Serentak dengan lafaz itu, aku terus menutup
lembaran buku teks sejarah yang ada di atas meja belajarku.
"Ya Allah.. sisihkan.. sisihkan rasa ini.", rayuku pada pemilik jasad dan hatiku ini.
"Bismillahirrahmanirrahim.
Rabbisyrahli sadri wayassirli amri wahlul ukhdatal millisani yafkohul qauli.."
tak lupa aku untuk membaca alam nasyrah, memohon kepada Sang Pencipta diri agar ditenangkan hati ini.. Aku menoleh ke arah rakan-rakanku, kebanyakannya sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah, kami akan menduduki PMR tahun ini. Semuanya sedang bersungguh-sungguh mendaki puncak cita-cita.. Cita-cita untuk membawa sahsiah dan menunjukkan pada dunia bahawa Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Ustazah Sarah,
"Kita ini pelajar sekolah agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.. Orang kenal kita dengan title budak sekolah agama. Budak yang faham agama.. Faham Islam.. Jadi, apabila kita tunjukkan keindahan sahsiah dan result kita, orang akan nampak keindahan Islam.. Kalau kita tunjukkan keburukan akhlak kita, maka, orang akan pandang serong pada Islam.. Nak ke kamu semua jadi fitnah terhadap Islam?? Tunjukkan yang kamu mampu mendapatkan straight A.. agar orang dapat lihat bahawa Islam itu kunci kejayaan kamu."
"hmm.. kita kena ingat, nak dapat straight ni bukan semata-mata untuk diri kita.. tapi juga untuk Islam.. Ini jihad kita.. Jihad untuk mendukung kalimah Lailahaillallah sebagai kalimah agung yang menjadi resipi kejayaan kita.. Kita akan buktikan itu!!"

Tiba-tiba kata-kata yang pernah dituturkan
oleh seseorang yang aku amat sanjungi terbit dimindaku. Lalu, ekor mataku
mencuri pandang susuk tubuh pemilik kata-kata itu.
Astaghfirullah, sudahlah! huh.. FOKUS.. FOKUS
ILYANA.. Jangan Lalai.. Itu perangkap syaitan yang tidak mahu kamu berjaya..
Dia mahu kamu jatuh.. jatuh bersama-sama dengan perjuanganmu yang rapuh dengan
emosimu sendiri!! Yana.. FOKUSSSS!!!!
.
. .
Kring.. Kring.. Jam locengku berbunyi.. Aku
tersentak lalu membuka mataku..
"Ngantuknya!! tidur sikit lagilah.." Aku memejam mata. Sesuatu membuatku bingkas bangun.. Aku membuka pintu dorm dan menuju ke tandas.
"Angah, kita ni kalau nak Qiam.. Bila terjaga aje kena terus bangun. Malaikat kejut kita sekali je. Sebab itulah, sesiapa yang nak qiam ni kena pasang azam yang kuat. Masa kita terkejut itu, iman akan bertelagah dengan nafsu. Iman kata bangun.. Nafsu kata tidur lagi baik. Lagipun, kalau bangun malam ini, mesti esok ngantuk. Macam mana nak study, nak fokus? Macam-macam ideologi dan propaganda yang dibawa oleh nafsu dan syaitan. Sedangkan, faktor kemenangan sahabat nabi dahulu dalam peperangan ialah Qiam di malamnya dan berpuasa di siangnya", pesan ummiku.
Aku melangkah ke tandas dengan kaki kiri. Menggapai ubat gigi dan berus gigi lalu ke sinki. Aku membasuh mukaku. "Ya Allah, putihkanlah mukaku pada hari engkau menghitamkan wajah-wajah (hari kiamat)". Aku merasakan sesuatu. Sejuk.. Bukan.. Inilah yang aku cari selama ini.. Yang tidak mungkin aku gapai pada saat dan ketika yang lain.. Ya, ketenangan. Ketenangan yang lain daripada yang lain.. Aku terus meratakan wuduk ke anggota-anggota wuduk yang lain. Aku menyelak seluar trek hitamku, lalu meratakan wuduk di bahagian itu. " Ya Allah, kau tetapkanlah kakiku ini di atas titian sirat-Mu pada hari Engkau gelincirkan kaki-kaki hamba-Mu agar tidak aku tersungkur ke dalam neraka jahannam-Mu."

Tenang.. Tenang... Tenang... Aku dapat rasai
itu.. Ya Tuhan, aku mahu bermadu kasih dengan-Mu.. Aku membaca doa selepas
wuduk dan meneruskan langkahku ke dorm.
Assalamualaikum.. Salam tetapku beri walaupun aku tahu sahabat-sahabatku sedang lena dibuai mimpi. Tanganku laju meluru ke arah suis lampu lalu memetiknya. Satu lampu terbuka.. Aku cuma nyalakan satu, niatku tidak mahu mengganggu kawan-kawanku. Aku meluru ke arah sahabat-sahabatku. Satu persatu. Mengejutkan mereka untuk Qiam juga. Aku mahu masuk ke syurga bersama-sama dengan kamu semua.. Aku mahu menjadi seorang sahabat baik yang mana sahabat baik ini ialah, apabila terpandang akan si dia kita akan teringat Allah. Aku mahu jadi begitu. Aku tidak tahu sama ada aku mampu atau tidak. Tapi, aku mencuba.. " Ya Allah, aku mahu masuk ke taman syurgaku bersama mereka Ya Allah, kerana merekalah megingatkan aku ketika aku terleka."

. . .
"Ya Allah... Aku hamba-Mu yang hina Ya
Allah.. Aku banyak mengingkari-Mu Ya Allah.. Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah..
Ampuni aku jua jika aku mencintai hamba-Mu lebih daripada-Mu.. Tidakku pinta
begitu Ya Allah.. Engkau mengetahui segala apa yang berada di hatiku. Engkau
maha mengetahui segala isi hatiku, Ya Allah.. Aku tidak mahu semua ini..
Tidakku jemput ia bertandang di hatiku.. Aku tahu itu semua fitrah.. namun, Ya
Tuhan, aku tidak mahu ianya menjadi fitnah dan penghalang untuk aku
mencintai-Mu lebih daripada segalanya.. Ya Allah.. Jika dia engkau ciptakan
untukku maka pertemukanlah kami pada waktu yang sepatutnya.. Dan engkau
hindarilah aku untuk mencintainya lebih daripada-Mu.. Ya Allah.. Dan jika dia
bukan untukku.. Maka, Kau hindarilah aku untuk mencintainya.." rayuku
dalam tangis kepada pencipta cinta yang bertandang dalam hati-Ku.. Hanya Dia
yang memahami. Hanya Dia yang mampu menenangkan aku. Hatiku milik Dia yang Maha
Kuasa.. Aku mengesat tangis.. Seakan ada suatu ketenangan yang aku rasakan di
sebalik ini semua.. Ya Allah.. Subhanallah.. Maha Kuasa Engkau..
. . .
5 bulan telah berlalu..
Keputusan PMR telah diumumkan. Alhamdulillah, aku tersenarai dalam kalangan mereka yang mumtaz. Aku berjaya menggapai 9A.. Aku segera memeluk sahabat-sahabatku yang berada di situ. Sungguh kami tak sangka, kami berjaya mencapai straight A yang diidam-idamkan sedangkan tahun itu, kami amat sibuk menguruskan program pada adik-adik. " Walaupun tahun ni tahun peperiksaan kita, itu tidak bermakna bahawa kita terlepas daripada tanggungjawab kita. Kita tetap pemimpin yang mempunyai tanggungjawab. Ingat, Allah berfirman, Sesiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolongnya dan meninggikan darjatnya." Memang kata-kata itu aku simpan di dalam dadaku kemas-kemas. Dan inilah buktinya. Bukti bahawa janji Allah itu benar. Aku dan sahabat-sahabatku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kamilah buktinya. "...maka Allah akan menolongnya dan meninggikan darjatnya" Aku lihat sekarang... Sungguh janji Allah itu benar.

Aku berzikir sebentar sambil menunggu sahabatku datang.
Kami ada 'date' halal sekejap hari ini. Ada yang aku perlu daripadanya. Aku
menunggunya di hadapan surau selepas selesai membaca mathurat sughra berjemaah
di surau. Inilah kelaziman kami, pelajar SMKA Kuala Abang. Membaca Mathurat ini
bukan suatu yang remeh. Di dalamnya terdapat doa dan rintihan seorang hamba
terhadap Tuhan-Nya. "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih
dan gelisah." Itu ialah salah satu cebisan kecil daripada kandungan
mathurat.
Aku memandang ke arah bukit-bukit yang memasakkan pepohon hijau jauh di luar pagar sekolahku. Memang menyejukkan mata hati apabila terpadang akannya. "Tidak engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api neraka." Kalau seorang anak kecil memandang seekor rama-rama hinggap di dedaunan pokok. Lantas akan tersenyumlah dia. Kagum akan ciptaan Allah yang unik. Namun, apabila besar anak itu, kekaguman terhadap ciptaan Allah yang amat unik itu pudar lantaran kekagumannya terhadap ciptaan teknologi manusia. Ciptaan Allah bukanlah lagi suatu yang unik padanya. Padahal akal yang digunakan oleh manusia untuk menghasilkan produksi yang canggih dan berteknologi itu padahalnya datang daripada Allah. Maka, yang manakah lebih hebat? Pencipta produk atau pencipta akal yang membolehkan seorang manusia berfikir?

"ehem-ehem.. jauh termenung."
menyedarkan aku daripada lamunanku.
"Assalamualaikum cik Qaira, kalau ye pun berilah salam dulu. Nasib baik saya tak ada sakit jantung taw. Kalau tak, kesian pulak sahabat saya ni. Kena angkat saya ke hospital"
"Waalaikummussalam cik Ilyana. Maaflah tuan puteri, tuan hamba ini pun manusia juga. Sering terlupa. Hahaha.. Boleh buat berlakon dalam teater ni." seloroh Qaira, sahabatku itu memang happy-go-lucky orangnya. Selalu buat aku ketawa. Namun, dia tidak segan untuk menegurku tatkala aku tersilap langkah. Itulah makna sahabat. Saling melengkapi.. Bukan memuji segala.. Menghiburkan semata-mata.. Namun sahabat ialah orang yang sanggup bersama-sama dengan kita tak kira senang atau susah.
"What's the matter, friend?"
sambungnya.
"Qaira, kita sahabatkan?" tanyaku
dengan nada manja.
"Yelah, sahabat atas keimanan. Sampai
bila-bila.. Apasal nie? Nak jiwang-jiwang pulak? Ini mesti kes hati ni..."
"Macam mana boleh tahu haa? Awak boleh
baca fikiran saya eh?"
"Alah, bak kata Hilal Ayraf. Gerak hati
mukmin. Ceritalah.. Kalau boleh saya tolong saya akan cuba. Kitakan mesti
saling melengkapi. Ye tak?" Jawabnya sambil mengelipkan sebelah mata.
"Hehe... Kalau boleh, sebenarnya saya
tak nak cakap pada sesiapa. Tapi, virus dalam hati ni dah makin merebak dah.
Perlukan ubat ni. Harap kata-kata awak boleh jadi ubat pada hati ini"
. . .
Aku termenung sebentar, berfikir sejenak
kata-kata yang baru dilafazkan kepadaku sebentar tadi. Berfikir.. Fikiranku
melayang.. Aku memandang ke sekelilingku.. Kelasku kosong.. Memang tiada orang.
Hari ini tiada prep dan aku ke kelas hanya untuk mengambil bukuku untuk dibawa
ke dorm. Ya Allah!!! Aku keluar daripada kelasku.. Mencari susuk seorang insan
yang ada dalam hatiku. Aku lihat kelibatnya di tangga. Aku bergegas ke sana.
Namun, apabila aku sampai di tangga, bayangnya sudah tiada. Sesuatu menyelinap
di hatiku. Aku merasakan bagai kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat berharga.
Tak tahu kenapa.
Yana.. Yana.. Ilyana!! Aku bingkas bangun.
Aku lihat susuk badan di hadapanku yang sedang memandangku dengan riak wajah
kehairanan. Aku lantas memeluknya.
"Qaira!", jeritku.
"Ilyana, istighfar. Kenapa ni?",
soal Fiqaira.
Astaghfirullahal Azim.. Aku beristighfar. Aku
mimpi sebenarnya. Aku melepaskan pelukanku, mengelap air mataku dan mengukir
senyum.
"Qaira, no need to worry,
ok. Tak ada apa-apa pun. Mimpi aje.", balasku, menenangkan
fikiran.
Aku menutup lembaran Quran yang dibaca. Jam
menunjukkan pukul 6.45pagi. Sudah sememangnya kelaziman aku dan rakan-rakanku
untuk membaca Quran sebentar setelah bacaan mathurat sughra secara berjemaah di
surau pada pagi hari. Tambahan pula, hati dan fikiranku sedang bercelaru.
Pergantungan pada Allah mestilah kuat. Aku bangun melangkah ke arah rak untuk
menyimpan naskah al-Quran yang baru sahaja aku gunakan.
"Jom!" Serentak sahabat-sahabat
yang berada di hadapanku memanggilku. Asyikin, Maryam, dan Qaira. Mereka
berpandangan sesama sendiri diiringi oleh ketawa. Telatah mereka mengundang
tawaku. Memang indah bila ukhuwah ini kerana Allah. Aku bersyukur kerana
dihadiahkan oleh Allah sahabat-sahabat seperti mereka.
"Bijak laa, awak semua memang ada
chemistry!", celahku.
"Hei sahabat, kita ini kan ada ikatan
ukhuwah dan gerak hati iman. Bak kata Hilal Asyraflah.", kata Maryam.
Aku dan yang lain-lain mengukir senyum.
"Eh, nak ber'romantis' pun lain kalilah.
Dah nak pukul 7 dah ni. Apa nak jawab dengan ustaz Lokman kalau lewat haa? Jom,
sahabat. Kita ni nak jadi sahabat yang berdisiplinkan? Disiplin Allah, dan
disiplin manusia yang dilandaskan pada hukum Allah.", celah Asyikin,
menyedarkan.
Memang begitulah sahabat. Memperingatkan
apabila terlupa.
"Jom!", serentak kami menyahut.
sedikit gusarku terubat apabila bersama-sama
dengan sahabat-sahabatku. Namun, rasa di hati, hanya Allah yang tahu. Kami
melangkah menuju ke Dewan Santapan Bestari.
Mimpi itu.. Ya, mimpi itu. Apa yang Khairul
katakan padaku? Mengapa aku lantas mencarinya setelah itu? Mengapa tiba-tiba
aku bermimpi tentang dia? Padahal semalam aku tidak memikirkan dia pun. Sibuk
dengan halaqah perjumpaan qiadah muslimat. Apa yang aku sangat-sangat ingin
tahu ialah apa yang dia katakan padaku. Apa? Pelbagai soalan menerjah ke
benakku.
Aku mengukir senyum dan menutur bisik pada
sang hati, “Cuma mainan tidur!”, berusaha untuk menenangkan hati Aku
melangkahkan kakiku ke dalam dewan makan. Menuju ke arah kaunter makanan.
Kaunter makanan muslimin dan muslimat diasingkan. Namun, bersebelahan cuma.
"Wow, nasi air, my favourite!",
celah Qaira.
"Saya tak berapa suka. tapi nak buat
macam mana, makan aje laa. Lagipun, rezekikan?",kata Maryam.
"Hehe", aku menghadiahkan
senyum.
Aku memandang ke arah kaunter muslimin. Aku
terlihat Khairul sedang mengambil makana bersama-sama sahabatnya yang lain.
Entah kenapa, hatiku berasa lega. Aku kembali menundukkan pandangan, membawa
mangkuk yang berisi nasi air ke meja.
"Ya Allah, sisihkan, sisihkan rasa
gundah dan gusar ini. Tak perlu aku fikirkan dia!"
Rasa bersalah kerana terlalu memikirkan dia
bermain di minda.
. . .
Seusai menjalani Penilaian Menengah Rendah,
komitmen untuk menggapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
pula menuntut haknya. Ya, perjuangan kita tidak akan pernah habis. Sehinggalah
suatu masa yang Allah takdirkan untuk kita bertemu dengan-Nya. Itulah
pengakhiran perjuangan manusia.
Perjuangan di tingkatan satu, dua, tiga dan
empat sudah disempurnakan. Akhirnya tibalah tahun akhir yang menjadi penentu
kepada keberkesanan pembelajaran di salah satu cabang daripada taman-taman
syurga ini.
Para pelajar sibuk mengemas buku
masing-masing di kelas. Maklumlah, baru sahaja menerima buku teks daripada
sekolah. Ada juga yang asyik bersembang. Tiba-tiba, sedang aku ayik mengemas
buku. Satu perbualan telah mencuri fokusku.
“eh, awak tahu tak yang ada sorang muslimin
kelas kita nak pindah?”
“Biar betul awak ni. Peliklah kalau nak
pindah semasa tingkatan lima. Nanti banyak yang ketinggalan.
Khabar angin dari mana yang awak dengar ni?”
“Orang cakap tak percaya. Ok, takpe. Tak
perlu nak dipanjang-panjangkan pun. Saya dengar Khairul sendiri yang cakap
kepada Ustazah Sofiyyah kat bilik guru tadi. Katanya, mak dia yang suruh. Jadi
dia pun terpaksa mengikut.”
“Oh, jadi Khairul lah yang nak pindah tu. . .
Ingatkan siapa tadi.”
“Huh?”, hatiku bagi disambar sesuatu.
Teringat mimpi yang pernah aku alami dua tahun lepas. Mimpi yang tidak akan
pernah aku lupakan. Entah kenapa, aku gusar dengan berita itu. Walaupun aku
tidak ada apa-apa hubungan dengannya, namun hati aku terpikat dengan sebuah
kesolehan yang ada pada dia. Tidak sanggup untuk kehilangan dia, walaupun
hakikatnya aku tidak pernah memiliki dia.
Kini aku tahu maksud di sebalik mimpiku itu. Walaupun aku tidak tahu samaada mimpi itu hanya sekadar mainan tidur ataupun satu petunjuk. Allah ingin aku berfikir bahawa sekarang atau bila-bila, perpisahan itu akan ada.
Sememangnya selama ini, aku menyukainya dari jauh. Tetapi aku tidak tahu kenapa aku berasa amat gusar dengan berita perpindahan dia.

No comments:
Post a Comment