Thursday, November 14, 2013

Aku dah penat menunggu..

Entah,
Dua tiga hari ni tak berminat untuk menulis
aku cuma rasa nak express apa yang aku rasa,
aku nak tulis apa yang hati aku suruh,
aku nak tulis apa yang boleh membangkitkan jiwa aku.

Entah,
Aku asyik menunggu,
menunggu hari esok yang melahirkan aku yang baru,
aku yang kuat, 
aku yang lebih baik,
tapi adakah esok itu akan tiba?

Aku tulis dan terus tulis,
Aku baca dan terus baca,
kadang-kadang bila bosan,
aku scroll down saja,
entah, 
mungkin...
aku mencari apa yang mampu mendamaikan jiwa aku,
mungkin?

adakah penantian aku ini ada imbalannya?
ataukah sekadar angan-angan dan mimpi?
Aku menanti bila hari ini akan berakhir,
hari yang mana aku rasa,
diriku tiada nilai,
lalu aku diam dan terus menunggu.
Futurkah aku???
Nauzubillah...

Entah,
berapa kali 'entah' yang dah aku taip,
aku sendiri malas menghitungnya,
sama seperti malasnya aku untuk menghitung hari,
hari untuk aku yang baru itu muncul..

Arghh...
Bila? Bila? dan Bila?

Aku juga manusia,
air itu ada pasang surutnya,
roda itu ada atas ada bawahnya,
hari itu ada cerah ada gelapnya,
dan aku...
ada kuat dan ada lemahnya.

Namun,
kini....
aku sedar,
aku,
diri aku,
hati aku,
tangan aku,
kaki aku,
hanya aku yang mampu menggerakkannya dengan izin Allah.

Dan aku yang baru...
Ya, 'aku' yang aku nantikan itu,
takkan muncul tanpa aku bergerak untuk mewujudkannya.

Ya, mimpi itu angan kosong,
andai aku duduk diam,
sekadar menunggu ia mampir.
Wahai...
indahnya jika dunia ini akan aman dengan hanya goyang kaki,
indahnya jika hati ini tenteram dengan hanya diam dan memerhati,
tanpa berdiri dan terus berlari,
menuju akhirat yang pasti yang hakiki,
menuju Illahi yang dicintai.

Duhai diri,
Engkau yang baru itu akan muncul.
Percayalahh,
kerana apa?
kerana Allah masih menghadiahkan hari ini buatmu,
cukuplah tu jadi jaminan,
cukuplah tu jadi penenang.

sudahlah duhai diriku sayang,
usap air matamu,
hapus dukamu,
tamatkan penantianmu,
dan mulakan langkahmu.

Allah...
Allah menunggumu sayang...

Duhai diri,
kuat dan terus kuat.

Allah ada, dan sentiasa akan ada.

Percaya itu..Selamanya...

Allah. ...


Allah,
Tak siapa mampu fahami aku,
Namun ku tahu, Engkau sentiasa ada untukku,
satu sebab untuk aku terus gagah berdiri,
Walau langkah ini menunggu rebah, 
Walau tapak ini semakin goyah,
Aku tahu Engkau ada untukku...

Allah,
Jangan Engkau hapuskan nikmat ini dariku,
nikmat untuk merasa Engkau berada di sisiku,
Kerana andai rasa itu hilang,
aku bimbang...
aku rebah, jatuh, longlai dan tersungkur.

Allah,
kadang-kadang aku sendiri tak mampu memahami,
apa yang ada di hatiku,
apa yang aku perlu,
tapi Aku tahu bahawa Engkau memahami diriku,
lebih dari diri aku sendiri.

Allah,
Jangan biarkan aku sendiri,
Bantu aku ya Allah...
Aku mahu dekat dengan-Mu,
walau amalku tak seberapa,
walau nodaku tak terkira,
pimpinlah aku Ya Allah..
Aku tak mampu...
tanpa-Mu Allah.... (:



Sunday, November 3, 2013

Tersentuh T.T


Tadi bukak fb and jumpa post-post yang amat-amat-amat menyentuh hati daripada seorang ukhti ni..wanna share it..!
Baca bismillah dulu, ok...

Bahkan,
Kekuatan untuk buka mata, pegang pen,
Belek kertas itu pun dari Allah taala.

Bahkan,
Rasa dan semangat itu pun,
Suntikan dari Allah taala.

Cuma kita hanya sedar bila tak ada.
"Tak rasa nak pergi lah.."
"Aku tak semangat ni.."
"Give up lahh..!!"

Maka di mana nak cari kembali,
Rasa dan kekuatan itu?

Cari dalam hati,
Hati yang dekat dengan Tuhan.
Cari dalam sujud,
Saat kepala kita sangat rendah ke bumi,
Cari dalam doa,
Doa di dalamnya 
setiap apa yang kita ungkapan ikhlas dan penuh mengharap.
Cari dalam muhasabah,
Saat kita menghitung dosa dosa yang menggunung,
Dan amal yang entah sebesar mane.

Sedar.semua dari DIA, Allah yang Maha Kuasa.

Suntikan keikhlasan dalam jiwa hamba hambaMu ini Ya Rabb.

___________________________

"This place is created to break ur heart.
If you want to be happy, you are in the wrong place.

The pain is negative, if its make a barrier between u n Allah,
The pain is positive, if its make you come back to Allah.

If you have Allah, you have everything.
If not, you have nothing!

Dont lose hope to Allah.
La khaufun wala hum yahzanun"

He is the one who heal. 
Alhamdulillah for the "pain" and the "medicine"

p/s: I'm the one who just share this piece of knowledge or may be taujihat. Moga kebaikan ilmu yang dikongsikan oleh akak ni berpanjangan... ^_^

Thursday, October 31, 2013

Saya pun nak cantik!

Bismillah..Alhamdulillah. Summa Alhamdulillah. Summa Alhamdulillah. Banyak sangat nikmat yang Allah bagi kat kita semua. Kan? Allahurobbi, kadang-kadang rasa tak layak nak dapat. Tak setanding dengan apa yang kita buat. Pernah dengar tak kata-kata ni? 
"Kita nak Allah kabulkan permintaan kita, tapi cuba fikir, sejauh mana kita memenuhi tuntutan Allah? Kalau dah buat apa yang Allah suruh sekalipun, adakah cukup sempurna? Atau cuma sambalewa?"

Dan cuba kita compare'kan dengan apa yang kita dapat setakat ni. Mesti yang Allah bagi tu lebih kan..Allah itu Maha Penyayang. 
Sekalipun apa yang terjadi dalam hidup kita tu tampak buruk pada mata kita, pasti ada hikmah di sebaliknya. Cuma kita yang lemah ni tak berupaya nak menyingkap apa rahsia yang tersirat di sebalik suratan takdir Allah. Insya Allah, hikmah itu tetap akan tersingkap. Cuma kita tak tahu, bila ia akan tersingkap. Sama ada cepat, lambat sikit atau sememangnya lambat. Sememangnya lambat? Means in the Hereafter. Husna pernah dengar, kalaulah kita tahu nikmatnya menerima ganjaran Allah itu, kita akan mintak, biarlah semua ganjaran tu kita terima kat akhirat sahaja. Ganjaran Allah itu berkali-kali-kali ganda.
Ohh, jap..apa kaitan dengan tajuk kat atas? Sori2, husna dah melalut sebenarnya.
Haa.. nampak tak header baru husna? Huhu, cantik  tak?
Sebenarnya husna baru belajar nak buat header sendiri dengan photoshop. Alhamdulillah.
Nak seribu daya. Ya tak? Hee~
Hmm, sape yang ada blog mesti nak blog dia cantik kan.. Sape yang ada rumah pun mesti nak rumah dia cantik. Betul tak?
Dah..Diri kita?
Luaran nak cantik, dalam macam mana?
Hihi, andai satu dosa kita buat, tumbuh satu jerawat kat muka. Sure, tak de orang nak buat dosa. Absolutely!
Ok, need to go..tak sempat nak masukkan gambar dalam entry ni..
moga dapat manfaat :)

Tuesday, October 29, 2013

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST




haa..nak join? klik link ni:

luaskan ukhuwah, tambahkan tsaqafah.

tsaqafah means ilmu.. ^^

Sahabatt. ...

Sahabat,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dari melihatmu gembira di dalam kelalaian,
Aku gembira mendengar tangismu kerana pengorbanan
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
dari hidup dalam kesesatan,

Sahabat,
Muliamu bukan pada pangkat dan harta,
tetapi Islam yang menjadi pakaianmu di dada.

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"



..just kopi pasta..
p/s: termenung kejap baca kata-kata kat atas. Jadi nak laa share. Hope bukan husna je yg termenung baca kata kata kt atas.. Jom termenung n fikir..eheh ^^

Saturday, October 12, 2013

Ingat tak?


[INTRO: segala yang bakal dicoret di bawah ni adalah olahan daripada hasil perkongsian daripada seorang akak semasa katibah hari tu..thanks akak, touching my deep heart.]

Nadira tidak senang duduk. Serba serbi yang dilakukannya seakan-akan ada sahaja yang tidak kena. Dia mengeluh. Dia bangun daripada katilnya. Nadira melempar pandangan ke luar tingkap. Kelihatan beberapa orang siswi sedang berjoging keliling padang tidak jauh di hadapan kuarters tempat dia menginap. Sejak dia menjejak kaki ke kampus Universiti Malaya, kebiasaannya setiap pagi pada hujung minggu Nadira akan keluar untuk berjogging ataupun sekadar mengambil angin bersama-sama rakan sebiliknya. Satu inisiatif untuk tidak tidur selepas subuh. Namun, kali ini dia amat malas. Nadira menoleh ke arah susunan buku di atas mejanya. "Maza yakni-apa erti saya menganut Islam" Matanya berhenti di situ. Pantas Nadira mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Dia mencari suatu nama dalam senarai kenalan. 

"Kak Fida.", dia tersenyum.

"Assalamualaikum. Akak free tak?", ujar Nadira setelah panggilannya dijawab.

"Waalaikummussalam. Insya allah. Free aja", jawab kak Fida dalam loghat Indonesia.

"Ira nak datang bilik akak boleh tak?", sambung Nadira.

Nadira menyarungkan sweater hitam dan tudung ikin kelabu lalu keluar daripada biliknya. Dia memanjat tangga hingga ke tingkat 5 kuarters tersebut.

Tok tok tok. 

"Assalamualaikum", laung Ira.

"Waalaikummussalam." Ucapannya dibalas lembut. "Masuklah, room mate akak semua balik. Kebetulan pulak akak baru habis sarapan. Ada air teh lebih ni. Rezeki Ira lah tu", ujar Kak Fida.

Nadira tersenyum. Tenang wajah kak Fida. Seolah-olah insan itu tidak pernah mengalami masalah. Padahal dialah yang memegang jawatan tertinggi di kalangan siswi di situ. Naib president MPP. Nadira melangkah masuk. Memerhati keadaan bilik tersebut. Kemas. "Sungguh, aku perlu belajar sesuatu daripada dia", Nadira bermonolog sendiri.

"Akak, Ira rasa kosong laa. Deep down inside, Ira rasa something wrong. Ira tak tahu apa yang salah. Tapi Ira rasa serba tak kena. Ira rasa hati ni jauh dengan tuhan. Ira solat, Ira buat semua yang Allah suruh, tapi kenapa Ira masih rasa kosong? Ira ada banyak kerja, dalam hati ni rasa empty. Mungkin Ira perlu dengar sedikit taujihat untuk kembalikan semangat dan mengisi kekosongan kot."

"Ira taw kan Allah sentiasa ada untuk Ira dan akak?", soal kak Fida dengan muka tersenyum. Nadira mengangguk sambil mengesat air matanya.

"Ira, sebelum tu akak nak tanya. Syaitan tu jahat kan?"

"Ha'ah"

"Hmm, dan dulu-dulu dia pernah janji dengan Allah. Betul tak?"

"Betul"

"Ira ingat tak apa janji syaitan kat Allah?"

"Dia janji yang dia akan sesatkan keturunan nabi adam keseluruhannya."

"Syaitan ni kan Ira...still pegang dengan janji dia kan Ira...sampai sekarang. Betul tak Ira?"

"Betul akak"

"Tapi Ira, kita pun pernah janji dengan Allah kan? Betul tak? Apa yang kita janji ya Ira?"

Nadira terdiam. Seolah-olah sesuatu yang berat sedang jatuh atas kepalanya dan bahunya. Ada air yang mengalir laju dalam kolam hatinya. Dia memeluk insan yang sedang tersenyum di hadapannya itu. 

"Terima kasih akak", ujar Nadira.

"Thank to Allah my dear", jawab kak Fida sambil mengeratkan pelukannya. "Manusia tu lemah dik. Apa yang menguatkan kita ialah Allah. Sumber kekuatan kita. Kita tak akan hidup di dunia ni kalau bukan semata-mata untuk Dia", sambung kak Fida. 
Ira menangkap suara sebak kak Fida yang masih dalam pelukannya. Dia sedar bahawa setiap manusia itu diuji tetapi caranya berbeza-beza. Dan atas manusia itu sendiri bagaimana untuk menghadapinya dan akhirnya cara itulah yang akan dinilai oleh Yang Maha Kuasa.
"Allah, kuatkanlah kami pada jalan-Mu", doa Ira.

-THE END-

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) syurga. Mereka berjuang pada jalan Allah S.W.T maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jual-beli (bai’ah) yang telah kamu meteraikan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang amat besar.”
(at-Taubah:111)

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu (unutk mengerjakan suruhan agamaNya) dan Dia tidak menjadikan atas kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu:”Orang-orang Islam” semenjak dahulu.”
(al-Hajj:78)

Masih ingatkah apa janji kita pada DIA??

Wednesday, October 9, 2013

Ijazah ohh Ijazahh...


Ijazah...means holiday!! huhu ^^
It's holiday time!!
Alhamdulillah..setelah satu sem ber'struggle' in studies and other responsibilities. Paper works, meetings, minutes meeting and segala bagai bentuk kerja tu, akhirnya dapat jugak berehat seketika. . .
Namun,
Satu soalan menengah di minda.
Apa itu makna cuti?

Berehat?
Bersantai?
Goyang kaki?
Qada' tidur?
Movie time?

Adakah ini makna cuti? Hmm...
Kalau inilah maksud cuti bagi kita, saya nak mengklasifikasikan kita sebagai seorang yang rugi. I repeat, kita. Nampak x perkataan yang diboldkan tu? Kita, ok.. Maksudnya bukan anda yang membaca sahaja, Tapi saya juga. Yang sedang menaip dengan rancak ini. Kita ialah orang-orang yang rugi jika makna dan erti cuti itu hanyalah setakat bangun lewat, makan, minum, tengok movie, facebooking, dan tidur balik. 
Andai ini laa makna cuti bagi kita..bukankah it is meaningless? Apa yang kita dapat? Kosong. Zero. Sifar..! 

Tak salah untuk...


Tapi janganlah sekadar.....
goyang kaki sahaja..

Kerana apa? Kerana..
Hassan al-Banna berkata, "kerja itu lebih banyak daripada masa."

"Eh ya ke?" Mungkin ada yang akan bertanya begini. 
Ya, jika anda sudah bangkit dari lena..
Kenapa? 

Kerana Allah bekalkan kita di dunia ini dengan pelbagai tanggungjawab. 

Kita seorang anak. Jadi sewajarnya kita menolong ibu dan ayah, abah dan umi, mak dan abi..

Kita seorang muslim. Ada hak-hak Allah yang kita perlu tunaikan. Kita dicipta untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Bukankah begitu?

Kita seorang muslim. Nabi s.a.w. bersabda, "barangsiapa yang tidak mengambil cakna tentang sesuatu umat itu maka dia bukanlah daripada umat tersebut"

So, 
Adakah kita cukup tahu tentang apa yang berlaku pada zaman ini? Mesir? Syria? Palestin? Even Malaysia sendiri. Adakah kita cukup cakna? 
Apa itu TPPA? Apa itu hari Nakbah? 
Adakah kita tahu tentang semua ini?
Bukankah kita seorang muslim?
Bukankah?
Wahai....

Andai kita sedar...
Pastinya masa yang kita ada itu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tolong umi abah, tambah ibadah sunat, searching about muslim and others..
Jadi, sebenarnya tak de masa untuk kita goyang kaki..Tak ada. Kan?

Sebab itu Allah bersumpah dengan masa.

Demi masa. 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Subhanallah. Allahurobbi..Allahurobbi..

Jom renung-renungkan dan beramal! Semoga kita dapat menjadi individu muslim yang cemerlang.


p/s: 
Sebenarnya husna tulis post ni. Mostly for myself. Sebab 4 hari menghabiskan masa kat rumah, terasa macam banyak sangat masa yang dihabiskan tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Jadi, kesedaran itu perlu dicari dan dibina. Dan cara husna untuk bina kesedaran itu adalah dengan menulis blog. Eh boleh ke?
Someone might asks this type of question. And my answer is, Yes! Absolutely yes. Why? For me, to say something and to write something, We must have a consciousness.  Bukankah begitu?
So, jom..Let us start our move!

Saturday, August 24, 2013

Something to be gained?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Syukur..
Syukur sebab Allah masih bagi kesempatan kepada kita untuk bernafas pada saat ini.
Syukur...
Syukur sebab kita masih boleh melihat, mendengar, merasa and so onn..apa apa je laa.. ^^
Syukur..
Sebab kita masih boleh tengok skrin sambil kunyah biskut. Eh?
Alhamdulillah........

Rasa macam blog ni baru hidup balik je.. Hope to write a lot! But..
ok lahh, i'll try to make it short and sweet..:)
Pernah dengar tak tentang halaqah ilmu, ta'lim, talaqqi and what so ever yang sekutu dengannya tu?
Hmm...pernah? Good.
Ok lahh,  halaqah ilmu atau ta'lim atau talaqqi ni macam satu majlis ilmu (kebiasaannya ilmu agama laa), yang biasanya dibuat oleh ustaz-ustaz yang faqeh dalam bidang masing-masing. 
Kenapa tetiba je husna cakap pasal ni? Bukan x pernah dengar tentang semua bende ni...
Tapi, biasanya..dalam kesibukan nak belajar, kita lupa yang rohani kita perlukan semua benda ni..
Mungkin kadang-kadang ustaz bincang pasal benda benda yang basic. yang kita rasa...Alaaa, aku dah tahu laa..setakat solat, puasa, kematian...
But, then kalau ada orang tanya anda, contohnya..

Sister, betul ke yang ada orang cakap kalau solat qada tak habis lagi x sah solat sunat?

Eh, nak puasa qada dulu ke puasa enam dulu? Mana lebih afdal?

Bro, berdosa laa tanya banyak benda2 yang tak perlu..nabi pernah cakap taw! 

Hambek kaw! nak jawab hape? haa..tade laa gurau je..
hal-hal yang macam ni laa yang kita nak gain masa halaqah ilmu a.k.a ta'lim ni. 
pelajar-pelajar sciences, saya rasa 'la budda' pergi majlis-majlis macam ni. La budda? Ehem-ehem..meaning: tidak dapat tidak. maksudnya 'mesti' laa.. ^^ sebab apa? mungkin kita susah nak dapat benda benda macam ni dalam pembelajaran formal kita. So, kat sini laa kita nak dapat tsaqafah. Why? Aku bukan student syariah usulfiqh bagai..But, still... kita orang islam kan??? 

Pelajar agama lagi lah kan..tak nak elaborate panjang2...

Cop, saya student BAR (bachelor of arabic). Taaruf sikit ya.Ambil lughah sebab minat. Dulu kat sekolah menengah ambil sains tulen. Dan masih juga sangat sangaaaaaaat minat sains. Jadi apa yang saya buat? baca buku sains. Ehem. tak laa ambil buku chemis and tadabbur satu persatu kitab tu..saya baca laa buku sains. ok, stop! dah melalut.

Ok, jadi.sesiapa pun. Selagi dia bergelar umat islam perlu ambil tahu pasal ni semua. Nak nak kita yang masih jadi pelajar.

Alaa..sibuk laa..aku nak stadi.

Aku comittee, banyak paper work nak buat laa.. tiap-tiap ari ada program. Nak rehat kejap laa..

ok, ehem. no comment. Kita sanggup menghadap mukabuku satu jam. melayan korea dua jam. lepak-lepak sambil makan makan maggie dalam bilik sambil bergosip. So? 
ok post ni  tak jadi short and simple dah..hua3.
Dah. Cukup.
konklusinya. 
masa ni laa nak gain ilmu banyak-banyak. 
Agak-agak...Rugi tak?
Belajar semata mata stadi dalam bilik, tido, kuiz, hekzem, dapat result. End of stori. Kalu student sains tahu sains je. Kalu student lughoh tahu lughah je. Macam tu? nilai-nilai laa sendiri ya...
wallahu a'lam.. 
for me and you. sama-sama koreksi diri ^^

Monday, May 13, 2013

Gwiyomi?

Bismillahirrahmanirrahim..
Ok, rilek-rilek dulu. Santai. Jangan terkejut ya bila baca tajuk entri terbaru ni. 
Kenapa tiba-tiba penulis berminat nak tulis entry pasal gwiyomi ni? Meh nak stori-stori sikit..
Al kisahnya pada suatu hari, penulis duduk di atas sebuah kerusi di perhentian bas. Sedang penulis syok-syok berangan sendiri, tiba-tiba... (kasi suspens sikit..)
Tiba-tiba, penulis terpandanglah ke arah seorang pak cik yang agak berusia yang berada tidak jauh di hadapan penulis. Pak cik tersebut kelihatan sedang khusyuk melihat ke arah handphonenya. Maka, penulis pun bersangka baiklah. Mungkin pak cik tersebut sedang membaca mesej ataupun apa-apa sahajalah yang penting di handphonenya itu. No need to think about. Itulah yang penulis fikir pada masa itu. Ok, so penulis pun teruskan lamunan sambil meng'komplete'kan mutabaah dan menambahkan muraqabah sedikit sebanyak dengan beristighfar. *ting-tong! sambil duduk sahaja2 pun boleh dapat pahala taw! how? berzikir laa! *
Tiba-tiba. . . 
Penulis pun terdengar musik sayup-sayup ke telinga dari arah pak cik tersebut. 
Gwiyomi? Penulis tersentak.
End of the story.
Tak sempurna cerita jika tidak ada ibrah untuk dikutip daripadanya. 
Jika tiada yang dapat dijadikan pengajaran atau diambil manfaat daripadanya, 
lebih baik diam sahaja. Usah bercerita. Betul tak?
Tak sangka-kan? Pak cik pun tengok gwiyomi? ni bukan nak mengaibkan pak cik tu. Tapi sekadar untuk cerita bahawa parahnya barah hiburan dalam masyarakat kita.
Ok lah, sekarang ini Gyiyomi ni dah tersebar ke mana-mana. 
Bahkan bila bukak fb nampak post pasal gwiyomi, U- tube pon gwiyomi, malah bukak blog wardah-aljannah pun entry pasal gwiyomi! Eh.
Ok2, dulu kita dengar Oppa gangnam style. Bukan kita laa yang dengar. Orang lain. Tapi kita turut sama merasa bahangnya. Ya tak?
Allahu robbi. Jom istighfar sekejap.
Jom!
Hmm..selingan.selingan..penulis ingin menegaskan hiburan itu membuahkan wahan. <-- trademart baru. pegang ya! 
kenapa? nanti penulis akan jelaskan. Sebelum tu, jom fikir...
Kenapa manusia mencari hiburan? 
Kerana...
deep down inside....
mereka rasa kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Ya, mungkin harta berlambak-lambak. Rezeki melimpah ruah. Tetapi nikmat hati yang tenang belum dapat dikecapi.
Jadi mereka pun mencari pelbagai wahana untuk mengisi kekosongan itu. Antaranya dengan hiburan. Hiburan mungkin menggembirakan. Ya. Mungkin. Tapi sebentar sahaja. Sekejap cuma. Selepas itu, mereka akan kembali berasa kosong.
Mereka dahagakan ketenangan yang membasahi segenap ruang dalam hati mereka. Bukan mereka sahaja. Kadang-kadang kita pun berasa kosong. Dek iman itu lumrahnya naik dan turun. Yazid wa yanqus. 
Itulah faktornya hiburan itu semakin berleluasa. Faham?
Untuk mengisi kekosongan hati. Walhal hati itu hanya akan berasa tenang andai kita meletakkan Allah dalam hati. Allah sebagai prioriti.
Ok, apa trademart kita tadi?
Ya. Hiburan membuahkan wahan.
Kenapa?
 
Hiburan itu kadang-kadang mengasyikkan. Kerana nafsu itu sering meronta-ronta untuk mendapatkannya. Dan nafsu itu tidak pernah puas. Betul bukan? 
Dengan hiburan...
Ummat ini akan takut untuk berjuang.
Takut untuk berkorban. 
Jiwa hanya berminat untuk suka-suka. 
Hiburan semata.
takut untuk derita,
walaupun demi agama.
Allahu robbi! Pedihnya bisa hiburan yang melampau ini.
Hingga akhirnya, hiburan membuahkan wahan. Takutkan mati, malas berjuang dan cintakan dunia.
Namun, adakah wajar untuk kita menunding jari ke arah mereka yang sedang leka dibuai indahnya hiburan palsu sahaja? Adakah wajar untuk menyalahkan mereka semata-mata?
Ok, sekarang ambil cermin. Renung muka anda.
Tunding jari ke arah orang yang berada dalam cermin tersebut dan katakan anda bersalah!
kerana apa?
Kerana anda seorang yang sedar. Anda mungkin telah bangkit dari lena.
Tetapi anda tidak berusaha untuk mengejutkan mereka yang masih terlena.
Aduhai! 
Bangkitlah semua!

Wednesday, May 1, 2013

PRU -sokong mana satu?-


Bismillahirrahmanirrahim.

Kehangatan PRU semakin membahang. Debaran kian terasa...

Banyak fitnah yang berteraburan di televisyen, akhbar, dan juga kedai-kedai kopi. Isunya? PRU.

Ada yang semakin keliru. Ada yang semakin bingung. Siapa yang harus dipilih. Siapa yang harus dipangkah.

Baiklah, intro di atas sudah cukup panjang. Penulis tak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Cuma mahu para pembaca yang disayangi, dicintai dan dikasihi sekalian duduk sebentar dan sama-sama berfikir. Tolong baca post ni sampai habis.

Pertama sekali dalam membuat pilihan, perkara yang perlu diletakkan di hadapan ialah Islam. Wajib bagi kita untuk menyokong pihak yang menyokong Islam dan ingin menegakkan hukum Islam. Apa hukum menjalankan hukum Islam? 

Wajib.

Ok, anda seorang muslim kan?

Kenapa anda masuk Islam?
Sebab "Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam". Betul tak?

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS. Ali Imran [3] : 85)

Dan sesiapa yang ingkar maka, balasannya ialah neraka Allah s.w.t. Nauzubillah.
Islam satu-satunya agama yang diredai Allah. Walaupun Allah menyatakan tiada paksaan untuk memeluk Islam, tetapi sebaik sahaja kita melafazkan kalimah syahadah, wajib bagi kita untuk mengikut apa yang Allah tetapkan. Menutup aurat, tidak melakukan maksiat dan sebagainya. Hukum Islam itu ada hikmahnya. Jika dikaji secara mendalam, banyak faedahnya. Malah terbukti melalui kajian-kajian sains dan lain-lain. Ok, itu bukan isunya sekarang ini.

Jadi, apa hukum menegakkan hukum Islam?

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)
Masuklah kamu ke dalam islam itu sepenuhnya. Bermaksud dari segi muammalat, ibadah, akidah dan termasuklah undang-undang. Maka, hukum menegakkan undang-undang Islam itu wajib.

Maka, hukum menyokong golongan yang menegakkan Islam dan hukumnya itu juga menjadi wajib berdasarkan kaedah usul fiqh iaitu: Kaedah fiqh menyebutkan:
 "مالايتم الواجب إلا به فهو واجب"

yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Contohnya : Solat fardhu itu wajib, dan untuk melaksanakan solat pula mestilah dalam keadaan berwudhu. maka wudhu menjadi wajib apabila hendak menunaikan solat fardhu.

Menegakkan hukum Islam itu wajib. Maka kerja-kerja yang membawa kepada terlaksananya hukum Allah turut wajib berdasarkan kaedah syara' yang disebutkan tadi.
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang kafir" 
(surah Al-Ma'idah 5:44)

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(surah Al-Ma'idah 5:45) 

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.(surah al-Maidah [5]: 47)

Dan Allah s.w.t melarang kita untuk menyokong golongan yang tidak menjalankan hukum Islam. Ini kerana, sokong bermaksud bekerja sama. Allah s.w.t berfirman:

"Bekerjasamalah kamu di dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama di dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan". 
(Al-Maidah: 2)

Isu yang paling hot sekarang ni ialah....

PAS KUDA TUNDANGAN DAP?

Ya tak? Jika isu ini yang membuatkan anda ragu-ragu. Mari baca apa yang penulis akan sampaikan ni. 

Pas dan DAP serta PKR hanya bertahaluf siyasi. Bekerja sama. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bekerjasama dengan kaum bukan islam (yahudi) di Madinah. Namun, tahaluf ini ada syaratnya. [1] Iaitu:

1)  Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.

Contoh maslahah yang diizinkan:

i.    Ke arah kedaulatan Islam dan perlaksanaan syariatnya:

ii.    Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

2)     Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan.

3)    Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

untuk maklumat lebih lanjut, klik: kerjasama PAS dan DAP

Ok, setakat ini dahulu. Post ini in shaa Allah akan diupdate kembali..
wallahu a'lam..

komen anda digalakkan..
ruang diskusi terbuka seluas-luasnya.

kalau masih keliru, sila istikharah..Ingat, apabila keliru, mohonlah pada yang mengetahui segala-galanya. Iaitu Allah s.w.t.






Untuk kamoo!

Bismillahirrahmanirrahim..
sahabat2, asif ya. Post-post dalam blog n agak berbaur politik.
al Maklumlah, PRU dah nak dekat...
erm, bosan ek? asif larr..
kejap je...
Politik tu kan sebahagian daripada Islam..be cool :)
Jangan sampai kita menjuzuk-juzukkan bahagian-bahagian dalam Islam...
Dan jom sama-sama kita muhasabah hadis nabi s.a.w. yg berbunyi:
Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang sesuatu kaum itu, maka dia bukanlah daripada kaum itu.

Inilah sebabnya kita mesti cakna perihal umat Islam. Bila sebut macam ni, orang akan terbayang....
Palestin, Syria, Mesir, Libya n so on..
Yes! Absolutely..
Tapi, jangan lupa. Kat Malaysia ni pun Islam perlu ditegakkan.
Dan politik bukanlah suatu perkara kecil yang boleh dipandang enteng.
Ingat peristiwa Saqifah Bani Saidah??
Ingat???
Bila peristiwa ni berlaku? 
Semasa pengebumian rasulullah s.a.w.
Apa yang berlaku?
Umat Islam berbincang untuk pemilihan ketua negara.
Pemimpin umat Islam. Khalifah Islam yang bakal memegang tanggung jawab Iqamatul Din wa siyasatul Dunia. (Baca= Menegakkan Islam dan mentadbir Dunia.)
Pada masa ini, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. spt Abu Bakar, Umar dan Usman menghadiri Saifah Bani Saidah walaupun pada masa tersebut pengebumian junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. sedang diadakan. Walaupun mereka sangat kasih dan cinta kepada nabi Muhammad s.a.w., mereka tetap menghadiri Saqifah tersebut. Kerana apa? Kerana Khalifah yang memimpin umat islam itulah yang akan menentukan nasib Umat Islam.. Dan itulah yang akan memastikan perjuangan nabi s.a.w. akan kukuh tertegak di muka bumi ini.
Ok, nampak? Nampak x di mana pentingnya siasah itu??
Ni sebenarnya intro shj. Penulis berhasrat nak tulis satu post yang berkisar tentang politik. Bukan setakat berbaur. Berkisar sampai lumat. hehe :)
Moga-moga yang haq dapat ditegakkan. Dan post tersebut ditujukan kepada pengundi-pengundi di luar sana yang amat dikasihi, disayangi dan dicintai itu! Huh! Semangat!
Erm, penulis x tahu sama ada, ada tak yang akan membaca post tersebut. Tapi, ia hanya satu usaha. By the way, apa yang akan dinilai ialah usaha. Bukan hasilnya. Kan? Ana tak boleh nak sumbang banyak..tapi ana berusaha! Berusaha sedaya mampu ana.. :'(
wallahu a'lam
-perjuangan itu tidak ada had usia kerana mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja-
p/s: penulis mengalu-alukan sebarang komen oleh pembaca-pembaca yang budiman semua. al Maklumlah, penulis ni manusia biasa yang ada banyak cacat celanya. tafaddhol ^_^ kotak komen ada di bawah... atau pun boleh klik shoutbox di tepi. Teguran berhikmah sangat-sangat dialukan!
tajuk di atas tak de kena mengena dengan inti post ni kan? saje je nak buat saspen..hihi
>sebenarnya tade idea nak tulis tajuk apa..haha<

Tuesday, April 30, 2013

renungan!




JOM PERBANYAKKAN DOA DAN KUATKAN RIBAT MUJAHIDEEN!!


Kita. . .


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih membenarkan kita, makhluk ciptaannya iaitu homo sapiens untuk menyedut molekul-molekul oksigen dan meneguk cantuman-cantuman hidrogen + oksigen serta mengeluarkan racun-racun yang terkandung di dalam gabungan karbon + oksigen yang tak diperlukan daripada sekujur badan yang Allah kurniakan ni. 

Hari ni, penulis nak mengajak sahabat-sahabat sama-sama bermuhasabah diri. Jadi, jom buka hati!
buka cawan hatimu agar aliran ketenangan daripada mak cik hidayah dan pak cik taqwa dapat menusuk ke seluruh rongga-rongga di dalam badan-Mu..cewahhh....

Ok, no play play today. We want to be serious for a while. Moga-moga cawan hati kita terisi.

Bismillahirrahmanirrahim..
siapakah kita pada hari ini? 
Adakah seorang pelajar yang bijaksana, tiap-tiap exam mesti skor punya?
Atau seorang ketua pelajar yang lantang berkata-kata?
Atau seorang siswa yang berketrampilan tinggi, ilmu penuh di dada?
Atau seorang doktor berwibawa yang setiap hari berusaha untuk merawat pesakit?
Atau seorang pensyarah yang petah memberi syarah?

Terserahlah siapa kita sekarang ini. Tetapi, jom kita duduk sejenak.
Siapakah yang mengizinkan kita untuk menjadi sedemikian hebat sekali?

 عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Apakah makna ayat di atas? Dia (Allah) telah mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Surah al-Alaq ayat 5.

Sungguh, asal kita adalah daripada tidak tahu apa-apa. Sehinggalah kita menjadi seperti kita yang hari ini dengan ilmu-ilmu yang Allah kurniakan kepada kita. Namun, sehebat mana pun ilmu kita, Ia hanya ibarat titisan air yang melekat di jari kita berbanding dengan tujuh lautan di muka Bumi ini. Subhanallah. Betapa kerdilnya kita. Ceteknya ilmu kita. Jadi, wajarkah kita berbangga-bangga?

Sedar tidak sedar, Allah telah menetapkan bagi kita satu fitrah yang suci. 

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.

(ar Ruum: 30)

Fitrah manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mematuhi arahan-Nya.

Dan Allah juga menjadikan manusia itu mampu membezakan yang baik dan yang buruk.


.فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا .وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,.

Allah juga memberi kebebasan kepada hamba-hamba-Nya menurut kemahuan dan pilihan-Nya.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala :

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا 

Dan katakanlah:` Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghitamkan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling hina.

Nampak tak? Allah ingin menguji barang siapa di antara kita yang paling baik imannya, paling baik akhlaknya. Setiap detik kita diuji. Diperhati. Dianalisa. Satu persatu. Satu persatu. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripada pandangan-Nya. Dan, keputusannya? Di akhirat nanti. Di akhirat nanti, semua homosapiens a.k.a. manusia ni akan ditimbang amalannya. Dan akhirnya, Allah akan memberi ganjaran kepada kita. 

 إِنَّا خَلَقْنَا الإنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

Apakah yang akan kita terima di akhirat nanti? Apakah keputusannya?
Bergantung kepada apa yang kita lakukan di dunia ini. 

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memberikan kita manual yang lengkap. Apa itu?

Al-Quran & as-Sunnah.
Mukjizat yang agung. Yang Allah s.w.t. kurniakan kepada ummat nabi Muhammad s.a.w.

Kalau nabi Musa a.s, apa mukjizatnya?

Salah satunya tongkat, kan? Tongkat yang mampu bertukar menjadi ular dan membelah lautan.

Adakah tongkat tu masih berguna dan boleh digunakan sekarang, setelah nabi musa a.s. wafat?

Tidak.

Mukjizat yang Allah kurniakan kepada nabi Muhammad s.a.w.?

al-Quran.

Adakah al-Quran itu masih boleh digunakan sekarang, setelah nabi s.a.w. wafat?

Ya. Masih. Masih boleh digunakan. 

Allahurobbi. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Dia tidak melepaskan kita terkontang kanting di muka bumi ini.

Sahabat2, ayuh! Islah diri! Kuatkan ribat mujahideen!

wallahu a'lam.