Tuesday, March 12, 2013

ujian MemanDu??!


Assalamualaikum..
Alhamdulillahi rabbal alamin..alhamdulillahi rahmanirrahim...
Okeh, cerita hot! hehe..bagi Husna laa.

Apa pulak ni?

jeng jeng jeng. . . hari Isnin baru-baru ni, penulis baru sahaja menjalani ujian memandu a.k.a. driving test untuk kereta. . .

serius??
so, how???

alhamdulillah, ana lulus...

hey, penulis bukan sekadar nak cakap yang penulis dah lulus test ni. Tapi, ada ibrah yang dapat dikongsikan.
kalau xde ibrah yang nak ana kongsikan, maka xde laa kenyataan kat atas tu ye. . .

ok, satu pengakuan jujur. Ana dah pernah kandas sebelum ni.-_-
 Jadi, x ada apa-apa yang nak dibangga-banggakan. Betul x? Ana dah pernah rasa macam mana terkandas dalam test memandu kereta ni. 

tapi, ana terfikir. . .
test ujian memandu ni boleh diulang kalau terkandas. Cuma syaratnya mesti bayar seratus ringgit.



Kalau ujian sijil padang mahsyar? Boleh ke nak ulang??
andaikata boleh ulang, beribu-ribu ringgit pun orang sanggup bayar. Betul x??
Betapa x sanggupnya nak rasa keperitan dan kedasyatan api neraka tu..


Cuba kita ibaratkan pulak driving test kita ni macam solat. Driving test ada dua. Yang pertama dalam litar, dan yang kedua kat jalan raya. Ok, yang ana nak analogikan ni yang dalam litar.
Kat dalam litar ni, kita ada 3 cekpoint. Yang pertama, naik bukit, yang kedua, parking, dan yang ketiga jalan mati @ 3 penjuru.
Sebelum test, kita diberi banyak panduan untuk memastikan kita ni boleh bawa kereta sepertimana yang dikehendaki. 
Dan hari test pulak, kita dengan kudrat dan daya usaha sendiri, mesti melalui semua cekpoint tu untuk lulus. Salah satu, kandas!

Dalam solat pulak, kita ada banyak cekpoint. Bermula dengan berdiri tegak, niat dan takbiratul ihram sehinggalah salam dan tertib. Salah satu, solat kita x diterima. Sebab, syarat penerimaan solat ini ialah mengikut kehendak syara' dan ikhlas .

Faham x maksud ana ni?? Ana kongsikan benda ni sebab. . . sebaik sahaja ana kandas masa ujian pertama, setiap kali ana nak solat, ana teringat test lesen ana ni. Macam mana andaikata lepas ana solat ni, Allah terus campakkan amalan solat ana ke muka ana dan berkata, SOLAT KAMU TIDAK DITERIMA!
Allahu robbi. . .


dan. . .
apa yang famous bila sebut pasal test lesen ni??
JPJ!
betul x??

Ramai yang tertanya-tanya. JPJ garang x ya? Takut laa..
satu soalan

"Kenapa takut?"

"Ya lah,  JPJ tu perhatikan macam mana kita drive, dari A-Z. Kalau silap sikit. Kandas!"

"Oooh, sebab tu laa ya? Tapi kenapa ek. Allah tengok kita dari A sampai Z. Hatta masa kita masuk tandas pun. Tapi, kenapa kita x gemuruh pun bila buat apa yang Allah larang. Selamba je bila nak mengumpat. Macam xde sesiapa pun yang sedang menghakimi setiap perbuatan kita."

Kenapa?? Sebab tak nampak Allah? 
Jadi, sama-sama kita datangkan perasaan kebersamaan Allah dalam setiap gerak kerja kita. Moga-moga kita terpelihara.

wallahu a'lam~

No comments:

Post a Comment