Wednesday, February 27, 2013

epilog~ Kau Lebih Tahu

Aku menanggalkan telekung solat lalu melipatnya. Memori yang diimbas petang tadi datang kembali. Dan malu itu datang kembali. Aku terus sujud syukur kerana Allah membimbing aku dan membantu aku untuk mengislah hati. 

Aku membuka laptop dan membuka laman facebook, medan dakwahku yang kedua. Aku segera menggerakkan 'arrow' ke arah mesej. Ada mesej baru. Tidak menghairankan. Sebab laman ini memang menjadi laman penyambung tautan ukhuwah aku dan sahabat-sahabatku.




Aku menekan butang message. Loading dan. . .
Subhanallah! Sesuatu yang aku tidak jangka...

Mesej daripada orang yang tidak disangka-sangka dan tidak pernah diminta. Khairul Hakimi. Aku termenung sejenak. "Ya Allah, peliharalah hatiku", doaku. 

Assalamualaikum.. nak tanya sikit boleh? Boleh ana tanya enti sambung kat mana sekarang ni?

"Ya Allah, kenapa dia tanya soalan sebegini? Ilya, teguhkan pendirian.", imanku berbisik. 
Jari jemariku menari pantas di atas papan kekunci. Membalas sekadar yang perlu dan terus menutup ruangan itu. Aku tahu bahawa syaitan akan tetap membisikkan kata-kata yang dapat melunturkan jiwa. Aku mahu hindari itu. Biar hatiku hanya diisi oleh dakwah dan perjuangan. Allah menjadi pemiliknya. Siapa yang bakal menjadi imamku? Aku serahkan segalanya pada Tuhan. Banyak lagi yang perlu aku lakukan, untuk Islam.


Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)

~THE END~

Tuesday, February 26, 2013

Kau Lebih Tahu

" Astaghfirullahal Azim!"
Serentak dengan lafaz itu, aku terus menutup lembaran buku teks sejarah yang ada di atas meja belajarku.
"Ya Allah.. sisihkan.. sisihkan rasa ini.", rayuku pada pemilik jasad dan hatiku ini.
"Bismillahirrahmanirrahim. 
Rabbisyrahli sadri wayassirli amri wahlul ukhdatal millisani yafkohul qauli.."
tak lupa aku untuk membaca alam nasyrah, memohon kepada Sang Pencipta diri agar ditenangkan hati ini.. Aku menoleh ke arah rakan-rakanku, kebanyakannya sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah, kami akan menduduki PMR tahun ini. Semuanya sedang bersungguh-sungguh mendaki puncak cita-cita.. Cita-cita untuk membawa sahsiah dan menunjukkan pada dunia bahawa Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Ustazah Sarah, 

"Kita ini pelajar sekolah agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.. Orang kenal kita dengan title budak sekolah agama. Budak yang faham agama.. Faham Islam.. Jadi, apabila kita tunjukkan keindahan sahsiah dan result kita, orang akan nampak keindahan Islam.. Kalau kita tunjukkan keburukan akhlak kita, maka, orang akan pandang serong pada Islam.. Nak ke kamu semua jadi fitnah terhadap Islam?? Tunjukkan yang kamu mampu mendapatkan straight A.. agar orang dapat lihat bahawa Islam itu kunci kejayaan kamu."

"hmm.. kita kena ingat, nak dapat straight ni bukan semata-mata untuk diri kita.. tapi juga untuk Islam.. Ini jihad kita.. Jihad untuk mendukung kalimah Lailahaillallah sebagai kalimah agung yang menjadi resipi kejayaan kita.. Kita akan buktikan itu!!" 



Tiba-tiba kata-kata yang pernah dituturkan oleh seseorang yang aku amat sanjungi terbit dimindaku. Lalu, ekor mataku mencuri pandang susuk tubuh pemilik kata-kata itu.

Astaghfirullah, sudahlah! huh.. FOKUS.. FOKUS ILYANA.. Jangan Lalai.. Itu perangkap syaitan yang tidak mahu kamu berjaya.. Dia mahu kamu jatuh.. jatuh bersama-sama dengan perjuanganmu yang rapuh dengan emosimu sendiri!! Yana.. FOKUSSSS!!!!

.  .  .


Kring.. Kring.. Jam locengku berbunyi.. Aku tersentak lalu membuka mataku..
"Ngantuknya!! tidur sikit lagilah.." Aku memejam mata. Sesuatu membuatku bingkas bangun.. Aku membuka pintu dorm dan menuju ke tandas.

"Angah, kita ni kalau nak Qiam.. Bila terjaga aje kena terus bangun. Malaikat kejut kita sekali je. Sebab itulah, sesiapa yang nak qiam ni kena pasang azam yang kuat. Masa kita terkejut itu, iman akan bertelagah dengan nafsu. Iman kata bangun.. Nafsu kata tidur lagi baik. Lagipun, kalau bangun malam ini, mesti esok ngantuk. Macam mana nak study, nak fokus? Macam-macam ideologi dan propaganda yang dibawa oleh nafsu dan syaitan. Sedangkan, faktor kemenangan sahabat nabi dahulu dalam peperangan ialah Qiam di malamnya dan berpuasa di siangnya", pesan ummiku.

Aku melangkah ke tandas dengan kaki kiri. Menggapai ubat gigi dan berus gigi lalu ke sinki. Aku membasuh mukaku. "Ya Allah, putihkanlah mukaku pada hari engkau menghitamkan wajah-wajah (hari kiamat)". Aku merasakan sesuatu. Sejuk.. Bukan.. Inilah yang aku cari selama ini.. Yang tidak mungkin aku gapai pada saat dan ketika yang lain.. Ya, ketenangan. Ketenangan yang lain daripada yang lain.. Aku terus meratakan wuduk ke anggota-anggota wuduk yang lain. Aku menyelak seluar trek hitamku, lalu meratakan wuduk di bahagian itu. " Ya Allah, kau tetapkanlah kakiku ini di atas titian sirat-Mu pada hari Engkau gelincirkan kaki-kaki hamba-Mu agar tidak aku tersungkur ke dalam neraka jahannam-Mu."

Tenang.. Tenang... Tenang... Aku dapat rasai itu.. Ya Tuhan, aku mahu bermadu kasih dengan-Mu.. Aku membaca doa selepas wuduk dan meneruskan langkahku ke dorm. 

Assalamualaikum.. Salam tetapku beri walaupun aku tahu sahabat-sahabatku sedang lena dibuai mimpi. Tanganku laju meluru ke arah suis lampu lalu memetiknya. Satu lampu terbuka.. Aku cuma nyalakan satu, niatku tidak mahu mengganggu kawan-kawanku. Aku meluru ke arah sahabat-sahabatku. Satu persatu. Mengejutkan mereka untuk Qiam juga. Aku mahu masuk ke syurga bersama-sama dengan kamu semua.. Aku mahu menjadi seorang sahabat baik yang mana sahabat baik ini ialah, apabila terpandang akan si dia kita akan teringat Allah. Aku mahu jadi begitu. Aku tidak tahu sama ada aku mampu atau tidak. Tapi, aku mencuba.. " Ya Allah, aku mahu masuk ke taman syurgaku bersama mereka Ya Allah, kerana merekalah megingatkan aku ketika aku terleka."

. . .




"Ya Allah... Aku hamba-Mu yang hina Ya Allah.. Aku banyak mengingkari-Mu Ya Allah.. Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah.. Ampuni aku jua jika aku mencintai hamba-Mu lebih daripada-Mu.. Tidakku pinta begitu Ya Allah.. Engkau mengetahui segala apa yang berada di hatiku. Engkau maha mengetahui segala isi hatiku, Ya Allah.. Aku tidak mahu semua ini.. Tidakku jemput ia bertandang di hatiku.. Aku tahu itu semua fitrah.. namun, Ya Tuhan, aku tidak mahu ianya menjadi fitnah dan penghalang untuk aku mencintai-Mu lebih daripada segalanya.. Ya Allah.. Jika dia engkau ciptakan untukku maka pertemukanlah kami pada waktu yang sepatutnya.. Dan engkau hindarilah aku untuk mencintainya lebih daripada-Mu.. Ya Allah.. Dan jika dia bukan untukku.. Maka, Kau hindarilah aku untuk mencintainya.." rayuku dalam tangis kepada pencipta cinta yang bertandang dalam hati-Ku.. Hanya Dia yang memahami. Hanya Dia yang mampu menenangkan aku. Hatiku milik Dia yang Maha Kuasa.. Aku mengesat tangis.. Seakan ada suatu ketenangan yang aku rasakan di sebalik ini semua.. Ya Allah.. Subhanallah.. Maha Kuasa Engkau..

. . .

5 bulan telah berlalu..
Keputusan PMR telah diumumkan. Alhamdulillah, aku tersenarai dalam kalangan mereka yang mumtaz. Aku berjaya menggapai 9A.. Aku segera memeluk sahabat-sahabatku yang berada di situ. Sungguh kami tak sangka, kami berjaya mencapai straight A yang diidam-idamkan sedangkan tahun itu, kami amat sibuk menguruskan program pada adik-adik. " Walaupun tahun ni tahun peperiksaan kita, itu tidak bermakna bahawa kita terlepas daripada tanggungjawab kita. Kita tetap pemimpin yang mempunyai tanggungjawab. Ingat, Allah berfirman, Sesiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolongnya dan meninggikan darjatnya." Memang kata-kata itu aku simpan di dalam dadaku kemas-kemas. Dan inilah buktinya. Bukti bahawa janji Allah itu benar. Aku dan sahabat-sahabatku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kamilah buktinya. "...maka Allah akan menolongnya dan meninggikan darjatnya" Aku lihat sekarang... Sungguh janji Allah itu benar.

. . .

Aku berzikir sebentar sambil menunggu sahabatku datang. Kami ada 'date' halal sekejap hari ini. Ada yang aku perlu daripadanya. Aku menunggunya di hadapan surau selepas selesai membaca mathurat sughra berjemaah di surau. Inilah kelaziman kami, pelajar SMKA Kuala Abang. Membaca Mathurat ini bukan suatu yang remeh. Di dalamnya terdapat doa dan rintihan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya. "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah." Itu ialah salah satu cebisan kecil daripada kandungan mathurat. 

Aku memandang ke arah bukit-bukit yang memasakkan pepohon hijau  jauh di luar pagar sekolahku. Memang menyejukkan mata hati apabila terpadang akannya. "Tidak engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api neraka." Kalau seorang anak kecil memandang seekor rama-rama hinggap di dedaunan pokok. Lantas akan tersenyumlah dia. Kagum akan ciptaan Allah yang unik.  Namun, apabila besar anak itu, kekaguman terhadap ciptaan Allah yang amat unik itu pudar lantaran kekagumannya terhadap ciptaan teknologi manusia. Ciptaan Allah bukanlah lagi suatu yang unik padanya. Padahal akal yang digunakan oleh manusia untuk menghasilkan produksi yang canggih dan berteknologi itu padahalnya datang daripada Allah. Maka, yang manakah lebih hebat? Pencipta produk atau pencipta akal yang membolehkan seorang manusia berfikir?


"ehem-ehem.. jauh termenung." menyedarkan aku daripada lamunanku.


"Assalamualaikum cik Qaira, kalau ye pun berilah salam dulu. Nasib baik saya tak ada sakit jantung taw. Kalau tak, kesian pulak sahabat saya ni. Kena angkat saya ke hospital"


"Waalaikummussalam cik Ilyana. Maaflah tuan puteri, tuan hamba ini pun manusia juga. Sering terlupa. Hahaha.. Boleh buat berlakon dalam teater ni." seloroh Qaira, sahabatku itu memang happy-go-lucky orangnya. Selalu buat aku ketawa. Namun, dia tidak segan untuk menegurku tatkala aku tersilap langkah. Itulah makna sahabat. Saling melengkapi.. Bukan memuji segala.. Menghiburkan semata-mata.. Namun sahabat ialah orang yang sanggup bersama-sama dengan kita tak kira senang atau susah.


"What's the matter, friend?" sambungnya.


"Qaira, kita sahabatkan?" tanyaku dengan nada manja.


"Yelah, sahabat atas keimanan. Sampai bila-bila.. Apasal nie? Nak jiwang-jiwang pulak? Ini mesti kes hati ni..."


"Macam mana boleh tahu haa? Awak boleh baca fikiran saya eh?"


"Alah, bak kata Hilal Ayraf. Gerak hati mukmin. Ceritalah.. Kalau boleh saya tolong saya akan cuba. Kitakan mesti saling melengkapi. Ye tak?" Jawabnya sambil mengelipkan sebelah mata.


"Hehe... Kalau boleh, sebenarnya saya tak nak cakap pada sesiapa. Tapi, virus dalam hati ni dah makin merebak dah. Perlukan ubat ni. Harap kata-kata awak boleh jadi ubat pada hati ini"

. . .


Aku termenung sebentar, berfikir sejenak kata-kata yang baru dilafazkan kepadaku sebentar tadi. Berfikir.. Fikiranku melayang.. Aku memandang ke sekelilingku.. Kelasku kosong.. Memang tiada orang. Hari ini tiada prep dan aku ke kelas hanya untuk mengambil bukuku untuk dibawa ke dorm. Ya Allah!!! Aku keluar daripada kelasku.. Mencari susuk seorang insan yang ada dalam hatiku. Aku lihat kelibatnya di tangga. Aku bergegas ke sana. Namun, apabila aku sampai di tangga, bayangnya sudah tiada. Sesuatu menyelinap di hatiku. Aku merasakan bagai kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat berharga. Tak tahu kenapa.


Yana.. Yana.. Ilyana!! Aku bingkas bangun. Aku lihat susuk badan di hadapanku yang sedang memandangku dengan riak wajah kehairanan. Aku lantas memeluknya.


"Qaira!", jeritku.


"Ilyana, istighfar. Kenapa ni?", soal Fiqaira.

Astaghfirullahal Azim.. Aku beristighfar. Aku mimpi sebenarnya. Aku melepaskan pelukanku, mengelap air mataku dan mengukir senyum.

"Qaira, no need to worry, ok. Tak ada apa-apa pun. Mimpi aje.", balasku, menenangkan fikiran.
. . .

Aku menutup lembaran Quran yang dibaca. Jam menunjukkan pukul 6.45pagi. Sudah sememangnya kelaziman aku dan rakan-rakanku untuk membaca Quran sebentar setelah bacaan mathurat sughra secara berjemaah di surau pada pagi hari. Tambahan pula, hati dan fikiranku sedang bercelaru. Pergantungan pada Allah mestilah kuat. Aku bangun melangkah ke arah rak untuk menyimpan naskah al-Quran yang baru sahaja aku gunakan.


"Jom!" Serentak sahabat-sahabat yang berada di hadapanku memanggilku. Asyikin, Maryam, dan Qaira. Mereka berpandangan sesama sendiri diiringi oleh ketawa. Telatah mereka mengundang tawaku. Memang indah bila ukhuwah ini kerana Allah. Aku bersyukur kerana dihadiahkan oleh Allah sahabat-sahabat seperti mereka.


"Bijak laa, awak semua memang ada chemistry!", celahku.

"Hei sahabat, kita ini kan ada ikatan ukhuwah dan gerak hati iman. Bak kata Hilal Asyraflah.", kata Maryam.

Aku dan yang lain-lain mengukir senyum.

"Eh, nak ber'romantis' pun lain kalilah. Dah nak pukul 7 dah ni. Apa nak jawab dengan ustaz Lokman kalau lewat haa? Jom, sahabat. Kita ni nak jadi sahabat yang berdisiplinkan? Disiplin Allah, dan disiplin manusia yang dilandaskan pada hukum Allah.", celah Asyikin, menyedarkan.

Memang begitulah sahabat. Memperingatkan apabila terlupa.

"Jom!", serentak kami menyahut.

sedikit gusarku terubat apabila bersama-sama dengan sahabat-sahabatku. Namun, rasa di hati, hanya Allah yang tahu. Kami melangkah menuju ke Dewan Santapan Bestari.

Mimpi itu.. Ya, mimpi itu. Apa yang Khairul katakan padaku? Mengapa aku lantas mencarinya setelah itu? Mengapa tiba-tiba aku bermimpi tentang dia? Padahal semalam aku tidak memikirkan dia pun. Sibuk dengan halaqah perjumpaan qiadah muslimat. Apa yang aku sangat-sangat ingin tahu ialah apa yang dia katakan padaku. Apa? Pelbagai soalan menerjah ke benakku.

Aku mengukir senyum dan menutur bisik pada sang hati, “Cuma mainan tidur!”, berusaha untuk menenangkan hati Aku melangkahkan kakiku ke dalam dewan makan. Menuju ke arah kaunter makanan. Kaunter makanan muslimin dan muslimat diasingkan. Namun, bersebelahan cuma.


"Wow, nasi air, my favourite!", celah Qaira.


"Saya tak berapa suka. tapi nak buat macam mana, makan aje laa. Lagipun, rezekikan?",kata Maryam.


"Hehe", aku  menghadiahkan senyum.


Aku memandang ke arah kaunter muslimin. Aku terlihat Khairul sedang mengambil makana bersama-sama sahabatnya yang lain. Entah kenapa, hatiku berasa lega. Aku kembali menundukkan pandangan, membawa mangkuk yang berisi nasi air ke meja.

"Ya Allah, sisihkan, sisihkan rasa gundah dan gusar ini. Tak perlu aku fikirkan dia!" 

Rasa bersalah kerana terlalu memikirkan dia bermain di minda.

. . .


Seusai menjalani Penilaian Menengah Rendah, komitmen untuk menggapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia pula menuntut haknya. Ya, perjuangan kita tidak akan pernah habis. Sehinggalah suatu masa yang Allah takdirkan untuk kita bertemu dengan-Nya. Itulah pengakhiran perjuangan manusia.

Perjuangan di tingkatan satu, dua, tiga dan empat sudah disempurnakan. Akhirnya tibalah tahun akhir yang menjadi penentu kepada keberkesanan pembelajaran di salah satu cabang daripada taman-taman syurga ini.

Para pelajar sibuk mengemas buku masing-masing di kelas. Maklumlah, baru sahaja menerima buku teks daripada sekolah. Ada juga yang asyik bersembang. Tiba-tiba, sedang aku ayik mengemas buku. Satu perbualan telah mencuri fokusku.


“eh, awak tahu tak yang ada sorang muslimin kelas kita nak pindah?”


“Biar betul awak ni. Peliklah kalau nak pindah semasa tingkatan lima. Nanti banyak yang ketinggalan. 
Khabar angin dari mana yang awak dengar ni?”


“Orang cakap tak percaya. Ok, takpe. Tak perlu nak dipanjang-panjangkan pun. Saya dengar Khairul sendiri yang cakap kepada Ustazah Sofiyyah kat bilik guru tadi. Katanya, mak dia yang suruh. Jadi dia pun terpaksa mengikut.”


“Oh, jadi Khairul lah yang nak pindah tu. . . Ingatkan siapa tadi.”


“Huh?”, hatiku bagi disambar sesuatu. Teringat mimpi yang pernah aku alami dua tahun lepas. Mimpi yang tidak akan pernah aku lupakan. Entah kenapa, aku gusar dengan berita itu. Walaupun aku tidak ada apa-apa hubungan dengannya, namun hati aku terpikat dengan sebuah kesolehan yang ada pada dia. Tidak sanggup untuk kehilangan dia, walaupun hakikatnya aku tidak pernah memiliki dia.

Kini aku tahu maksud di sebalik mimpiku itu. Walaupun aku tidak tahu samaada mimpi itu hanya sekadar mainan tidur ataupun satu petunjuk.  Allah ingin aku berfikir bahawa sekarang atau bila-bila, perpisahan itu akan ada.

Sememangnya selama ini, aku menyukainya dari jauh. Tetapi aku tidak tahu kenapa aku berasa amat gusar dengan berita perpindahan dia.


. . .

Prolog~ Kau Lebih Tahu


"Nurul Ilyana Syahira binti Muhammad Ansorullah", panggil murobbiku.

"Ya, Ukhti.", jawabku sambil tersenyum.

"Minggu depan enti ulas tentang isu semasa pula ya. Barang siapa yang tidak mengambil cakna tentang ummat Islam maka dia bukanlah daripada kaum itu. Sama-sama kita muhasabah. Khairuna pula ulas bahagian tafsir, surah as-saff ayat 10 hingga 14, Maryam taaruf nafsi, dan Fiqaira ulas tajuk seterusnya dalam buku fikrah kita."

"In shaa Allah, ukhti", kami semua menjawab.

"Alhamdulillah, ukhti suka sangat usrah ni. Sebab usrah inilah sebenarnya yang memberi kerehatan kepada jiwa kita. Apabila lelah dengan dugaan duniawi, sahabat-sahabat kita akan berkongsi taujihat yang menenenangkan hati. Apabila penat dalam arus perjuangan, ayat-ayat Allah meneguhkan pendirian. Indahkan apabila usrah mengatur hidup kita. Islam menjadi sumber pedoman."

"Jiwa kita milik Allah, dan hanya dengan mengingati pemilik hati kita, kita akan menjadi tenang. Usrah ini majlis untuk mendekatkan kita dengan Allah, meningkatkan ubudiyyah kepada Allah, jadi mana mungkin usrah ini tidak menenangkan. Lagipun, dalam usrah, kita akan sentiasa share sesuatu yang baru. By the way, sharing is caring. . . Seronokkan..?", tambah fiqaira dengan bersemangat. Tangannya turut memainkan peranan untuk menambah krim eksperesi keterujaanya.

"Dan secara tidak sedar, dengan meghadiri usrah ni, kita sedang menghidupkan sunnah terbesar nabi iaitu berdakwah. Sepanjang hayat nabi ialah dakwah. Nabi juga ada usrah. Usrah dengan para sahabat. Yang famousnya dekat rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Betul tak?", sambungku.

"Yes you are right dear!", sambut Khairuna dengan mengelipkan sebelah matanya.

"Ok, sahabat-sahabat semua, dengan kuasa veto yang ada pada ana hari ini dengan diamanahkan oleh ukhti Qameela, marilah sama-sama kita tawaqquf majlis kita dengan tasbih kafarah. Sama-sama kita bacakan doa rabitah", kata Maryam sebagai moderator usrah pada hari ini sambil membuat muka ala-ala peguam mahkamah syariah.

Aku berjalan keluar daripada rumah ukhti Qameela selepas bersalaman dengan semua tautan ukhuwah fillahku. Sahabat-sahabat yang lain masing-masing menunggu ibu bapa mereka untuk menjemput pulang. Aku pula mengatur langkah untuk ke pantai yang mengambil masa hanya 5 minit daripada rumah ukhti Qameela.

Sampai di pantai, aku terus duduk menghadap ciptaan Allah yang Maha Hebat itu.  "Ma khalaqta haza batilan, subhanaka, faqina azabannar", doaku. Tidak Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Peliharalah kami daripada azab api neraka.

Aku tersenyum.. Mengimbas memori dulu. Aku mengusap muka. Malu! Entah mengapa, aku sering teringat perkara yang memalukan aku. Biarlah, biar aku malu sekarang, asal tidak di akhirat nanti. Aku mengenang sebuah memori yang banyak mengajar aku. Memori Cinta Manusia.

Aaahhh...malu! Betapa tidak matangnya fikiran aku pada masa itu. Teringat pada saat aku menangis kerana dia. Namun, aku bersyukur bahawa aku bukan menangis kerana mahukan dia. Tapi mahu membuang dia dari hatiku. Pada masa itu, aku tidak bisa. Namun, Allah yang maha teliti telah mengatur perjalanan cintaku dengan baik sekali. Sehingga kini, aku takut untuk mencintai kaum adam yang lain sebelum tiba waktunya. Cukup! Cukuplah cinta aku pada Illahi, Fokus dalam solatku, Keikhlasan dalam gerak kerja aku dicuri oleh dia! Tidak mahu kuulangi lagi. Bukan tidak pernah aku terpaut pada kesolehan seseorang selepas dia. Pernah. Namun, cukup! Cukup sekali cuma jiwa aku dinodai. Biar hati ini bercinta dengan dakwah dan perjuangan sahaja buat masa ini. Aku bersyukur kerana hati aku pernah dicuri selama tiga tahun, dan sekarang, aku telah dapat sesuatu pengajaran yang sagat besar. Biar cinta kepada Allah melebihi segala-galanya. Tidak ada masa untuk cinta yang dusta. Kerja kita lebih banyak daripada masa kita. Jadi, alangkah ruginya jika masa yang singkat itu dipenuhi dengan khayalan cinta. Banyak lagi yang perlu disumbangkan untuk Islam. Aku mengimbas satu persatu memoriku. . .



. . .

Monday, February 25, 2013

manual tersedia~ tinggal kita untuk mengamalkannya

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), 
dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), 
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) 
jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 
(Ali ‘Imran: 139)



Yakin dengan Allah


“Wahai pemuda, sesungguhnya suatu gagasan hanya berjaya apabila 
keimanan terhadap gagasan itu kuat, 
keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, 
semangat untuknya bertambah dan 
kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud. Keempat-empat rukun ini: iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri khusus pemuda. 
Kerana asas kepada iman ialah hati yang bijaksana,
asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci,
asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat dan
asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja.
Semua ini hanya dimiliki oleh pemuda. Oleh itu, pemuda dulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan ”.
(Imam al-Banna)



as-Syahid imam hassan al-Banna


kata2 as-Syahid Hasan al-Banna:

“Sesungguhnya tugas seorang Islam sejati dijelaskan oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala dalam satu ayat al-Quran, kemudian diulang oleh al-Quran dalam beberapa ayat. Ayat yang meliputi tugas orang Islam dalam kehidupan tersebut ialah firman Allah Tabaraka wa Ta‘ala:

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untukmengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 78)

Sunday, February 24, 2013

fb status# 1

x taw kenapa rase letih hari ni..jd...SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT...jD, ambe pown copy paste je status fb..arap paham laa ye..

umar abdul aziz menangis bile tengok betapa ramainya rakyat beliau..bile ditanye, khalifah umar pown jawab.. "mereka adalah rakyat aku di dunia, tapi mereka mungkin musuh aku di akhirat nanti"
~muhasabah~
az-zukhruf: الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa.
_________________________________________________

Ramai orang yang mudah menegur kekurangan orang lain, tapi melenting apabila diri sendiri di tegur. Petua menerima teguran ialah:-

1. Sentiasa ingat yang Allah tegur kita melalui teguran orang
2. Bersyukur sebab tanpa teguran sukar untuk kita berubah
3. Berlapang dada & terima dengan tenang segala teguran
4. Nilai & kaji teguran
5. Bertanya jika tak jelas
6. Minta nasihat tentang punca masalah kita
7. Minta nasihat tentang alternatif penyelesaian
8. Minta tunjuk contoh yang boleh di teladani
9. Memohon maaf atas kesilapan & ucapkanlah terima kasih
10. Memohon di doakan agar dapat atasi masalah
11. Segera bertindak & tawakkal kepada Allah SWT

Moga Allah rahmati kita semua – via Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

_________________________________________________


  1. okeh, skadar pkongsian...husna cume nak bkongsi ape yg husna dpt..ambil iktibar sdiri laa ye..x perlu laa husna huraikn panjang2..tp konklusinye, ape yg islam suruh..ade hikmah n berkatnye yg tsendiri, skarang mungkin xnampak..okeh, straight to the point..tdi husna ade sembang2 dgn sorang akak ni, tetibe dia cakap..

    "husna taw x, akak ni kan, kawin x pernah bercinta pown..", Allahurobbi, mase husna dengo tu..husna terkejut jugak laa..yg ptama sbb..tetibe je akak ni ckap sal ni ngan husna..yg kedua sbb org yg cerita ni bkan sedara mara tdekat n..kiteorg pown boleh dikatakn hari ni baru beramah mesra..

    akak tu kongsi lagi, "mase akak tunang ngan dia pown dua kali je akak pernah pergi rumah dia. Tu pown utk urus hal2 kawin.. Dan skrg ni akak mmg nampak laa berkat dia..sampai skrg, walaupun dah 9 tahun kawin..kiteorg macam org yg tgh bercinta..dlm sehari tu, kalu akak pergi mane2 boleh dikatakn sampai 10 kali dia akn tepon akak slgi xsampai kt rumah..akak pelik laa..kenape org skrg ni suke sgt bercinta sblm kawin..akak ade sorang kawan, mase bercinta 'bagaikan nk rak'. Tp bila kawin, akak tanye dia..' bhagia x mg kawin?'. kawan akak pown jwb, 'gaduh sokmo..mmg jauh laa dgn mase bercinta dulu..'. akak memang nampak laa berkatnye cara akak ni.."
    husna pown cakap kat akak tu, "bagus laa akak ni..akak kene kongsi laa pengalamn akak ni kat org lain..nak2 kt remaje skrg ni.."
    "ye laa..kalau akak cakap ngan sape2..akak akn kongsi cite akak ni..mmg akak bersyukur sgt2..mmg sblm ni akak xprnah fikir pown akak akn buat cam ni..tp alhamdulillah..akak rase berkat sgt..."

    ~the end..buat konklusi sdiri ye..wallahu a'lam..
    sampaikanlah walaupun satu ayt. . . ~

Wednesday, February 20, 2013

Izinkan aku meluah rasa di lembaran sepi. . .

Penat!
Letih!
Keliru!

Ya Allah,
andai engkau tidak mengurniakan aku secebis keimanan walaupun senipis kulit bawang,
sudah pasti telah lama aku rebah, tersungkur,
lalu menjauh dari jalan ini (nauzubillah).

Ya Allah,
aku masih keliru..
ilhamkan aku dengan hidayah-Mu Ya Rabb,
aku rindu pada dakwah dan perjuangan,
jiwaku meronta-ronta minta diisi,
ingin aku teguk lautan ilmu..
Ya Rabb, permudahkanlah...

Ya Rasulullah,
andai Engkau masih di sini,
pasti aku akan berlari menujumu,
memohon agar membimbingku ke jalan untuk menuju redha illahi...

Ya Allah,
kerap kali hati menutur bisik,
aku rindu pada-Mu,
aku ingin bertemu dengan-Mu,
namun,
andai aku menghadap-Mu dalam keadaan ini,
aku tidak tahu adakah Engkau redha dgn-Ku atau tidak..
banyak tanggungjawab yang masih belum aku laksanakan,
banyak lagi amanah yang aku tidak sempurnakan..

Ya Allah,
aku cemburu,
cemburu kepada mereka yang dapat ke mana-mana,
menyusuri jalan dakwah dan tarbiyyah-Mu,
aku juga ingin menyumbang pada agama-Mu,
Ya Rahman, permudahkanlah aku....

Ya Allah,
kali ini aku mengadu kepada-Mu melalui lembaran sepi ini,
moga Engkau redha,
hanya Engkau yang memahamiku...
hanya Engkau yang dapat membantu aku...
Allahumma yassir. . . .

Ya Rahman, Ya Rahim,
bantulah aku, sahabat-sahabat perjuanganku,
dan. . .
mereka-mereka yang seperti aku..




Monday, February 18, 2013

tambah tsaqafah sama2

we need something to give something...
jadi..
jom baca link ni sama2..
banyak manfaat in shaa allah..

aku semakin jauh dari Tuhan? atau semakin dekat??

Bismillahirrahmanirrahim...
astaghfirullahal 'azim..astaghfirullahal azim...masa untuk muhasabah diri...banyak yang husna belajar sepanjang belajar kereta nie...nama pun belajar kan..tapi apa yang husna dapat, bukan sahaja ilmu kereta..sebabnya, Allah beri peluang kepada husna untuk belajar lebih daripada ilmu kereta ni..Alhamdulillah. . .sebenarnya bukan husna sorang..orang lain pun..tapi sama ada kita mengambil iktibar ataupun tidak. . . sama ada kita mengingati Allah ataupun tidak..kita menghubungkan segala yang terjadi itu dengan Allah ataupun tidak. . . sebabnya..syarat untuk 'belajar lebih' ni ialah menghubungkaitkan semua perkara yang terjadi dengan Allah. Orang yang beriman, melihat semua perkara dengan kaca mata keimanan..dan kita semua tidak dapat tidak (لابد علينا) mesti berusaha ke arah melihat segala perkara dgn kaca mata iman..kenapa? kerana tujuan kita hidup di dunia ini ialah..hidup untuk Allah. . . Hidup untuk mencari redha Allah.. dan untuk merebut redha Allah..jalannya tidak dapat tidak hanyalah dengan dipandu oleh sahabat baik kita iaitu keimanan yang teguh kepada Allah..kerana, jika iman tidak menjadi nakhoda, maka, hawa nafsu akan bermaharaja lela. . .

مثل الفريقين كالاعمى والاصم والبصير والسميع. هل يستوين مثلا. افلا تذكرون.

“Perumpamaan kedua-dua golongan (orang kafir dan mukmin) seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Samakah kedua golongan itu? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran?”
                                                                             Surah Hud: ayat 

time for story2..
Husna syukur sangat hari ni..sebabnya, Allah sedarkan Husna banyak perkara..Husna nak buat satu pengakuan. . .bukan nak membuka aib sendiri..tapi untuk berkongsi pengajaran..

Husna belajar untuk ambil lesen..pukul 8 dah ada kat sana..balik tengah hari/ petang..jadi. . .Dhuha husna sering terlepas..mula2 husna fikir..xpe laa..nak buat macam mana, nak belajar kan..nanti lambat, membawa imej yang tak baik pada orang yang bawak islam..lebih2 lagi kita yang bertudung labuh..bila kita lambat, orang akan tengok orang yang pakai jilbab labuh, yang bawak islam tu lambat, lembab...hakikatnya disebabkan oleh seorang individu sahaja..bak kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga..husna xnak jadi nila tu..kita kena jaga imej Islam! #ni persepsi pertama husna#

tapi, tiba-tiba tadi...pukul 8 lebih..x tengok jam..(agak2 je nie)
Allah detikkan hati husna..masa bawa kereta dalam litar..hati berdebar2..tangan sejuk terketar-ketar..entah kenapa..sedangkan, bawa kereta alhamdulillah, smooth je..Husna tak faham kenapa..Ya Allah. . .kenapa ni..jantung berdegup kencang. . .Dalam hati, Husna x habis2 fikir..kenapa ni? Ya Allah..petanda apa yang Engkau nak berikan pada aku ni? Husna teringat hadis yang seringkali husna baca:

"mintalah fatwa dari hatimu....kebajikan ialah suatu perkara yang diri dan hati berasa tenteram terhadapnya dan dosa ialah perkara yang bergetar dalam dirimu dan teragak2 di hatimu meskipun ada orang lain memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu...."

"Ya Allah, aku buat silap ke? Apa???", hati bermonolog..kaki menekan minyak sambil tangan memusingkan stereng ke kiri..kaki kanan bergerak ke arah brek dan kereta pun berhenti..lamunan diteruskan. . .Hari ni dan kelmarin..apa bezanya? Satu perbezaannya, kelmarin tak belajar kereta..xkan laa sebab belajar kereta je..ada kemungkinan tapi hati aku mengatakan bukan itu sebabnya..Apa silap aku sampai hati rasa tak tenang sangat2..?

"Dhuha!", imanku berbisik pada sang hati..Ya! kelmarin, walaupun agak sibuk..aku tetap menunaikan solat sunat Dhuha. . .hari ni?? hari-hari yang husna belajar kereta??? macam mana Dhuha? waktu Dhuha x terisi...Ya Allah..mungkin tu sebabnya..bila hati makin jauh dengan tuhan, jiwa tidak akan tenang..kerana, Allah berfirman:

أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

"bukankah dgn mengingati Allah hati menjadi tenang

Ok, brek dilepaskan..masuk parking. . .husna membulatkan tekad.."tak dop ar, hari ni kene dhuha gop gane-gane pun!"

keluar parking, masuk tiga penjuru...keluar, kereta dibawa ke arah bukit..minyak ditekan dan brek! angkat brek tangan..lepaskan 'kelah' (gane taw ejanya..) tekan minyak..kereta meluncur laju..pusingan terakhir...Hati masih tak tenang..nasib baik x ada orang. . .husna pun mencapai beg dan mengeluarkan handphone..husna pun buka lagu, ADA-Mu, najwa latif.. (hehe, sempat lagi op?) 
kutahu ku ada-Mu, 
di sisiku selalu..
bantulah hamba-Mu, mencari keredhaaan-Mu~

okeh, pusingan terakhir pun berakhir..husna pun meneutralkan gear..free gear..angkat hand brake. Keluar daripada kereta, duduk..husna menenangkan diri..menenangkan hati. . .Bila dah stabil sikit. Ya! misi bermula!! langkah dipercepatkan untuk berdhuha. . . 

alhamdulillah..hati semakin tenang..degupan jantung mula stabil. Ya Allah, subhanallah, halusnya cara Engkau mengajar hamba-Mu ini.
tak habis lagi..nak buat baik akan ada ujiannya..cabarannya...di situ Allah akan menaikkan darjat kita. andai kita sabar. . .

apa cabarannya? okeh, sambung cerita..tiba-tiba,

subhanallah... wabihamdihi~ 
subhanallah~~ wabihamdihi. . .
(Subhanallah- Hafiz hamidun)

handphone berbunyi..husna pun jawab..
kami-kami yang belajar kereta ni kena bergerak untuk belajar di jalan raya pula..
langkah dipercepatkan...

handphone berbunyi lagi..panggilan yang sama...

"Awak ada kat mana haa?? cepatlah.. Abang kak lama doh tunggu tu..cepat! gi jalan raya pulak!!"
kena marah! gabra jadinya husna n the gang..kami pun melangkah keluar..kena marah lagi~

Kami menunggu turn untuk ke jalan raya..tiba-tiba kak farah memanggil husna sekali lagi... 
"Husna, diyana suruh awak teman dia main dalam litar.."
"Ok!"
lega sikit hati sebab tak kena marah..

"peluang dakwah ni", hati bermonolog. Dakwah bil hal..Dakwah dengan perbuatan..ni pun salah satu yang husna belajar kat sini..belajar untuk melihat semua ruang sebagai ruang dakwah..kita pakai pakaian Islam, kita bawa imej islam..apa-apa yang kita buat akan menggambarkan islam..walaupun kat sini memang orang Islam..tapi tak semua faham islam secara syumul..cara pakaian majornya kurang menepati syara'..jadi, kita yang faham sikit2 ni mesti berusaha untuk memahamkan mereka..walaupun kita masih lagi x seberapa..perbaiki diri kamu SAMBIL menyeru kepada yang lain..pegang kata-kata ni kemah2 ye..!

kak diyana naik bukit..berhenti atas garisan~ kak farah datang.. 

"husna marah kak farah ke?", kak farah tanya.
"eyh, mana ada", husna jawab. Terkedu dengan soalan kak farah.
"betul x?", kak farah bertanya lagi.
"betul..." husna jawab lagi..sambil tersenyum. tak terdetik langsung dalam hati rasa nak marah. sebab memang salah husna..lambat sikit..
"husna takut kak farah ke? Kak farah memang gitu..kak farah gurau je..", kak farah menyambung..ni yang husna suka kak farah..lepas dia marah ke apa ke..dia akan tanya, "husna marah kak farah ke?"
husna senyum. . .
"kak farah, mintak maaf lambat tadi ea", husna pun meminta maaf. segan pulak bila 'cikgu' yang minta maaf dengan kita..
"kak farah gurau je tadi..ok laa..gi 'buat' jalan raya pulak", kak farah menggantikan husna untuk menemani kak diyana.  
"Ok!", husna jawab..

Ok..macam mana halusnya Allah atur ibrah (pengajaran) ni untuk masuk ke hati husna..dimulakan dengan hati yang tak tenang..berdebar2..lepas tu Allah ilhamkan untuk solat dhuha..lepas tu Allah uji dengan kena marah..lepas tu Allah tenangkan hati husna dengan kata-kata lembut kak farah..siap dapat flying kiss dari kak farah lagi~ hehe

lepas tu perjalanan husna semakin licin..hari ni husna berlatih kat jalan B..alhamdulillah, mungkin berkat pergantungan pada illahi, husna semakin cekap guna gear..x laa cekap mana pun..masih 'tergagap2'...tapi tak laa macam latihan hari ahad husna hari tu yang diisi tanpa duha di dalamnya..Alhamdulillah, segalanya lebih mudah hari ni..berlatih di jalan raya mudah~ pulang ke rumah pun mudah~ sebab tu balik awal n sempat update blog hari ni..Ya Allah, berkatnya hari dengan dhuha. . . Dhuha itu pembuka rezeki..

Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: 

“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,”.

Okey, apa yang Husna dapat....jangan remehkan sesuatu ibadat..walaupun sekadar sunat..,
sekadar perkongsian..terpulang bagi yang mahu mengambil iktibar ataupun tidak~
that's all for today~
^_^