Tuesday, May 29, 2012

blog oh blog..

Bismillahirrahmanirrahim.. Nampak tak yang wajah blog nie dah berubah.. nie yang excited nak cerita nie.. hehe.. ^_^ ada rahsia di sebalik sesuatu..! giniy.. tadi round2 pergi cari background untuk blog.. sebab ada orang komen kan..? hehe.. gurau jew.. Pastu.. jumpa laa satu background nie.. background nie Laa!! Suka sangat.. Tak taw kenapa.. dah berkenan nak buat cam ne..? ok.. operasi untuk tukar background pown bermula.. Tiba2, azan asar berkumandang.. Hati dah berbelah bahagi nie.. nak siapkan blog ke nak solat dulu.. Sementara azan habis.. ana pun cuba ubah template.. jeng jeng jeng........ tak dapat.. Ya Allah.. cam ne ni? dah laa susah nak cari background yang hati ni berkenan.. huh! Ok, what should I do? Solat first..? Urmm.. betul jugak.. mana taw apa yang ana buat nie tak berkat sebab tu tak dapat.. Jadi, kaki pun melangkah untuk solat.. Lepas solat tu.. Ana pown pergi laa kat komputer.. Adik ana ada kat situ.. dia cakap,"Tengok, boleh dah wak masuk background Na. Pandai tak kak cik buat..?" Haa! Masa tu syukur sangat.. Allah tolong kita banyak cara.. Kali ni Allah tolong dengan bagi ilham kat adik ana untuk ubah background blog macam yang dikehendaki.

OK, KESIMPULANNYA, UTAMAKAN SOLAT YA! INSYA-ALLAH DAPAT KEBERKATAN!
(^_^)

al-Fatihah

Riwayat dari Abu Hurairah pula,rasulullah telah bersabda:
“Sesiapa yang tidak membaca AL-FATIHAH di dalam solat, maka solatnya itu tidak sempurna.
(Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak 3 kali)”.

Lalu sahabat bertanya kepada Abu Hurairah:”Bagaimana pula kalau kami mengikut imam?”.
Jawab Abu Hurairah:”Bacalah perlahan-lahan. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Bahawa Allah berfirman:
“Solat itu aku bagi 2 iaitu antara-KU dan hamba-KU. Untuk hamba-KU ialah apa yang dimintanya…


Apabila hamba-KU mengucapkan:Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji tertentu bagi allah,tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab: hamdani ‘abdi (hambaku memujiku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Arrahmaanirrahim (Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab:’Atsna alayya ‘abdi (hambaku menyanjungiku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Maliki yaumiddin (Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (kepada engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhoolin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab: Hadza li abdi,wali ‘abdi ma saala (inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)

SUBHANALLAH !
Sama-sama kita memperbaiki al-Fatihah dan menghayatinya..

Bila ibadat hanya sekadar adat

Bismillahirrahmanirrahim
Apa perasaan anda jika ditakdirkan anda dapat bertemu dengan penyanyi atau pencipta lagu kesukaan anda? Mesti seronok kan? ^_^

 tapi.. apa perasaan anda bila bertemu dengan pencipta diri anda, dan pencipta kehidupan yang anda jalani sekarang ni..? Adakah seseronok dan se'excited' anda bertemu dengan penyanyi pujaan hati? Tepuk dada, tanya iman!Muhasabah diri T_T

Solatlah masa untuk kita berinteraksi dengan Tuhan. Tapi, Allahurobbi..  solat hanya ditunaikan sekadar adat. Langsung tak terasa kemanisannya. Kadang-kadang, solat dipercepatkan sebab tak nak miss rancangan favourite kat televisyen.. padahal.. keseronokan tengok tv tu takkan kekal.. hanya memuaskan nafsu semata-mata.. teringat pulak kata-kata cikgu sekolah rendah ana," kita ni suka sangat tengok tv. suka tengok cerita orang. Cerita kita macam mana?" Ya Allah! Bila time puasa pulak, mulut bebas berkata-kata, makan daging saudara sendiri.. Astaghfirullah.. padahal mulut tu akan terkunci di depan Allah nanti..

Tu lah jadi bila ibadat hanya sekadar adat.. Langsung tak rasa kemanisannya. Sedangkan solat tu lah yang jadi hiburan bagi rasulullah s.a.w. dulu. Puasa tu lah yang jadi sumber kekuatan para sahabat suatu masa dahulu. Solat tu mencegah kita melakukan maksiat. Tapi sebab apa kita masih buat dosa sedangkan solat lima waktu tak tinggal? tu lah tandanya yang solat kita masih tak sempurna.. Astaghfirullah.. Jom sama-sama muhasabah diri.. Istighfar pada Allah..

Monday, May 28, 2012

uJian, nIkmaT, atau istidraj..

Bismillahirrahmanirrahim.. pertama-tamanya dan selama-lamanya kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t atas nikmatnya.. Alhamdulillah hari ini kita masih berupaya mengukir senyum dan masih mampu menggerakkan mulut untuk bertasbih dan bersyukur kepada-Nya..Qul, Alhamdulillah.. kalau nak cakap pasal bersyukur.. rasenye.. tak masuk laa topik kita hari ni.Ok laa... Siapa kat sini nak berjaya? Angkat tangan.. hehehe.. semua orang nak berjaya kan.. tapi, dalam banyak-banyak yang nak berjaya tu, semua ke boleh berjaya? Jawabannya tak kan? Kenapa??

A: Aku nak berjaya. Aku dah usaha macam-macam. Apasal tak dapat pun ea.. Sia-sia aku study sampai lewat malam! sia-sia!! Aku tak dapat pun apa yang aku nak. Kenapa Tuhan kejam dengan aku?!!

sesiapa yang pernah cakap macam ni, istighfar banyak-banyak..
Astaghfirullahal 'Azim.. Tuhan tak kejam.. Allah tu Maha Adil. Kegagalan tu ialah satu ujian kepada hamba-hamba-Nya.. Allah bagi ujian.. Alah bagi ganjaran.. Jika hamba-Nya bersabar.. Maka, Dia akan memberikan ganjaran pahala. Mungkin tak berjaya di dunia. Tapi berjaya di akhirat, Insya-Allah.. baca kat bawah nie..

na'uzubillahi min zalik..


Istidraj.. Apa tu?? ni yang paling digeruni sekali..  Allah beri nikmat yang melimpah ruah supaya kita semakin terpesong daripada-Nya. Contoh istidraj ialah Qarun.. Allah beri dia harta kekayaan.. Akhirnya dia semakin sesat dan jauh daripada Allah.. Nauzubillah..

B: Weyh.. aku nak tanya kau sikit ni.. Aku tengok kau ni siang malam study.. tapi tak dapat pun apa yang kau nak.. cuba kau tengok aku.. Aku biasa-biasa jew. Orang kapel aku kapel.. Orang ponteng prep aku ponteng.. Tapi Straight A plus beb!

Tak disangkalkan.. Ada kes macam ni.. Pakai jilbab atas dada.. couple.. dating.. buat apa-apa yang Allah murka.. Tapi, tetap berjaya.. itu mungkin istidraj.. Berhati-hati lah ya! Orang macam ni harus disedarkan dan dinasihati secara elok..  Selagi mana dikurniakan hayat.. Taubat kita masih Allah terima.. Allah itu maha Penyayang.. Allahu Akbar! Sama-sama kita doakan agar dijauhi riak dan istidraj.. Tak lupa juga dikurniakan kecemerlangan akhlak dan akademik.. Ameen..


Saturday, May 26, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. hari ini masih diizinkan oleh Tuhan yang Maha Berkuasa utk menyedut oksigen cinta-Nya.. diberi peluang untuk memperbaiki diri.. mengislah diri dan bertaubat kepadaNya.. Alhamdulillah.. Tarbiah tu proses 2 hala.. memberi dan menerima.. Jd.. hari nie, ana pergi ronda2 kat blog2 yg bgus laa.. Allahurobbi.. banyak sgt p'ajrn yg boleh dipetik.. sbb tu orang kata, internet nie mmg ad kburukn.. dah mmg sifat dye makhluk.. mmg ad klemahn.. tp jgn dlupa, dlm klemahan internet tetap ad kelebihan.. cuma bergantung atas kita utk mmanfaatknnya.. byk post2 yg ana jumpe dalam blog n fb yg bleh beri pgajaran.. cuma.. hari nie nk kongsi satu jew.. jom same2 hayati:
Andai pincang langkahku.
Andai tempang akhlakku.
Andai hilang hikmahku.
Jangan dihina jalan dakwah ini.
Kerana dakwah ini terlahir suci.
Yang salah itu, memang aku sendiri.
.........................
Astaghfirullah.

Kadang-kadang individu yang terlibat dengan gerakan dakwah mahupun program bersifat Islamik juga ada melakukan kesilapan. Ini fitrah manusia. Jadi janganlah di hina jalan dakwah yang mereka pilih bersandarkan kepada kekurangan yang bersifat manusiawi itu.

Dan pesanan kepada diri sendiri dan juga para pendakwah di luar sana, ingatlah bahawa setiap kita adalah duta bagi Islam. Jagalah segala aspek supaya tidak menjadi fitnah kepada Islam. Kejarlah kesempurnaan dengan berusaha untuk menghampirinya. Kita tidak akan dapat mencapai kesempurnaan, tapi usaha perlu ada kerana kita perlu jadi Muslim yang cemerlang, hari ini mesti lebih baik daripada semalam. (^^)/

kesimpulannya.. jom kita sama2 improve diri.. semoga x jd fitnah pada islam.. Usaha! Usaha! jom..!
MOGA2 ALLAH BERKATI..