Saturday, January 19, 2013

sentuh hati!

bismillahirrahmanirrahim..
rasanya lama dah jari jemari ni tak hinggap atas keyboard untuk menulis coretan rasa dan sedikit perkongsian buat pengunjung-pengunjung blog ana ni..takpe laa..sampaikanlah walaupun satu ayat..

ana akan rasa bersalah sangat2 andai tak boleh nak menyumbang banyak dalam perjuangan ni..andai tak banyak, ana harap. . . sedikit sebanyak penulisan dan gerak kerja ana yang tak seberapa dapat men'top-up' sumbangan ana yang kurang tu. . .

Allahurobbi..

ana nak ajak semua yang membaca post ni agar buka hati. . .dan cuba rasa dengan hati yang tulus ikhlas, dengan hati yang suci dan bersih tanpa mewujudkan kepentingan diri tentang apa yang ana nak sampaikan ni..walaupun biasa2 sahaja. . . namun, amat penting bagi ana. . . sebagaimana kata-kata ni sering menyentuh hati ana. . . ana nak kata-kata ni selalu menyentuh jiwa-jiwa sahabat ana yang nak membawa sinar islam yang syumul kepada banyak lagi jiwa-jiwa kat luar sana. . . jadi, sebelum menyentuh jiwa-jiwa lain, jiwa kita dulu yang perlu bersih. . .perlu sering muhasabah...cuba renungkan

ADAKAH ISLAM ITU MASIH KURANG? SEDANGKAN AKU MASIH HIDUP?
 JADI APA GUNANYA AKU?

Allah menyeru:

INFIRU KHIFAFAN WA TSIQALAN WAJAHIDU FISABILILLAH
maralah kamu sama ada berat ataupun ringan dan berjihadlah di jalan Allah...

 dan Allah mengingatkan bahawa jika kita lari atau berputus asa dari jalan-Nya...


WAIN TATAWALLAU YASTABDILKUM QAUMAN GHAIRAKUM WALA YAKUNU AMSALAKUM
dan sekiranya kamu berpaling, maka Allah akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang tidak mereka menjadi seperti kmu...

nauzubillah!


ana cuma nak ajak sahabat2 merenung kata-kata kat atas tu je..adakah menyentuh hati kita? atau hanya sekadar angin lalu? andai kata-kata tu sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tak lekat dalam hati..marilah sama-sama muhasabah diri..kerana orang yang beriman, apabila mendengar kalimah Allah maka bergetarlah hati mereka...kita? apa reaksi kita bila Allah menegur kita, memperingatkan kita...adakah wujud gementar itu? atau kita sekadar termenung sebentar dan mengendahkan peringatan itu? sama-sama bermuhasabah...

wallahu a'lam...

Wednesday, January 2, 2013

KuaT sManGat!!

KLIK LINK KAT BAWAH NI..
UJIAN KEHIDUPAN


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tak pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

klik sini untuk dengar. . .

huh,, semoga bermanfaat untuk diri dan semua. . .

aku... kecewa?

Andai itu yang ditakdirkan..siapa aku untuk menolaknya?
Andai itu onak dan duri yang engkau sediakan untuk meningkatkan keimananku kuredha..
aku redha?
Tp kenapa air mataku tak berhenti mengalir??
Allahu robbi..tenangkan aku..

Ya Allah..aku tak harus berhenti di tengah jalan..
Husna! x kan selemah ini kamu!
Sedarlah....! Andai waktu belum berakhir..
kamu harus berjuang..!
Andai kepahitan, kesusahan, kelelahan itu kamu rasai. . .
Itulah jalan yang akan kamu tempuhi sampai mati..

Duhai diri,
engkau telah memilih jalanmu..
mengapa dikau mengalah sebelum akhir waktu?
engkau tahu jalan ini payah. . .
mengapa engkau tidak persiapkan hatimu dan langkahmu?
Duhai diri..
tolong! berhenti begini..!
kuatkan azam dan semangatmu..

WANFIRU KHIFAFAN WA TSIQALAN WAJAHIDU FISABILILLAH
dan maralah kamu sama ada berat ataupun ringan dan berjihadlah di jalan Allah...

Tuesday, January 1, 2013

jazakillah. . .

(form4 memory)

kamoo memang banyak memberi, sahabat!

jazakillahu khairan jaza'..
kadang2 terfikir jugak, apa yang diri ini beri. . .
maafkan ambe sebab x banyak memberi. . .
tapi in shaa allah. . .
kamu x akan kulupa dalam doaku. . .
terima kasih sahabat!

(tetiba je kn.. ^_^ hehe)

aku xkan pernah berhenti berharap!






TAKKAN BERHENTI BERHARAP. . . .

Bismillahirahmanirrahim. . .
harapan. . . tak de sesiapa yang tak de harapan kan?  bezanya apa yang diharapkan...
bila kita bercakap pasal berharap nie, timbul laa persoalan pada siapa kita berharap...
siapa?
manusia?? ada masanya dia tak dapat bersama dengan kita. . . meneguhkan hati kita . . . dia juga manusia seperti kita...ada kekurangan...kalau kita berharap pada manusia, ada masanya kita akan kecewa.. lagipun dia bukan pemberi segala-galanya..bukan dia yang menentukan apa yang kita akan dapat atau tak..
jadi siapa?
jawabannya tak lain tak bukan...Allah...
Dia yang maha pengasih, Yang Maha Pemberi Nikmat. . .
berharaplah pada Dia. . . nescaya tidak akan pernah kecewa. . .
kerana. . .

Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu `anhuma, katanya, pada suatu hari aku berada di belakang (membonceng) Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda:
“Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa hal kepadamu, iaitu:
Jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu, jagalah ALLAH nescaya DIA akan berada di hadapanmu, jika engkau memohon maka memohonlah kepada ALLAH, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada ALLAH, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudharat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH. Telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”
(Hadith Riwayat at-Turmudzi, menurutnya hadith ini Hasan Sahih)


tapi ingat. . .kehidupan nie penuh ujian. . . kita tak kan dapat apa yang kita nak senang2... ada mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi...bak kata ustaz firdaus:  kalau kita nak buat benda baik ni memang ada mehnahnya. . . sampaikan jika perjuangan kita nie tiada ranjau dan onak duri. . kita perlu cek semula apa yang kita bawa. .  takut2 ada yang tak kena dengan apa yang kita bawa tu. . sebab memang lumrah. . . benda baik memang akan ada mehnahnya. .  macam rasulullah . .dakwahnya tak mudah. . selalu ditentang. . . (syukran ustaz.. husna takkan pernah lupa kata2 nie. . masa ustaz cakap nie kat ana hari tu pun. . ana sangat2 tersentuh...subhanallah. . .jazakallah ustaz! )


kerja buat kita nie tak mudah. . . sebab tu laa gerak kerja nie perlu dibuat beramai2. . . secara berjemaah. . .
husna tak mampu fikir sorang2. . . husna tak mampu nak bergerak sorang2. . .
jadi, bila bergerak beramai2 nie, kita akan saling menguatkan . . .indahnya Islam yang Allah syariatkan... 

last skali...ana n kawan2 mesti sedar yang. . . 



wallahu a'lam. . .