Sunday, March 17, 2013

sayang...dengarlah ni. . .




Sayang,
Andai kau tahu,
Allah telah memuliakan dirimu,
Dengan menyuruh kamu menutup seluruh perhiasan di tubuhmu,
bagai permata yang dilitup jitu.

Sayang,
Allah menyuruh kamu menundukkan pandanganmu,
mengangkat hanya sebatas yang perlu,
Dia juga menyuruh kamu untuk memelihara suaramu,
bak artis yang dibayar beribu.

Sayang,
Allah muliakan kamu,
Bukan calang-calang orang boleh menyentuhmu,
bak permaisuri di takhta,
bukan sembarangan boleh dicacat cela,

Sayang,
Allah juga mengangkat darjatmu,
Dengan menyuruh kamu menjaga pergaulanmu,
Kerna Allah tahu,
Dikau mampu menggoyah iman sang adam,
Dipeliharanya kamu,
Untuk adam terbaik,
untuk jejaka terpilih,
untuk mujahid idaman.

Sayang,
Adakah kau mahu?
Darjatmu yang diangkat sedemikian tinggi oleh ar-Rahman. . .
tercalar dek nafsu dan mahumu?

Sayang,
Allah sayangkan kamu..
Allah sayangkan kamu..
Allah sayangkan kamu..
Tidakkah kamu merasa bahawa Allah sedang memerhatikan kamu..
Setiap masa..menjaga kamu...



peliharalah dirimu dengan perasaan malu. Malu itu satu anugerah. . .




adakah akan bahagia orang yang menghalalkan sesuatu sebelum syariat menghalalkannya? Rasa ingin disayangi dan menyayangi tu fitrah. Tetapi jangan sampai menjadi fitnah. Lagipun, Allah yang mencipta kita lebih mengetahui. Andai keseronokan cinta sebelum  nikah itu sudah dirasai, maka yang adanya selepas nikah itu hanya sesuatu yang biasa dan hambar. Allah memahalkan erti cinta. Kenapa kita ingin merendah-rendahkannya??


Baiklah..jom baca komik ni...
klik sini: potret zaujahku

Dah baca?
Apa komen??
Udah2 laa tu.
Peliharalah dirimu duhai muslimah..

jom kita kira2 sikit...


jadi, mana yg lebih indah?



Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)


ana  tertarik dengan satu kenyataan ni. Jom bermonolog dengan hati...

Betul anda sayang dia?
Sayang ke kalau bawa dia ke hulu ke hilir tu?
Sayang ke kalau selalu sangat keluar dating kat taman-taman?
Sayang ke kalau hari-hari keluar makan sama-sama?
Sayang ke kalau anda pegang tangan dia semasa keluar jalan-jalan?
Sayang ke kalau hari-hari call dia sampai berjam-jam bergayut?
Sayang ke kalau inbox mesej penuh dengan mesej jiwang-jiwang?
Sayang ke kalau kat Facebook ada In A Relationship With dia?
Sayang ke kalau gambar anda berdua diupload ke dalam Facebook?
Sayang ke kalau gambar tersebut dipuji oleh rakan-rakan? Bangga?
Sayang ke kalau satu dunia tahu bahawa anda dan dia bercouple?
Sayang ke kalau semua orang tahu yang anda menyayangi dia?
Sayang ke kalau anda kata I Love You pada dia?

Betul ke sayang??

Sayang ke kalau ia hanya mengundang fitnah terhadap Islam?
Sayang ke kalau melalaikan dia dalam dunia fantasi cinta duniawi?
Sayang ke kalau mengganggu waktu ibadatnya?
Sayang ke kalau masa dia untuk anda melebihi masa dia untuk Allah?
Sayang ke kalau menjadikan dia lupa kepada Allah?
Sayang ke kalau hidup tanpa redha Allah?
Sayang ke kalau setiap langkah diiringi zina hati?
Sayang ke kalau hari-hari dilalui dengan maksiat infiniti?
Sayang ke kalau syariat Allah diketepi?
Sayang ke kalau hukum Islam dibelakangi?
Sayang ke kalau hanya akan menambahkan dosa?
Sayang ke kalau menyebabkan dia masuk neraka?
Sayang ke kalau dia tarik anda juga masuk neraka?
Sayang ke kalau anda berdua menerima azab pedih di sana?

Kalau sayang mesti x nak orang yang kita sayang disakiti. Jadi apa guna kapel or buat apa yang Allah murka kerana akhirnya anda dan orang yang anda sayang akan terseksa? Betul ke sayang tu?? 
sama2 muhasabah balik ye.. T_T

maaf andai terasa.. moga bermanfaat untuk diri dan sahabat. . . 

No comments:

Post a Comment