Friday, September 28, 2012

Hitung kesyukuranmu..bukan kesukaranmu. . .

Ya Allah..
ampunkan aku kerana selama ini mungkin hamba-Mu ini terlalu larut dlm kesedihan, kegusaran, dan kedukaan..sehingga aku hampir terlupa akan nikmat2 yg telah Engkau kurniakan..Astaghfirullah.. Alhamdulillah ya Robbi..

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh


Saturday, September 15, 2012

teguhlah wahai diri.....

bismillahirrahmanirrahim..
kadang2 bila diuji..kita perlukan bahu untuk tumpang menangis..perlukan seorang sahabat untuk menemani hati yang lara..perlukan wasilah2 illahi untuk menenangkan hati....jd,,izinkan utk diri ini meluahkn segenap rasa di sini..bukan utk mengeluh..tapi untuk membina sebuah kekuatan untuk berdiri tegak kembali..moga2 yang laen yang turut merasainya dapat sama2 dgn diri ini untuk bangkit semula..

tuhan kuatkan aku...! orang laen lagi berat ujiannya..Allohu robbi..lemahnya hamba-Mu ini..baru sikit ujian Kau berikan kpd-Ku..
Ya Allah,, aku tak mahu menyusahkan orang lain..aku tak mahu air mataku mengalir di hadapan orang lain..
agar air mata itu tak melunturkan insan yang melihatnya..aku tak mahu menimbulkan bibit2 kerisauan kpd orang lain..bangkitlah diri...! amanah tu memang berat..tak de apa2 yang boleh menandinginya..memang berat..x akan berbayar di sini..namun,, andai diri ini sabar..pasti ada ganjarannya..andai bukan di sini..di akhirat nanti..ameen..namun..aku harap agar kelemahan-kelemahan yang ada pada diriku ini tidak melemahkan orang lain..ku harap..di saat aku jatuh..ada tangan yang menghulur untuk membangkitkan aku dan memimpin ke jalan-Mu..

Yakinlah diri...Innallaha ma'assobirin...



kiTa x selamanya kuat...


dear diri...trust in Allah..!


This what Allah had planned for me..I believe there is ibrah beside it...
jd...kuatlah...!

duka dan tawa.....

u are the best adviser

bismillahirrahmanirrahim..
ermm..dh berhabuk dah pown blog nie..buka..sapu gitu2 jew sblm nie..blog2..i'll never let u neglected..hehe..
sape the best adviser nie..?
kaunselor? ibu? ayah? sahabat..?
mgkin mereka ialah penasihat yang sangat baik..
tp xde yang bleh menandingi yang satu nie..apa ye? cube teka..
_ _ _ _
Clue....4 huruf..
k laa..orang yang selalu ingat bende nie memang bijak..
jawabannya mati..

sbbnya..
bila ingat mati..x de orang nak buat dosa..
takut tak sempat nak bertaubat..
bila ingat mati sume orang nak tambah amal..
takut tak cukup..
bila ingat mati x de orang nak bertangguh..
sbb x taw bile tuhan nak ambil nyawa..

proved kan..
tp..x perlu takut untuk menghadapi mati..hanya perlu bersedia..sebab mati itu pasti.. dan mati tu saat yang paling indah bagi seorang hamba untuk bertemu dengan pencipta diri-Nya..


Ya Allah ampuni segala dosaku..

Friday, September 14, 2012

mAti iTu paSti..

Mati itu indah..
bagi yang tidak memahami..
mati itu sengsara kerna ianya penamat segala keindahan dunia..

Tapi bagi yang memahami..
mati itu saat yang ditunggu2..
kerna mati itu saat untuk menemui kekasih yang abadi..
saat untuk bertemu pencipta diri..
alangkah indahnya....

namun..
seringkali ku hisab diri..
amalku masih sikit..
sedangkan dosaku menggunung tinggi..
banyak amanah masih belum aku sempurnakan..
banyak hati yang telah aku guriskan..

Allahu robbi..
aku malu untuk pulang kpd-Mu dalam keadaan ini..
izinkn aku untuk menyucikan diriku drp segala dosa ini..
sebelum aku pulang kpd-Mu..

aku yakin mati itu pasti..
Tuhan..
bantu aku untuk merasakan indahnya mencintai-Mu..

Hanya Engkau yang memahami..

Ya Allah,
jgn pernah tinggalkan aku,
Ku mohon pada-Mu berilah kekuatan kpdku walau secebis,
agar secebis kekuatan itu dapat meneguhkan aku dalam liku hidupku..
Ya Tuhan aku hamba-Mu yang lemah,
penuh dengan kekurangan

Tuhan..
ampunkan aku kerana selalu mengeluh,
kadang kala aku tertanya
mengapa harus aku yang menghadapi semua ini?
mengapa aku yang harus menanggung beban ini?
mengapa aku yang Kau pilih untuk memikul amanh ini?
namun Kau sering menjawab pertanyaanku melalui kalam-Mu..

Allahu robbi,
tetapkan aku pada jalanmu..
agar aku tidak tergelincir dari landasan ini..

Ya Allah..
beri aku kekuatan..
beri aku kekuatan..
Kuatkan aku...
hanya pada-Mu mampu aku mengadu..
Kerna hanya engkau yang mampu memahamiku,
hanya engkau yang mengetahui apa yang sarat dalam hatiku..

Ya Allah,
beri aku secebis ketenangan..
agar aku dapat tersenyum pada sahabat2ku,
agar aku dapat mendamaikan mereka,
seperti mana mereka mendamaikan aku dgn kalam-Mu
apabila aku tersungkur..
beri aku secebis kekuatan..
agar aku dapat bangun dan menyebarkan kekuatan ini..
beri aku segenggam ketabahan
agar aku dapat terus kekal di jalan ini..

Allahu robbi..
aku redha dgn ketentuan-Mu..
hidupku dan matiku hanya untuk-Mu..
Kuatkan aku....