Friday, March 15, 2013

hargai masa mudah kamu!

...Hati ini...
...pinta diisi...

...Jiwa ini...
...mohon ditazkiyyah...

...Diri ini...
...hendak di infaq...

...Andai Jihad itu mudah...
Tidak pula Allah berfirman,

Dan maralah kamu sama ada dalam keadaan RINGAN ataupun BERAT  dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwa kamu di jalan allah..

Duhai sahabat, berjuanglah kalian selagi mana yang bisa digagahi... Bersyukurlah andai Allah permudahkan jalan-jalanmu... Dan ketahuilah bahawa perjuangan itu tidak mudah..perjuangan itu penuh dengan onak dan duri...maka, sahabat, janganlah kalian berlengah-lengah, di saat Allah membuka jalan...Fikirkanlah, apa sumbangan kita untuk Islam?! Bukan usrah yang memerlukan kita. Tetapi kita yang memerlukan usrah...Bukan Islam yang memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam.


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika...
 bapa-bapa kamu dan 
anak-anak kamu 
dan saudara-saudara kamu 
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu 
dan kaum keluarga kamu 
dan harta benda yang kamu usahakan 
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, 
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai 
lebih daripada Allah dan RasulNya 
dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, 
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); 
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk 
kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

at-Taubah, ayat 24

wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment