Thursday, April 18, 2013

Tak nak jadi baik sorang

Aisyah tersenyum sinis melihat foto yang diletakkan di atas meja belajarnya itu. Foto Aisyah yang dahulu. Foto Aisyah yang  dahulu dengan gayanya yang entah apa-apa. Dengan baju kemeja putih yang layaknya dipakai oleh adiknya yang darjah tiga sahaja. Dengan lengan baju yang diangkat ke lengan hingga menampakkan tangannya yang putih melepak. Dengan make-up yang tebal mengalahkan artis.

"Ahh", Aisyah mengeluh. "Jahilnya aku dahulu", mukanya yang putih merona merah. Aisyah memukul-mukul mukanya. Malu. Malu apabila teringatkan dia yang dahulu. Aisyah mengambil foto tersebut. 

Dia yang dahulu amat amat berbeza dengan dia yang sekarang. Dahulu, hanya tudung ikin yang labuhnya paras atas dada menjadi penghias kepala. Baju kemeja dan blouse menjadi kegemaran. Jeans sering menjadi peneman setia tatkala ke mana-mana. Dia yang dahulu tak pernah ketinggalan trend-trend terbaru. Seolah-olah pakaiannya bukan untuk menutup aurat tetapi sekadar untuk digayakan. 

Dia yang dahulu, siang malam tak pernah berenggang dengan telefon bimbitnya. Sesekali  telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dan dia pun membalasnya laju. Kadang-kadang telefonnya berdering menandakan ada yang memanggil. Memang dia menantinya. Menanti kekasih hati untuk menelefonnya. Sehari tak mendengar suara dan kata-kata manis daripada jejaka idamannya, Amir Syakirin, dia boleh jadi gila. 

"Huh", mengeluh lagi. Aisyah memang tidak suka mengimbas memori itu. Cukup. Cukup dengan cinta daripada seorang lelaki. Cukuplah dia dilalaikan. Masih terlekat di ruang ingatannya, kali terakhir dia menghantar mesej kepada jejaka itu.

Assalamualaikum. 
Syaa nak cakap sesuatu ni. Syaa nekad, Cukup laa setakat ni. 
Ni mesej terakhir. Syaa tak akan balas dan jawab apa-apa pun mesej atau call daripada awak lepas ni. Apa yang kita buat ni salah. Saya harap awak faham tu.

Tiada lagi panggilan sayang-abang. Jelas, Tegas, Aisyah nekad untuk memutuskan perhubungan mereka.  Tika itu, dia benar-benar bangkit dari sebuah lena yang panjang. Selama ini, dia dibuai cinta palsu.

Aisyah kembali merenung foto yang dipegangnya. Kini, air jernih menitis daripada kelopak matanya. Aisyah mengusap gambar kawan rapatnya yang berada di sebelahnya dalam foto itu. Aisyah sebak.


"Hada, Syaa sayang Hada. Syaa tak nak jadi baik sorang-sorang. Syaa sayang. Sayang sangat-sangat Hada.", Aisyah menutur kata kepada gambar yang sepi tak bersuara itu. Dadanya berombak. Sedih. Terlalu sedih.



. . .

Aisyah keluar daripada kereta Viva kepunyaan ayahnya. Aisyah mengambil bagasi merah kepunyaannya dan mengheretnya masuk ke bilik yang bakal dihuninya. Kini Aisyah telah menjejakkan kaki ke sebuah universiti yang diidam-idamkannya. Kini dia telah bergelar pelajar universiti. 

Aisyah melangkahkan kakinya ke dalam bilik tersebut. Dia meletakkan bagasinya di tepi dinding lalu melepaskan lelahnya di atas katil. "Fuh! Penat kot nak kemas barang-barang ni semua', keluh Aisyah tanpa tanpa menyedari rakan sebiliknya sedang memerhatikannya. 

Tiba-tiba, dia tersedar bahawa gelagatnya dipandang oleh seseorang yang kini sedang berjalan ke arahnya. Aisyah membuang earphone yang dari tadi melekat di telinganya. 

"Assalamualaikum", sapa gadis tersebut lembut. Senyuman yang terukir di wajahnya menenangkan sesiapa yang memandangnya. Setenang wajahnya. 

"Waalaikummussalam", jawab Aisyah sepatah.

"Saya Ayu Nabilah", gadis tersebut memperkenalkan dirinya.

"Ooh, maaflah. Tak perasan pulak ada orang dalam bilik ni. Erm, Ayu ye? Saya Aisyah. Siti Nur Aisyah Kamila", sambung Aisyah.

"Eh, tak pe. Tak kisah pun. Awak asyik sangat dengar lagu kot. Hehe", jawab Ayu sambil gelak kecil. Meraikan. Ramah lagaknya, fikir Aisyah. Aisyah tersenyum.

. . .

Jam telah pun menunjukkan pukul 11 malam. Aisyah masih asyik dengan komputer ribanya. Sesekali dia tersengih sendiri apabila membaca status-status dan komen-komen rakan-rakannya di laman sosial muka buku. 

Aisyah memandang Ayu sekilas. Masih berada di katilnya. Dari tadi mentelaah buku yang entah apa tajuknya. Aisyah tidak berminat untuk ambil tahu. Dia bukan jenis orang yang suka ambil tahu hal orang. Nak dikatakan studi, buku yang dibaca Ayu tersebut kelihatan seperti sedikit Islamik. Sedangkan, setahunya Ayu mengambil kos perubatan. Namun, nak dikatakan tidak, sesekali dia terlihat Ayu mencatat sesuatu di dalam bukunya. Entahlah. Aisyah tidak berminat untuk mengambil pusing.

Ayu bangun daripada katilnya menuju ke tandas. Apabila selesai, Ayu duduk di pinggir katil Aisyah. 

"Syaa, buat apa tu? Dari tadi nampak senyum sorang-sorang", kata Ayu dengan nada bergurau.

"Tak ada apa-apa laa. Baca status kawan-kawan sekolah lama kat fesbuk ni. Lawak jugak. Macam-macam. Nampak jugak awak ye. Ingatkan tak nampak. Khusyuk sangat baca buku", jawab Aisyah sambil ketawa.

"Eh, nampaklah. Awak jangan main-main taw. Haha", kata Ayu. "Ok laa sayang. Jangan tidur lewat sangat taw. First day ni. Esok dah start program", sambungnya sambil membuat muka ala-ala peguam bela. 

"Ok", sambut Aisyah sambil tersenyum dan mengangkat ibu jarinya. Aisyah senang dengan kelakuan Ayu. 

Ayu menuju ke katilnya dan mengambil telekung sembahyangnya. Dia memakai telekung tersebut lalu mencapai sebuah tafsir berzip yang berwarna biru yang berada di meja belajarnya. Ayu membaca ayat-ayat dari kitab itu. 

Aisyah terkedu. Entah bila kali terakhir dia membaca kitab itu. Allah. Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Suara Ayu yang lembut mengalunkan ayat-ayat al-Quran itu bagai menyentuh hatinya. Walaupun tidak memahami maksud ayat-ayat itu, Aisyah merasakan ada satu tarikan yang lain daripada yang lain. Tenang. Tenang mendengar ayat itu. 

Ayu menutup kitab suci itu lalu mengambil sejadah untuk solat. "Aishh, solat apa pulak Ayu ni? Tadi rasanya dia dah solat Isyak", Aisyah bermonolog. 

Ayu menanggalkan telekung sembahyangnya. Dilipat rapi dan diletakkan di sisi meja belajarnya. Ayu menarik selimut. Aisyah masih di hadapan komputer ribanya. Konsentrasinya terganggu melihat gelagat Ayu. Curious. "Ahh", Aisyah mendengus. "Pedulikan. Sejak bila aku suka ambil tahu hal orang ni", monolognya sambil tersenyum sinis. Aisyah memasang earphone di telinga dan menyambungkannya di komputer riba. Lagu-lagu cinta menjadi halwa telinga. Dia menguatkan volume lagu tersebut dan mengambil Samsung Galaxy Notenya. Dia menaip sesuatu.

Hai sayang...


Mesej tersebut dihantar kepada Amir Syakirin. Rutin hariannya. Biarpun hanya sepatah dua, Aisyah tidak penah jemu. Dia suka membaca bait-bait cinta dan kata-kata sayang oleh jejaka itu. Seronok apabila rasa disayangi, dihargai.


. . .

Aisyah mengambil blouse putih dan jeans birunya. Dia mengenakan baju tersebut dengan selendang bawal paras dada. Aisyah berpaling ke arah Ayu yang baru sahaja selesai mengejakan solat Dhuha. "Ayu, we need to rush", katanya kepada teman sebiliknya itu.

Aisyak kembali memandang ke cermin yang terletak di sebelah katilnya. Lama dia bersolek. Tidak cukup dengan lipstik dan blushernya, ditambah pula dengan maskara. Produk simply siti menjadi kegemarannya.  Dia mengambil on-drop-perfumenya. Semerbak wangi. Aisyah tampil menawan sekali. Cukup untuk menarik perhatian jejaka-jejaka yang memandangnya.


Aisyah memandang ke arah Ayu Nabilah. Gadis tersebut menyarungkan jubah merah jambu. Simple. Kemudian disarungnya tudung labuh berwarna merah jambu lembut. Hanya bedak menjadi penghias wajahnya. Ayu tampaknya gadis itu dengan pakaian tersebut. Tenang mata melihatnya.

Aisyah mengambil begnya. Ayu sudah menunggu di depan pintu.


"Jom!", kata Ayu.


"Amboi, lajunya dia", sampuk Aisyah.


"Memanglah, we need to rush. Right?", Ayu mengajuk kata-kata Aisyah kepadanya sebentar tadi.


"Oh, perli eh?", jawab Aisyah dengan nada melawak. Aisyah diam sebentar. Dia sedang berfikir sesuatu. Dia sebenarnya amat tertarik dengan perilaku teman sebiliknya ini. Tidak dinafikan, pada mulanya agak janggal. Tetapi dia mudah menyesuaikan diri dengan Ayu. Mungkin disebabkan sikapnya yang agak ramah dan suka tersenyum walaupun tidak banyak bercakap. Tetapi ada sesuatu yang lain pada Ayu yang membuatkan dia senang dengan perilakunya. Seolah-lah ada satu tarikan yang tidak dapat dijelaskan. Ya. Aisyah bukan jenis orang yang suka ambil pusing tentang perkara yang tidak berkaitan dengannya. Tetapi, dia juga bukan jenis yang suka memendam apa-apa yang difikirkan sehingga memberatkan kepalanya.


"Erm, Ayu. Nak tanya sikit ni boleh?", panggil Aisyah.


"Ya. Eh apa salahnya. Banyak pun boleh. Awak ni. Kita kan kawan", jawab Ayu sambil tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya.


"Haha. Ya lah kan. Skema pulak saya ni. Macam nak tanya cikgu dalam kelas pulak", Aisyah gelak kecil. "Taklah, saya nak tanya. Awak solat apa semalam? Rasanya awak dah solat Isyak. Lepas tu awak solat pulak sebelum tidur. Satu rakaat je saya nampak. Konfius, konfius. Solat apa ek?"


Ayu tersenyum. "Oh, ingatkan apa tadi. Syaa, Ayu solat witir lah. Pernah dengar kan? Nak solat witir satu rakaat boleh. Tiga rakaat boleh pun boleh. Asalkan dalam bilangan rakaat yang ganjil. Tapi Ayu ni bukannya baik sangat pun. Kadang-kadang malas tu datang jugak. Jadi Ayu nak cuba istiqamah dengan satu rakaat. Ayu pernah dengar taw. Satu hadis ni, Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam keadaan musafir atau bermukim, maka dicatat baginya pahala orang syahid. Itulah yang Ayu cuba nak usaha. Hehe", terang Ayu dengan bersemangat.

Aisyah bagaikan tidak percaya mendengar penjelasan tersebut daripada seorang pelajar jurusan perubatan yang bagaikan seorang ustazah petah berbicara. "Waah, Ayu. Mantap! Macam ustazah!", puji Aisyah.


"Erm, eh janganlah. Ayu ni bukan pandai sangat pun. Ni sekadar nak berkongsi aje. Nanti kalu Aisyah tak sibuk boleh sama-sama kita solat witir. Satu rakaat aje. Kalau dah tak larat sangat, tak payah nak baca doa iftitah dan surah pendek lepas al fatihah tu. Mudah! Hehe, Ayu bukan apa. Kakak Ayu pernah pesan, katanya, "Ayu mesti ingat. Walaupun Ayu ambil kos perubatan, nanti kat akhirat, soalan Allah pada hamba-hambanya sama sahaja. Sebab tu, Ayu pergi mana-mana, jangan tinggal agama.", sambung Ayu. Dia tersenyum melihat Aisyah.


"Oh, begitu." Aisyah masih memikirkan jawaban Ayu. 'Aku, solat lima waktu pun ala kadar aje. Allah!', fikir Aisyah. Dia amat terasa jurang perbezaan dia dengan Ayu. 'Penampilan Ayu pun dah macam ustazah. Dia? Tapi Ayu tak pernah kot rasa kekok dengan aku. Ramah je. Erm, buat apa aku nak rasa janggal. Kalau nak cakap aku yang pelik. Tak lah. Dekat U ni sahaja ramai lagi yang menggayakan fesyen-fesyen jeans dan blouse pendek. Aku tak pelik. Yang pelik Ayu kot', Aisyah mempertahankan dirinya.


Mereka menuju ke pintu dewan kuliah. Kelihatan Ayu kurang selesa apabila melihat ada segelintir siswa berada berhampiran pintu. Aisyah berjalan penuh selamba.


"Pewitt..", sorak siswa-siswa tersebut. "Wanginya!", sampuk salah seorang daripada mereka. Aisyah tersenyum. Dia berpaling ke arah mereka dan menghadiahkan sekuntum senyum menawan dan jelingan tajam. "Wow, gorgeous!"


Ayu pula tidak habis-habis beristighfar di dalam hati. Imannya tidak selesa. Mungkin Aisyah tidak mengerti, fikir Ayu. Aisyah memandang kepada Ayu yang dari tadi membisu.


"Ayu, come on laa! malu ke? Lelaki memang macam tu", kata Aisyah.


"Erm, saya ok je. Cuma kurang selesa", jawab Ayu sambil tersenyum. Hasrat di hatinya mahu menegur. Tetapi, padanya teguran itu perlu berhikmah. Biarlah dia menunjukkan qudwah hasanah dahulu buat masa ni.



. . .



Tok Tok Tok. Ketukan pintu kedengaran. Ayu yang sedang khusyuk mentelaah tentang DNA manusia segera membuka pintu. Kelihatan Aisyah di hadapan pintu sedang memegang sebungkus plastik yang berisi dua bekas ice-blended.

Aisyah duduk di atas katil. "Nah, untuk awak. Chocolate flavour!” katanya sambil menghulurkan ice-blended kepada Ayu.

"Waah, untunglah dapat kawan macam ni. Dah lah chocolate flavor. My favorite ", ujar Ayu dengan wajah yang excited. Dia meneguk air tersebut.

"Ayu. . .", panggil Aisyah dengan nada manja. "Sebenarnya air tu bukan saya yang beli. Tadi lepas kuliah, saya pergi ke kafe untuk beli ice-blended ni. Tiba-tiba ada sorang lelaki datang dan tanya, "Awak ni kawan Ayu Nabilah kan?" Saya pun mengiyakan aje lah. Dia pun offer nak belanja. Dan dia pesan untuk bagi air ni jugak kat awak.", jelas Aisyah.

Ayu bagaikan tersedak, ice-blended tu hanya tinggal suku gelas sahaja lagi. "Apa? Who's that? Syaa.. kenapa tak cakap awal-awal?", Ayu resah.

"Erm, dia minat kat awak kot.", jawab Aisyah, selamba. Dia tidak mengerti betapa Ayu tidak suka berlebih-lebihan dengan lelaki ajnabi. "Alah, relaks laa geng. Tak ada apa-apa pun. Kalau Syaa yang dapat, dah lama Syaa melompat-lompat. Hensem gak siswa tu.", tambah Aisyah.

Ayu tersenyum. Meraikan. Baginya, biarlah dia menjelaskan prinsipnya dahulu. Ice-blended tadi disedut kembali. "Rezeki tak boleh ditolak!", kata Ayu sambil mengenyitkan matanya. Aisyah menolak bahu Ayu sambil tergelak kecil.

"Tapi kan. Ayu sebenarnya tak suka sangat nak lebih-lebih dengan lelaki ni. Ya lah, masa kat sekolah dulu. Akak-akak kat sana selalu pesan kat junior-junior. Kita ni sebagai muslimah, jangan lebih-lebih sangat dengan lelaki. Sebab kaum adam ni mudah tertarik dengan kaum hawa. Memang Allah dah jadikan fitrah kaum adam akan tertarik pada lawannya dan begitu juga sebaliknya. Jadi, akak-akak pesan, janganlah kita jadi perosak iman kaum adam", jelas Ayu.

"Tapi, kan tu fitrah. Kita mana boleh lawan fitrah manusia", soal Aisyah. 

"Ok, let see, marah tu pun fitrah. Marah pada tempatnya memang baik. Sebagai contoh, marah bila ada orang ejek nabi. Marah bila orang kutuk islam. Tapi, bila kita marah tak kena pada tempatnya, sebagai contoh, Syaa terlanggar bahu Ayu secara tak sengaja. Dan Ayu pun marah habis-habisan siap ugut tak nak kawan lagi dengan Syaa. Hanya sebab Syaa langgar bahu Ayu secara tak sengaja. Jadi marah tu jadi satu perkara yang negatif pulak. Sama lah dengan cinta ni. Yang fitrah boleh jadi fitnah kalau tak dikawal.", Ayu cepat-cepat berhenti apabila melihat Aisyah yang terlopong mendengar penjelasannya. Takut Aisyah tidak dapat menerima. Baginya, biarlah sedikit asalkan Aisyah mampu menerima. "Dah macam ustazah pulak rasanya. Hehe", tambah Ayu, mewujudkan suasana santai.

"Erm, Ayu. Syaa ni budak sekolah biasa saje dulu. Tak pernah dapat pendedahan macam ni. Ada usrah yang akak-akak jalankan. Tapi, Syaa selalu mengelat. Buat alasan tak nak pergi usrah. Ayu tolong terangkan lagi boleh?", pinta Aisyah.

Ayu tersenyum. Lega dan senang dengan keterbukaan hati Aisyah. "Orait dear, anything for you!", Ayu mengenyitkan matanya. "Syaa, jom jalan-jalan kat taman. Lagi pun dah asar ni. Kita solat dulu and then jalan-jalan jom! nanti kita sambung diskusi ilmiah ni. Ok? Boleh melegakan tekanan exam terakhir buat tahun ni. Hehe", cadang Ayu.

"Eh, dah asar eh? Tak perasan pulak beta. Ok jom!", jawab Aisyah.

Ayu tersenyum. Ada permata yang diselaputi lumpur yang harus digilapnya. 

. . .

Aisyah termenung di atas katil. Dia memandang Ayu sekilas yang telah lama dibuai mimpi setelah menunaikan solat witir. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar.

One message received.

Hi dear. I wish you are at my side now. I am looking your beautiful face on my phone. Wish that I could fly to you in my dream.
Sayang. . . Tidur tak lagi? Miss U!

Amir Syakirin.

Aisyah memejamkan matanya. “Ya Allah”, jerit hati Aisyah. Dia membuka matanya kembali. Mengangkat Samsung Galaxy Notenya. “Ahh!”, keluh Aisyah. Kata-kata Ayu petang tadi berlegar-legar di mindanya.

“Ayu pun sebenarnya pernah suka kat seseorang ni. Ayu tak nak cerita panjanglah. Ayu memang tak ada buat apa-apa pun dengan dia. Kami tak kapel. Cuma mesej-mesej tu ada lah. Tu pun untuk urusan yang penting. Tapi Ayu tak boleh nak jaga hati Ayu. Tiap-tiap hari teringatkan dia. Kadang-kadang solat pun jadi tak khusyuk.  Lama taw Ayu pendam perasaan Ayu ni kat dia. Ada laa dalam 2 tahun. Tapi, ditakdirkan Allah, Allah pilih Ayu untuk berpindah ke sekolah yang lebih baik. Ayu tak nak pun. Tapi mak ayah yang paksa Ayu. Berat sangat hati. Tapi tu laa perancangan Allah. Dan Ayu berjaya lupakan dia. Sekarang ni, Ayu takut sangat nak suka kat lelaki. Ayu takut Ayu makin lalai. Ayu tak nak dilalaikan macam dulu. Dan orang yang Ayu minat tu pun, pernah hantar mesej kat Ayu baru-baru ni. Cuma, Ayu dah tak nak layan. Cukuplah Ayu lalai dulu. Ayu balas sekadar yang perlu. Lagipun, Ayu fikir, kalau Ayu minat kat seseorang tu, tak semestinya Ayu akan kahwin dengan dia. Apa perasaan suami Ayu kalau dia tahu yang Ayu pernah dilalaikan dengan seorang lelaki? Apatah lagi kalau dia tahu yang Ayu pernah berkapel, dating, ataupun buat apa-apa yang tak sepatutnya lah dengan lelaki lain. Ah, Ayu mesti malu giler kalau jadi macam tu. Cewahh, jauh Ayu fikirkan. Jangan fikir Ayu gatal pulak. Hehe.” Panjang lebar Ayu bercerita.  

“Ayu, satu lagi soalan. Sebenarnya kan, Syaa suka sangat tengok Ayu pakai tudung labuh, jubah and apa-apa laa yang Ayu pakai. Tapi Ayu tak rasa janggal ke? Orang lain semua pakai biasa-biasa aje. I means, like me. Jeans and blouse. And one more, you have a beautiful face, perfecto! But, why don’t you use any make-up or something….? Ermm…This might be such a ridiculous question. But please, it disturbing me. Syaa rasa nak tahu sangat. Ayu tak kisah kan?”

“Tak kisah pun. Ayu suka bila Syaa tanya soalan-soalan macam ni. Maksudnya, Ayu tak segan untuk menimba ilmu. Dan Ayu seorang yang open minded. Ok, let do an experiment.” Ayu mengeluarkan dua biji gula-gula dari beg tangannya. Dia membuka salah satu sampul gula-gula itu. Lalu, kedua-dua gula-gula itu dilemparkan ke pasir.  Ayu mengambilnya kembali.

“Ok, let say that the chocolate with plastic is a women with an appropriate dress which is mentioned in al-Quran and Sunnah. And the other is not. Kalau kita tengok, gula-gula yang berbalut plastik dengan rapi ni terpelihara daripada kekotoran dan debu-debu pasir tadi. Manakala, yang tak berbalut dicemari oleh pasir-pasir dan debu. Sama jugak dengan perempuan. Kalau tak ditutup dengan sempurna, maka akan ada pandangan-pandangan yang akan mencemarinya.”

“Tapi Ayu, kan orang lain pun pakai baju. Bukannya telanjang.” Soal Aisyah sambil tersenyum.

“Memang laa, tapi cuba bayangkan. Ayu pakai jeans ketat dan baju yang fit giler sampai menampakkan bentuk badan. Ayu pakai pulak selendang bawal atas dada. Lepas tu Ayu pakai pulak perfume yang wangi giler. Sepuluh kilometer pun masih boleh bau. Lepas tu, Ayu jalan kat depan mamat-mamat jalanan. Apa yang diaorang akan buat?”

“Mestilah diaorang akan pandang. Tegur ke. Kacau ke.” Jawab Aisyah.

“Macam tu laa. Lagipun, kalau pakai macam tu. Orang akan nampak bentuk badan kita. Ayu tak nak tunjuk kat sape-sape kecuali suami Ayu. Khas untuk dia. Ayu nak simpan untuk dia sahaja. Ayu nak jadi muslimah yang mahal di dunia. Yang mahal tu lah yang orang nak kan? Macam handphone jugak. Makin mahal, makin ramai orang nak. Jadi, hanya yang layak sahaja dapat mendapatkan kita. Tapi  tu sampingan sahaja. Kita buat mesti lillahi taala. Kerana Allah. Baru dapat pahala. Kita sayangkan Allah yang beri kita segala-galanya. Jadi, kita mesti balas balik. Macam mana? Dengan ikut semua perintahnya. Allah kata dalam al-Quran, dan katakanalah kepada perempuan-perempuan, agar menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka serta memelihara aurat mereka kecuali yang biasa terzahir daripadanya.”

Aisyah berfikir-fikir. Berkira-kira tentang dirinya. Dia bangun serta merta, mengatur langkah untuk ke tandas. Entah apalah yang membuat dia rasa untuk sujud pada yang esa pada malam yang hening itu. Dia mengambil wuduk. Sejuknya air itu terasa apabila air jernih itu diratakan ke ubun-ubunnya. Tenang rasanya. Tidak pernah dia rasakan setenang itu. Air matanya mengalir laju.

Dia menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat. Dia mengangkat takbir. Seolah-olah tidak pernah merasakan indahnya solat sebelum ini. Salam diberikan. Aisyah beristighfar sebanyak-banyaknya. Air matanya laju mengalir. Dia melepaskan segala-galanya dalam doanya kepada Allah. Dia berasa bahawa hidupnya selama ini kosong. Kosong. Kosong. Dan kekosongan itu diisi dengan cinta manusia yang melalaikan dan hiburan yang melampau. Aisyah mengambil telefon bimbitnya. Menaip sesuatu. 

Assalamualaikum. 
Syaa nak cakap sesuatu ni. Syaa nekad, Cukup laa setakat ni. 
Ni mesej terakhir. Syaa tak akan balas dan jawab apa-apa pun mesej atau call daripada awak lepas ni. Apa yang kita buat ni salah. Saya harap awak faham tu.


Berat hatinya untuk menekan butang send. Namun, dia menggagahkan dirinya. Nekad.

. . .
EPILOG

Seindah hiasan adalah wanita solehah~ yang akan... 
Aisyah menggapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia meletakkan foto yang dipegangnya tadi ke atas meja.

"Hello, Assalamualaikum. Ayu. Ada apa?", Aisyah menjawab panggilan tersebut.

"Waalaikummussalam. Saje je nak bertanya khabar."

"Oh, alhamdulillah. Syaa sihat. Ayu macam mana?"

"Alhamdulillah. Sihat walafiat. Hehe, alang-alang tu nak tanya pasal kawan yang Syaa ceritakan hari tu. Macam mana? Dia ok?", tanya Ayu.

Aisyah terdiam. Dia terdiam sebentar, mengimbas peristiwa yang tak disangka-sangka yang berlaku pada minggu lepas. 

"Hai Syaa, you kat mana? I dah sampai dekat parking ni. And I bawak orang yang special sangat." kata Hada, teman rapatnya di bangku sekolah dulu melalui telefon bimbitnya.

"Syaa dah ada kat taman ni. Cepatlah. Ikut laa bawak laa sape-sape yang spesiyal sangat tu. Cepatlah. Syaa rindu sangat Hada!"

"Ok dear, Wanna to see your latest blouse, Is it still pink in colour? Haha, just joking! K, bye!" Hada menghentikan perbualan mereka.

Aisyah menunggu di sebuah bangku di bawah pohon yang rendang. Mulutnya terkumat kamit membaca al mathurat. Tidak sempat membacanya di rumah kerana ingin meraikan kawannya yang ini seorang. 

Tiba-tiba Aisyah melihat seorang lelaki dan seorang perempuan berjalan ke arahnya. Perempuan tersebut memakai blouse ketat yang berlengan pendek dan jeans hitam. Selendang jarang menjadi penghias kepalanya. Seolah-olah tidak memakai tudung, rambutnya tetap kelihatan. Dia berpegangan tangan dengan lelaki di sebelahnya. Akhirnya, mereka berhenti betul-betul di depan Aisyah. 

"Aisyah??", tanya perempuan itu.

"Hada??", Aisyah bertanya. Seolah-olah tidak percaya insan yang dilihatnya dari tadi ialah Hada. Aisyah menghulurkan tangan bagi meraikan temannya itu. Tidak mahu Hada menyedari 'kekagetan'nya itu.  Mereka berpelukan.

"Syaa. OMG! You like different. I mean, with that kind of jubah and tudung. Never mind, ingat lagi tak siapa ni?", soal Hada.

Aisyah melihat sekilas pandang lelaki yang berada di sebelah Hada itu. Terkejut.

"Amir?", tanya Aisyah menginginkan kepastian.

"Ingat lagi awak kat saya ya?", jawab Amir sambil tersenyum lalu menghulurkan tangannya ke arah Aisyah.

"Maaf.", Aisyah mengalihkan pandangannya. "Tahniah ya Hada. Awal you kahwin. Dah laa tak ajak Syaa.", sambung Aisyah, mengalih topik.

"Apa laa you ni Syaa. Kita orang just couple je dulu. Tak main laa kahwin awal-awal ni. Enjoy dulu. Kan sayang?", jawab Hada sambil mengenyitkan matanya ke arah Amir.

"Betul tu. Kalau you nak couple ngan I pun boleh lagi. Selagi I tak kahwin dengan dia, you masih ada peluang nak tebus kesalahan you dulu dengan I. Couple balik pun I tak kisah. Lagipun I ada kouta 4.", sambung Amir dengan muka nakalnya.

"Sayang!!", jerit Hada sambil mencubit bahu Amir. Aisyah tidak selesa dengan keadaan itu. Dalam hati dia mengucapkan alhamdulillah kerana Allah selamatkan dia. Mungkin jika dia tidak diberi hidayah, dia akan menjadi seperti Sarah. Ataupun lebih teruk lagi. Namun, dia juga sedih melihat temannya ini. 

"Syaa. I tengok you dah lain laa sekarang. Apasal you ni?", tanya Hada. 

Aisyah tersentak dari lamunannya. "Eh, tak ada apa-apa. Jom Syaa belanja makan!", pelawa Aisyah. 

"Tak mengapalah Aisyah. I tak rasa nak makan lagi ni. Ok I pergi dulu. Lain kali jumpa lagi ya.", jawab Hada. Dia berasa sedikit janggal dengan Aisyah.


"Aisyah, Siti Nur Aisyah Kamila? ", suara Ayu kedengaran di telefon.

"oh, ya. Maaf. Masih macam tu, Syaa masih usaha", jawab Aisyah.

"Syaa. Hati manusia Allah yang pegang. Doa banyak-banyak taw", kata Ayu.

"Ok, terima kasih banyak-banyak Ayu, Assalamualaikum." kata Aisyah.

Tarbiyah itu bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya harus dimulakan dengan tarbiyah. Dan tarbiyah juga perlu berhikmah. Sebagaimana Aisyah yang buruk dahulu dapat diislahkan menjadi muslimah lebih baik. Dia yakin Sarah mampu berubah. Tiada orang jahat yang tiada masa depan. Tiada orang yang tidak melakukan kesilapan. Aisyah mengesat air matanya. Dia nekad untuk membawa Sarah ke landasan yang betul. Dia mahu sama-sama berpimpinan ke syurga. Aku tak mahu jadi baik sorang~ Aisyah nekad.

No comments:

Post a Comment