Saturday, December 29, 2012

hoW to deCiDe..?

dalam islam takde copyright kn? n hati x boleh memberi shj kan...hati pun perlu menerima..
jadi..husna ada melawat ke beberapa website sal tajuk kat atas tuh..moga bermanfaat...banyak keputusan kita kena buat kan...? huh, jadi...jom!
______________________________________________
credit to: http://ibnismail.wordpress.com/2008/03/12/tip-membuat-keputusan-dan-pilihan-yang-tepat/


1. Tenangkan Fikiran
Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.
2. Kenal Pasti Masalah Sebenar
Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.
3. Kenal Pasti Pilihan
Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.
4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan
Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.
5. Membuat Pilihan Terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.
6. Tegas Dengan Keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.
7. Nilai Semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.
___________________________________________
credit to: http://drmindailmu.blogspot.com/2010/06/kebersamaan-allah-dalam-membuat.html
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
kesimpulan dri website nie...
-Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
-Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
-Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
-Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu
-Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
~wallahu a'lam~

No comments:

Post a Comment