AMAL JAMAI’E
W Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan
mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang
dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah
itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan
mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari
keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu
telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali
kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari
Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan
bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya
(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(al-Maidah:2)
WALA’
(al-Maidah:55)
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. “
(AN
NISA:59)
JIHAD
(AL-HUJURAT:Ayat 15)
(TAUBAH:20)
Iaitu, kamu
beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih
baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(AS-SAFF:11)
Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh
jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu
yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu
tidak mengetahui
(AL-BAQARAH:216)
SIR WA HAZAR
Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah
(sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan
perang) sepuak demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.
(AN-NISA’:
71)
ISTIQAMAH
Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua;
oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah
kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).
(YUNUS:89)
PENGORBANAN DALAM BERJIHAD
Perintah untuk Berjihad:
(AT-TAUBAH:
41)
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad)
sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana
(tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi
tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan
nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama
kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang
Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta
(tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(AT-TAUBAH:42)
Halangan Dalam Perjuangan:
(AT-TAuBAH:24)
AKIDAH DAN
PERJUANGAN
(AL-HUJURAT:15)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(ALI
IMRAAN: 102)
Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.
(ALI
IMRAAN:103)
CELAAN KEPADA ORANG2 YANG MALAS BERJIHAD
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(AT-TAUBAH:
38)
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(AT-TAUBAH:39)
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)[1][2]
KEWAJIBAN UMAT ISLAM BERDAKWAH
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(AT-TAUBAH:71)
CIRI-CIRI JUNDULLAH
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
(AL-MAIDAH:54)
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang
kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan
ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih
baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(AT-TAUBAH:121)
UKHUWAH
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(AL-HUJURAT:10)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan
carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya
dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk
menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
(AL MAIDAH:35)
No comments:
Post a Comment