Monday, April 29, 2013

Milo ais dua!


Bismillahirrahmanirrahim..
Ok2..janji ditepati! 
Milo ais datang..ok, kali ni milo ais plus2..yang kaw2 punya..

Asif laa ya. Post sebelum ni tak sempat nak cakap sal milo ais ni..takpelah kan, dahulukan yang lebih aula daripada yang aula..

Ok, apa kes dengan air milo ni? >_< 


Ok, atas ni air apa? 
Air apa??

Air masak. Air kosong. 

Ok, pandai! hehe,

ok, daripada air kosong ni, nak jadikan air milo ais yang kaw2 punya, bagaimana prosesnya?

Adakah memadai dengan menambah serbuk milo semata-mata?
Dan air milo ais kaw2 akan terhasil dengan sendirinya??

Hmm..
rasanya, adik ana yang 5 tahun pun tahu jawabannya.. ^_^

mestilah tak kan..
kalau nak buat air milo, mula-mula mesti ambil air panas kan,..
and then, + serbuk milo + susu + gula secukup rasa
lepas tu, kacau hingga sebati (eh, betul ke penggunaan kata ni?)

Ok, tak habis lagi..kalau nak buat milo ais mestilah ada 'ais'nya kan?
Jadi, masukkan ais ke dalam milo yang sudah siap tersedia tu..

The end, maka tersedialah milo ais yang kaw2 lagi menyegarkan tu..

Eh, tunggu dulu, entry ni masih belum habis ek.

Sebenarnya, ana nak buat satu analogi..
nak hasilkan manusia yang benar-benar manusia ni memang x semudah nak buat air milo..
Tapi, sekurang-kurangnya kita boleh ambil sesuatu di situ...


sebagai contoh..kita menasihati seseorang..tak kiralah mad'u, mutarobbi, sahabat handai ataupun saudara mara..kita x boleh nak berharap bahawa dia akan terus jadi baik seperti yang diharapkan setelah memberinya sepatah dua kata.

Let say, kita ada kawan yang bernama Jamilah. (x ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah tiada, k..)

Katakanlah Jamilah ni, seorang yang suka melambat-lambatkan solat. Kita pun berusaha nak nasihati dia. Kita tak boleh expect yang dia akan berubah serta merta selepas kita memberi nasihat kepadanya itu. Tapi lepas kita nasihat, kita mesti nasihat, lepas tu nasihat and then nasihat lagi, last but not least, kita mesti buat follow-up. Ajak dia solat sama-sama. Solat berjemaah.

Wajarkah kita hanya menasihati dan membiarkannya terkontang kanting keseorangan serta menjangkakan kita telah melaksanakan syahadatul Haq yang mulia??

Tidak sama sekali kan.. Andaikata itulah yang kita lakukan. Kita tidak ubah seperti meletakkan satu sudu milo ke dalam secawan air panas serta menjangkakan kita akan menikmati secawan milo ais yang lazat lagi umphhh...angan-angan kosong semata-mata. 

Bagaimana kita mahu hasil yang bagus andai usahanya tidak seberapa? Jadi, sila masukkan ingredient2 tambahan seperti gula ukhuwah + ais istiqamah sehingga dia beku menggigil andai tak melaksanakan tuntutan Rabbi..Ok?
Erm..dan ingat hati manusia ni Allah yang pegang. Allahlah yang membolak-balikkan hati. Andai kita menyayangi seseorang itu, mesti kita nak berpimpinan tangan ke syurga kan..tapi jalan ke syurga tu tak semudah yang dijangka. Ia penuh dengan duri2 isme-isme barat dan jahiliyyah..Maka, sama-samalah kita saling nasihat menasihati...agar nanti di dalam syurga kita dapat berlari bersama-sama dan menikmati kechantekan syurga yang indah niannya tidak dapat terbayang oleh mata kepala dan akal manusia... Jom sahabat! saling menasihat! saling takammul! saling menunaikan syahadatul Haq sesama insan!
wallahu a'lam..


No comments:

Post a Comment