Sunday, March 10, 2013

leaDers~

Bismillahirrahmanirrahim~

Syukur kerana Allah masih kurniakan penulis untuk menikmati hayat pada hari ni untuk memperbaik segala kesalahan-kesalahan diri.. Syukur jugak sebab Allah beri kesempatan kepada penulis untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua. . . Okeh, ana x nak terlepas daripada mendapat peluang untuk dapat pahala free. eyh, macam mana nak dapat pahala free? "sampaikanlah walaupun satu ayat".
Jangan main-main taw dengan ayat ni, sebab......

bila kita sebarkan sesuatu yang baik = satu pahala terbang kat kita 
*terbang tu perumpaan je deh..
bila orang baca/ dengar  = kita dapat pahala 
bila orang amal = kita dapat pahala
bila orang sebar = kita dapat pahala
bila orang lain pulak yang amal = kita dapat pahala
bila orang lain tu pulak sebar = kita dapat pahala lagi.. dan lagi.. dan lagi...

pahala ni berterusan bila ia terus disebarkan dan diamalkan..jadi, siapa yang nak lepaskan peluang ni? Ana tak nak!

Ok, yang kat atas tu mukaddimah je. time for sharing2. . . sekarang ni jujur sejujur-jujurnya ambe rindu sangat ngan kawan-kawan...Rindu 4 hari 3 malam yang lepas..Indahnya ukhuwah kerana Allah..Jumpa tak pernah jemu..kan2...?
Apa yang ada 4 hari 3 malam yg lepas??? meh laa nak kongsi sikit. . .
Alhamdulillah. . .kem leaders telah pun diadakan..moga-moga dapat memberi kesan yang amat besar kepada para peserta. Siapa peserta2 tu?
Fasi dan adik-adik laa..okeh,..banyak yang husna dapat daripada kem ni..Walaupun kem ni dianjurkan untuk adik-adik, tapi, ana pun dapat banyak manfaat..Well, we get what we give right? ^_^
Kat sini, ana nak cakap,

JAZAKUMULLAHU KHAIRON KASIRO

kepada sahabat2..x kira muslimin ataupun muslimat atas pengorbanan yang sahabat2 semua hulurkan..ada yang bersungguh-sungguh nak join kem..mohon ditangguhkan kem (imbas kembali masa kem ditetapkan pd 21-23hb 3), ada yang kurang sihat, ada yang sampai menangis-nangis mintak ngan mak ayah untuk join kem ni, dan..... apa-apa yang lain laa..perjuangan memerlukan pengorbanan kan?

dan husna pun nak mintak maaf sangat-sangat..masa kem tu..ana tak dapat hulur sumbangan suara yang banyak laa..kesian kat sahabat2 sebab kene jadi translator ana...

walaupun mula-mula kem tu ada masalah teknikal sikit...dengan LCD dan mikrofon. . . alhamdulillah, perjalanan pada hari kedua, ana memang puas hati...nampak kerjasama antara unit2..walaupun memang ada kekurangan, tapi tu laa..hakikatnya kita x boleh lari daripada kesilapan..jap2..x habis lagi. memang kita tak lari daripada kesilapan. tapi x bermakna kita boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh sambil berkata "manusia tak lari dari buat salah" betul x?

syukron jazilan kepada sahabat2 sebab sanggup bersengkang mata untuk tidur lewat selama 3 malam tu..hari rabu pukul 3, hari khamis pukul 2, hari jumaat pulak pukul 3.. tapi, jangan lupa untuk cakap alhamdulillah sebab Allah masih bagi peluang kepada kita untuk buat pahala pada masa orang lain tengah tidur..untung kan? apa yang sahabat2 dapat daripada tidur lewat ni?

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]


lepas post mortem dengan muslimin, muslimat ada sesi post mortem di kuarters pulak. Ana harap sahabat2 dapat ambil iktibar daripada apa-apa yang di'post-mortem'kan..
meh ana ulang sikit ye apa-apa yang dipost-mortemkan..sama-sama kita saling memperingatkan..

-surah as-saff sekali dengan makna di'tasmi' secara rambang..kat sini, ana nak kongsi balik huraian daripada as-saff ayat 10-11 yang telah dimuhasabahkan. Harap2 sahabat2 dah hadam ayat ni.



wahai orang-orang yang beriman, hendakkah kamu, aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?

apa yang hendak diniagakan? Allah jawab,


beriman kepada Allah dan rasulnya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Ok, kalau ada perniagaan, mesti ada penjual, mesti ada pembeli. . . jadi siapakah penjual dan pembeli dalam ayat yang Allah firmankan ni?
jawabannya. . .
penjualnya ialah kita dan pembelinya ialah Allah. . . maka, jika pembelinya ialah Allah, adakah wajar untuk kita bermain-main? 
apa yang kita jualkan? diri dan harta kita. Seluruhnya! sahabat-sahabat, renung2kanlah..Sedangkan Saidina Abu Bakar menangis kerana memikirkan bahawa dirinya tak layak kerana penuh dengan aib. Dan barang yang terdapat aib tidak boleh dijual beli..
kita?? lagi laa banyak aibnya kan..Nabi Muhammad s.a.w. mengumpamakan bahawa amalan saidina Abu Bakar jika diukur dengan bumi dan seisinya lebih berat timbangan amalan saidina Abu Bakar. Tapi sahabat nabi itu tetap takut dan menangis..kita?? wujudkah takut untuk bermain-main dalam perjuangan dalam hati kita?

kalau kita berpaling kita yang akan rugi, kerana Allah menawarkan ganjaran yang cukup banyak bagi orang yang berjuang, berjihad di jalan Allah ini.. apa?



1. diampunkan dosa-dosa kita
2. Dimasukkan ke dalam syurga yang mana mengalir di bawahnya sungai-sungai
3. Tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn'

siapa yang rugi andai kita main-main? Kita laa kan...
Ok, cukup laa ulasan tentang post mortem yang ana nak ingatkan semula kpd sahabat-sahabat. Ya! Satu lagi. masa post mortem hari yang pertama (post mortem muslimat), ana ada sebut pasal lambat. Betul tak? Sebenarnya ana nak terima kasih pada sahabat-sahabat. Ana suka sangat2 pada hari kedua tu bila sahabat2 bergegas dan siap lebih awal. 5 minit awal daripada yang ana ditetapkan. (jangan main2, ana tengok taw ^_^) Terima kasih sahabat. Amat benarlah firman Allah dalam surah az-Zariyat:

Dan berilah peringatan kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang yang beriman

Sebut pasal post mortem ni. Teringat pulak ana post mortem dengan muslimin. Asif jiddan andai ada yang terasa. Apa-apa yang ana sampaikan tu, bukan nak marah pun sebenarnya. Mungkin sebab ana sakit tekak, suara pun jadi 'agak pelik' sikit. Sampai sahabat2 lain yang kena jadi translator. (ok, kali kedua ana ulang~) Entah kenapa pulak ana sebut pasal ni kat dalam blog ye? x pe laa.. B)

Sahabat, 
dalam perjuangan itu pasti ada penat,
pasti ada cabaran, mehnah, dan tribulasi,
tapi,

Sahabat, ingatlah...
tiada kepenatan dalam perjuangan,
tiada cabaran dalam pengorbanan,
tanpa diakhirnya kita beroleh kesenangan dan ganjaran..
jika tidak di dunia, di akhirat nanti. . .
yakin itu!

Ok, cukup laa ana berceloteh di sini..sahabat2 jemput baca ya. . .
ana x ada gambar utk ditayangkan..sebabnya kamera tertinggal. . .
asif~

No comments:

Post a Comment