Tuesday, February 26, 2013

Prolog~ Kau Lebih Tahu


"Nurul Ilyana Syahira binti Muhammad Ansorullah", panggil murobbiku.

"Ya, Ukhti.", jawabku sambil tersenyum.

"Minggu depan enti ulas tentang isu semasa pula ya. Barang siapa yang tidak mengambil cakna tentang ummat Islam maka dia bukanlah daripada kaum itu. Sama-sama kita muhasabah. Khairuna pula ulas bahagian tafsir, surah as-saff ayat 10 hingga 14, Maryam taaruf nafsi, dan Fiqaira ulas tajuk seterusnya dalam buku fikrah kita."

"In shaa Allah, ukhti", kami semua menjawab.

"Alhamdulillah, ukhti suka sangat usrah ni. Sebab usrah inilah sebenarnya yang memberi kerehatan kepada jiwa kita. Apabila lelah dengan dugaan duniawi, sahabat-sahabat kita akan berkongsi taujihat yang menenenangkan hati. Apabila penat dalam arus perjuangan, ayat-ayat Allah meneguhkan pendirian. Indahkan apabila usrah mengatur hidup kita. Islam menjadi sumber pedoman."

"Jiwa kita milik Allah, dan hanya dengan mengingati pemilik hati kita, kita akan menjadi tenang. Usrah ini majlis untuk mendekatkan kita dengan Allah, meningkatkan ubudiyyah kepada Allah, jadi mana mungkin usrah ini tidak menenangkan. Lagipun, dalam usrah, kita akan sentiasa share sesuatu yang baru. By the way, sharing is caring. . . Seronokkan..?", tambah fiqaira dengan bersemangat. Tangannya turut memainkan peranan untuk menambah krim eksperesi keterujaanya.

"Dan secara tidak sedar, dengan meghadiri usrah ni, kita sedang menghidupkan sunnah terbesar nabi iaitu berdakwah. Sepanjang hayat nabi ialah dakwah. Nabi juga ada usrah. Usrah dengan para sahabat. Yang famousnya dekat rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Betul tak?", sambungku.

"Yes you are right dear!", sambut Khairuna dengan mengelipkan sebelah matanya.

"Ok, sahabat-sahabat semua, dengan kuasa veto yang ada pada ana hari ini dengan diamanahkan oleh ukhti Qameela, marilah sama-sama kita tawaqquf majlis kita dengan tasbih kafarah. Sama-sama kita bacakan doa rabitah", kata Maryam sebagai moderator usrah pada hari ini sambil membuat muka ala-ala peguam mahkamah syariah.

Aku berjalan keluar daripada rumah ukhti Qameela selepas bersalaman dengan semua tautan ukhuwah fillahku. Sahabat-sahabat yang lain masing-masing menunggu ibu bapa mereka untuk menjemput pulang. Aku pula mengatur langkah untuk ke pantai yang mengambil masa hanya 5 minit daripada rumah ukhti Qameela.

Sampai di pantai, aku terus duduk menghadap ciptaan Allah yang Maha Hebat itu.  "Ma khalaqta haza batilan, subhanaka, faqina azabannar", doaku. Tidak Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Peliharalah kami daripada azab api neraka.

Aku tersenyum.. Mengimbas memori dulu. Aku mengusap muka. Malu! Entah mengapa, aku sering teringat perkara yang memalukan aku. Biarlah, biar aku malu sekarang, asal tidak di akhirat nanti. Aku mengenang sebuah memori yang banyak mengajar aku. Memori Cinta Manusia.

Aaahhh...malu! Betapa tidak matangnya fikiran aku pada masa itu. Teringat pada saat aku menangis kerana dia. Namun, aku bersyukur bahawa aku bukan menangis kerana mahukan dia. Tapi mahu membuang dia dari hatiku. Pada masa itu, aku tidak bisa. Namun, Allah yang maha teliti telah mengatur perjalanan cintaku dengan baik sekali. Sehingga kini, aku takut untuk mencintai kaum adam yang lain sebelum tiba waktunya. Cukup! Cukuplah cinta aku pada Illahi, Fokus dalam solatku, Keikhlasan dalam gerak kerja aku dicuri oleh dia! Tidak mahu kuulangi lagi. Bukan tidak pernah aku terpaut pada kesolehan seseorang selepas dia. Pernah. Namun, cukup! Cukup sekali cuma jiwa aku dinodai. Biar hati ini bercinta dengan dakwah dan perjuangan sahaja buat masa ini. Aku bersyukur kerana hati aku pernah dicuri selama tiga tahun, dan sekarang, aku telah dapat sesuatu pengajaran yang sagat besar. Biar cinta kepada Allah melebihi segala-galanya. Tidak ada masa untuk cinta yang dusta. Kerja kita lebih banyak daripada masa kita. Jadi, alangkah ruginya jika masa yang singkat itu dipenuhi dengan khayalan cinta. Banyak lagi yang perlu disumbangkan untuk Islam. Aku mengimbas satu persatu memoriku. . .



. . .

No comments:

Post a Comment