Monday, February 25, 2013

manual tersedia~ tinggal kita untuk mengamalkannya

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), 
dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), 
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) 
jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 
(Ali ‘Imran: 139)



Yakin dengan Allah


“Wahai pemuda, sesungguhnya suatu gagasan hanya berjaya apabila 
keimanan terhadap gagasan itu kuat, 
keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, 
semangat untuknya bertambah dan 
kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud. Keempat-empat rukun ini: iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri khusus pemuda. 
Kerana asas kepada iman ialah hati yang bijaksana,
asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci,
asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat dan
asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja.
Semua ini hanya dimiliki oleh pemuda. Oleh itu, pemuda dulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan ”.
(Imam al-Banna)



as-Syahid imam hassan al-Banna


kata2 as-Syahid Hasan al-Banna:

“Sesungguhnya tugas seorang Islam sejati dijelaskan oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala dalam satu ayat al-Quran, kemudian diulang oleh al-Quran dalam beberapa ayat. Ayat yang meliputi tugas orang Islam dalam kehidupan tersebut ialah firman Allah Tabaraka wa Ta‘ala:

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untukmengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 78)

No comments:

Post a Comment