan terus menutup ruangan itu. Aku tahu bahawa syaitan akan tetap
membisikkan kata-kata yang dapat melunturkan jiwa. Aku mahu hindari itu. Biar
hatiku hanya diisi oleh dakwah dan perjuangan. Allah menjadi pemiliknya. Siapa
yang bakal menjadi imamku? Aku serahkan segalanya pada Tuhan. Banyak lagi yang
perlu aku lakukan, untuk Islam.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut
aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari
Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada
Allah
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan
berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)
~THE END~
No comments:
Post a Comment