Monday, May 13, 2013

Gyiyomi?

Bismillahirrahmanirrahim..
Ok, rilek-rilek dulu. Santai. Jangan terkejut ya bila baca tajuk entri terbaru ni. 

Kenapa tiba-tiba penulis berminat nak tulis entry pasal gyiyomi ni? Meh nak stori-stori sikit..

Al kisahnya pada suatu hari, penulis duduk di atas sebuah kerusi di perhentian bas. Sedang penulis syok-syok berangan sendiri, tiba-tiba... (kasi suspens sikit..)

Tiba-tiba, penulis terpandanglah ke arah seorang pak cik yang agak berusia yang berada tidak jauh di hadapan penulis. Pak cik tersebut kelihatan sedang khusyuk melihat ke arah handphonenya. Maka, penulis pun bersangka baiklah. Mungkin pak cik tersebut sedang membaca mesej ataupun apa-apa sahajalah yang penting di handphonenya itu. No need to think about. Itulah yang penulis fikir pada masa itu. Ok, so penulis pun teruskan lamunan sambil meng'komplete'kan mutabaah dan menambahkan muraqabah sedikit sebanyak dengan beristighfar. *ting-tong! sambil duduk sahaja2 pun boleh dapat pahala taw! how? berzikir laa! *

Tiba-tiba. . . 
Penulis pun terdengar musik sayup-sayup ke telinga dari arah pak cik tersebut. 
Gyiyomi? Penulis tersentak.

End of the story.
Tak sempurna cerita jika tidak ada ibrah untuk dikutip daripadanya. 
Jika tiada yang dapat dijadikan pengajaran atau diambil manfaat daripadanya, 
lebih baik diam sahaja. Usah bercerita. Betul tak?

Tak sangka-kan? Pak cik pun tengok gyiyomi? ni bukan nak mengaibkan pak cik tu. Tapi sekadar untuk cerita bahawa parahnya barah hiburan dalam masyarakat kita.
Ok lah, sekarang ini Gyiyomi ni dah tersebar ke mana-mana. 

Bahkan bila bukak fb nampak post pasal gyiyomi, U- tube pon gyiyomi, malah bukak blog wardah-aljannah pun entry pasal gyiyomi! Eh.

Ok2, dulu kita dengar Oppa gangnam style. Bukan kita laa yang dengar. Orang lain. Tapi kita turut sama merasa bahangnya. Ya tak?

Allahu robbi. Jom istighfar sekejap.
Jom!

Hmm..selingan.selingan..penulis ingin menegaskan hiburan itu membuahkan wahan. <-- trademart baru. pegang ya! 
kenapa? nanti penulis akan jelaskan. Sebelum tu, jom fikir...

Kenapa manusia mencari hiburan? 

Kerana...

deep down inside....

mereka rasa kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Ya, mungkin harta berlambak-lambak. Rezeki melimpah ruah. Tetapi nikmat hati yang tenang belum dapat dikecapi.


Jadi mereka pun mencari pelbagai wahana untuk mengisi kekosongan itu. Antaranya dengan hiburan. Hiburan mungkin menggembirakan. Ya. Mungkin. Tapi sebentar sahaja. Sekejap cuma. Selepas itu, mereka akan kembali berasa kosong.

Mereka dahagakan ketenangan yang membasahi segenap ruang dalam hati mereka. Bukan mereka sahaja. Kadang-kadang kita pun berasa kosong. Dek iman itu lumrahnya naik dan turun. Yazid wa yanqus. 

Itulah faktornya hiburan itu semakin berleluasa. Faham?
Untuk mengisi kekosongan hati. Walhal hati itu hanya akan berasa tenang andai kita meletakkan Allah dalam hati. Allah sebagai prioriti.

Ok, apa trademart kita tadi?

Ya. Hiburan membuahkan wahan.

Kenapa?
 
Hiburan itu kadang-kadang mengasyikkan. Kerana nafsu itu sering meronta-ronta untuk mendapatkannya. Dan nafsu itu tidak pernah puas. Betul bukan? 
Dengan hiburan...
Ummat ini akan takut untuk berjuang.
Takut untuk berkorban. 
Jiwa hanya berminat untuk suka-suka. 
Hiburan semata.
takut untuk derita,
walaupun demi agama.

Allahu robbi! Pedihnya bisa hiburan yang melampau ini.
Hingga akhirnya, hiburan membuahkan wahan. Takutkan mati, malas berjuang dan cintakan dunia.
Namun, adakah wajar untuk kita menunding jari ke arah mereka yang sedang leka dibuai indahnya hiburan palsu sahaja? Adakah wajar untuk menyalahkan mereka semata-mata?

Ok, sekarang ambil cermin. Renung muka anda.
Tunding jari ke arah orang yang berada dalam cermin tersebut dan katakan anda bersalah!
kerana apa?
Kerana anda seorang yang sedar. Anda mungkin telah bangkit dari lena.
Tetapi anda tidak berusaha untuk mengejutkan mereka yang masih terlena.
Aduhai! 

Bangkitlah semua!

Monday, May 6, 2013

keep smile and step foward to act!!

Bismillahirrahmanirrahim..
ok, senyum sikit... 
eh, sikit lagi..sikit lagi..senyum.. =D
alhamdulillah..PRU telah pun berakhir..
walaupun, seperti yang kita semua tahu kerajaan kita masih dipegang oleh pihak yang sama..
tapi kita tahu bahawa kita tetap menang, menang di hadapan Allah..
menang apabila berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan hukum-Nya..
dan, sebenarnya, undian untuk PR telah bertambah daripada PRU yang lepas..

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

walaupun masih belum berjaya untuk menegakkan kerajaan yang benar2 berhukum dengan hukum Islam, kita mesti bersyukur..kerana Allah sudah memberikan sedikit peningkatan kepada kita..mungkin bukan sekarang, mungkin PRU yang akan datang..ingat, !لئن شكرتم لأزيدنكم

Jika kamu bersyukur maka aku akan tambah..
Ini petikan daripada kalamullah..yakin itu..semuanya ada hikmah...! 

Tapi!

jangan hentikan munajat kita..
jangan runtuhkan dan putuskan ribat mujahideen..
ingat! perjuangan tu tak akan pernah berakhir.
ni masa untuk kita kukuhkan kembali apa-apa yang goyah.
Mungkin kemenangan tertangguh yang Allah kurniakan buat kita pada masa ni adalah ruang masa yang Allah ingin kita tingkatkan segala-galanya.. gerak kerja, tadhiyat, tarbiyah, dakwah dan muraqabah kepada-Nya.
jangan pd masa PRU shj munajat bagaikan nak rak..biar munajat dan muraqabah kita semakin bertambah dan bertambah..ingat x apa yang khabat al arat pernah tanyakan kpd Rasulullah s.a.w.? jom muhasabah bersama~ 

Daripada Abi Abdullah Khabbab bin al Arat beliau berkata, "Kami telah mengadu kepada Baginda S.A.W sedang Rasulullah pada ketika itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah beralaskan serban. Maka kami bertanya; Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita?"

Maka berkatalah Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruh daging dan tulang-belulangnya, namun demikian mereka tidak memalingkan daripada agama. Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah permusafir
an dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi ditakuti melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kalian adalah golongan yang gopoh." (Riwayat Bukhari)

Keghairahan untuk meraih kemenangan perlu ditenangkan seraya kita merujuk kepada manhaj perjuangan Nabi kita Muhammad S.A.W tentang bagaimana Baginda S.A.W membina kemenangan.

Hadis yang ana bawakan adalah sebagai renungan kita. Ia memaparkan bagaimana sikap Nabi S.A.W di saat berhadapan dengan keadaan yang sangat kritikal, apabila para sahabat sering diseksa dengan dahsyat oleh kaum kuffar musyrikin.

Antara mereka ialah Khabbab al Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya. Kesan penyeksaan tersebut meninggalkan parut yang sangat hodoh kepada diri Khabbab. Satu ketika Khabbab inilah yang pergi bertemu Nabi S.A.W, ketika Baginda sedang beristerehat di tepian Kaabah lantas bertanya, "Apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah agar kita menang?"

Sahabat Pemuda seperjuangan sekalian....

Yang bertanya ialah insan yang berjuang malah menghadapi penyeksaan dahsyat oleh musuh-musuh Allah dengan begitu tabah sekali. Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk pertahankan prinsip dan pegangan agama. Insan yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci ini, tiba-tiba nilai perjuangannya dijawab oleh Baginda Rasulullah bahawa orang terdahulu lebih teruk menerima penyeksaan dari musuh-musuh Allah sehingga ada yang digergaji kepalanya, sehingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai-berai daging daripada tulangnya, namun mereka tetap mempertahankan agama.

Kemudian Baginda Rasulullah melanjutkan teguran, kamu yang datang meminta-minta agar di doakan kemenangan, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah Taala.
saya kongsikan beberapa status dari fesbuk..supaya kita sama-sama dapat bermuhasabah..
Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab, "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul". 
Islam xakan menang jika masih ramai lg masyarakat jahil.
Islam xakan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.
Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Islam.
Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.

Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.
Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.
Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
Perjuangan ini masih panjang.




Tazkirah bt pejuang islam..Sbg anggota tarbiyyah sifat kita menyejukkan ketika panas,menghangatkan ketika dingin..ketika saat br habis perang marilah kita tanamkan sifat syukur yg tinggi lantaran pertambahan kemenangan kerusi dun,bahasa mecari punca ketidak menangan nanti dulu..sampai masa nanti kita bicarakan..dahulukan "alhamdulillah"...

(murabbi ustaz wan muhammad mizan)

Ok, dapat sesuatu?? mungkin Allah nak beri ruang dan peluang untuk kita membaiki jentera perjuangan..
Baiki niat,
Baiki amalan,
Baiki sikap,
Kuatkan tadhiyat, 
Kuatkan usaha,
Kuatkan muraqabah..

status sorang sahabat yang disharekan drp status orang lain:

  • Kita tak bimbang dengan kekalahan tetapi kita bimbang apabila menang kita tak mampu mengisi kemenangan...Allah akan menangkan Islam bila kita mencukupi syarat2 kmenangan...banyak penyokong & banyak duit bukan syarat utk mncapai kmenangan,akan tetapi di antara syarat kmenangan yg trpenting adalah apabila wjudnya keikhlasan dlm mnegakkan Islam wlaupn dlm serba kekurangan...
sama-sama muhasabah..

Namun, kita dapati beberapa ketidaktelusan dalam PRU kali ni..penulis harap sangat-sangat tindakan akan diambil..sekurang-kurangnya buat siasatan..Ini bukan provokasi PR semata-mata..kalau ada yang salah..sepatutnya ada penjelasan..tapi sayangnya, masih tiada penjelasan diberikan..

ok lah, ana selitkan pautan-pautan daripada fb di sini..pastikan log in fb dulu ya..:

kalau nk jimat masa boleh tengok yang ni-->https://www.facebook.com/photo.php?v=550646328312005

bukti2 daripada fb.. harap2 dah ada yang adu pada pihak berwajib dan tindakan susulan dilakukan..berharap~

Posting ini bukan kami PENYOKONG PR tak terima kenyataan, kami mahu buka minda rakyat Malaysia apa yg sebenarnya BERLAKU semasa PRU-13. Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2kan. Kalau setuju atau tak setuju, sila komen dgn berhemah.

A) Lari peti undi
1- 2 bag votes dicampak dari helikopter

2- PANAS!!! SPR TERANG-TERANG LARIKAN PETI UNDI!!


4- Helikopter MCA kantoi bawa lari kertas undi

5- SPR Kantoi di Manek Urai, Kelantan dan di Johor
pkrl.blogspot.com/2013/05/kantoi-video-terbaik-pilihan-raya-di.html

6- SPR Kantoi bawa keluar peti undi di Johor Bharu. (Nampak peti undi dalam kereta)

7- Cubaan bawa keluar kertas undi di Balai Polis Manjung

B ) Pekerja Spr tak beretika,
1- Bawa keluar undi secara senyap

2- Tidur ketika waktu mengundi

3- Rasuah pengundi di Baling

C) Blackout:
1- Zainab binti Zainun from TNB has made it clear that there was NO blackout last night in the hall, meaning the power supply must have been cut off by someone or a group of people INTENTIONALLY.

D) Warga asing
1- Pengundi hantu ditangkap

2- PANAS!!!! Bukti Warga Asing Diberi IC DALAM BAS!!

3- Indon kantoi mengundi tapi no IC tak tahu

4- 1 Bas Bangla ditangkap

5- Bangla ditangkap

6- Bangla boleh mengundi walaupun tiada IC

7-Bangla puji polis kerana lepas dia walau tiada lesen, tiada passport kerana dapat duit kopi

8- Bangla datang dengan bas di Gelang Patah

9- Bangla salah nyanyi lagu negaraku

10- Bangla 2 orang di Kuala Selangor

11- 3 bas bangla di Sungai Siput

12- Bangla ada IC, tapi tak boleh nyanyi lagu Negaraku, Rukun Negara. Malangnya polis backup bangla ini

13- Bangla undi 2 kali dan ada 2 tanda dakwat kekal di jari

14- Bangla cuba mengundi di Cheras, tetapi sempat ditangkap

E) Dakwat kekal
1- Tok guru Haron Din tak sampai 5 jam hilang dakwat kekal

F) United Nations (PBB)
1- United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation.

Yang terbaik, seluruh dunia tahu Najib guna bangla

wallahu a'lam...

Rakyat terengganu, khususnya dan rakyat malaysia amnya..silakan terus bermunajat..

Sedikit info juga daripada fb:

Photo: Sila sebarkan !




 kuatkan munajat!!!

wallahu a'lam....

p/s: maaf jika post ini agak berbolok (baca= berterabur) kerana post ini dicampurkan dengan pautan-pautan dan statement-statement daripada fb..harap maklum.. keep smile n move foward.. :)

Wednesday, May 1, 2013

PRU -sokong mana satu?-


Bismillahirrahmanirrahim.

Kehangatan PRU semakin membahang. Debaran kian terasa...

Banyak fitnah yang berteraburan di televisyen, akhbar, dan juga kedai-kedai kopi. Isunya? PRU.

Ada yang semakin keliru. Ada yang semakin bingung. Siapa yang harus dipilih. Siapa yang harus dipangkah.

Baiklah, intro di atas sudah cukup panjang. Penulis tak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Cuma mahu para pembaca yang disayangi, dicintai dan dikasihi sekalian duduk sebentar dan sama-sama berfikir. Tolong baca post ni sampai habis.

Pertama sekali dalam membuat pilihan, perkara yang perlu diletakkan di hadapan ialah Islam. Wajib bagi kita untuk menyokong pihak yang menyokong Islam dan ingin menegakkan hukum Islam. Apa hukum menjalankan hukum Islam? 

Wajib.

Ok, anda seorang muslim kan?

Kenapa anda masuk Islam?
Sebab "Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam". Betul tak?

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS. Ali Imran [3] : 85)

Dan sesiapa yang ingkar maka, balasannya ialah neraka Allah s.w.t. Nauzubillah.
Islam satu-satunya agama yang diredai Allah. Walaupun Allah menyatakan tiada paksaan untuk memeluk Islam, tetapi sebaik sahaja kita melafazkan kalimah syahadah, wajib bagi kita untuk mengikut apa yang Allah tetapkan. Menutup aurat, tidak melakukan maksiat dan sebagainya. Hukum Islam itu ada hikmahnya. Jika dikaji secara mendalam, banyak faedahnya. Malah terbukti melalui kajian-kajian sains dan lain-lain. Ok, itu bukan isunya sekarang ini.

Jadi, apa hukum menegakkan hukum Islam?

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)
Masuklah kamu ke dalam islam itu sepenuhnya. Bermaksud dari segi muammalat, ibadah, akidah dan termasuklah undang-undang. Maka, hukum menegakkan undang-undang Islam itu wajib.

Maka, hukum menyokong golongan yang menegakkan Islam dan hukumnya itu juga menjadi wajib berdasarkan kaedah usul fiqh iaitu: Kaedah fiqh menyebutkan:
 "مالايتم الواجب إلا به فهو واجب"

yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Contohnya : Solat fardhu itu wajib, dan untuk melaksanakan solat pula mestilah dalam keadaan berwudhu. maka wudhu menjadi wajib apabila hendak menunaikan solat fardhu.

Menegakkan hukum Islam itu wajib. Maka kerja-kerja yang membawa kepada terlaksananya hukum Allah turut wajib berdasarkan kaedah syara' yang disebutkan tadi.
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang kafir" 
(surah Al-Ma'idah 5:44)

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(surah Al-Ma'idah 5:45) 

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.(surah al-Maidah [5]: 47)

Dan Allah s.w.t melarang kita untuk menyokong golongan yang tidak menjalankan hukum Islam. Ini kerana, sokong bermaksud bekerja sama. Allah s.w.t berfirman:

"Bekerjasamalah kamu di dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama di dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan". 
(Al-Maidah: 2)

Isu yang paling hot sekarang ni ialah....

PAS KUDA TUNDANGAN DAP?

Ya tak? Jika isu ini yang membuatkan anda ragu-ragu. Mari baca apa yang penulis akan sampaikan ni. 

Pas dan DAP serta PKR hanya bertahaluf siyasi. Bekerja sama. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bekerjasama dengan kaum bukan islam (yahudi) di Madinah. Namun, tahaluf ini ada syaratnya. [1] Iaitu:

1)  Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.

Contoh maslahah yang diizinkan:

i.    Ke arah kedaulatan Islam dan perlaksanaan syariatnya:

ii.    Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

2)     Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan.

3)    Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

untuk maklumat lebih lanjut, klik: kerjasama PAS dan DAP

Ok, setakat ini dahulu. Post ini in shaa Allah akan diupdate kembali..
wallahu a'lam..

komen anda digalakkan..
ruang diskusi terbuka seluas-luasnya.

kalau masih keliru, sila istikharah..Ingat, apabila keliru, mohonlah pada yang mengetahui segala-galanya. Iaitu Allah s.w.t.