Sunday, April 28, 2013

Milo ais satu!

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam yaumul isnin ya sohabi al-kirom! Erm, sahabat-sahabat puasa ek?
Moga-moga Allah beri kekuatan istiqamah kepada kita dalam meningkatkan ubudiyyah kepada Allah dan mengislah diri ke arah yang lebih baik...
Sahabat2, jom kita kuatkan ribat mujahideen! Nak2 dalam fatrah PRU sekarang ni.

PRU? Haah! Politik. Politik. Politik.
Apasal ek? Buka muka buku, politik. Buka pengicau, politik. Buka blog pun politik!
Ahh!!! 

Rileks bro!
Bukankah politik itu sebahagian daripada Islam?
Islam itu ad-Din. Apa itu ad-Din? 
ad-Din itu ialah satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek iaitu ibadat, akhlak, muammalat dan termasuk jugak laa politik.
Kengkawan, sohabat2 yang ana kasihi sekalian.
Tidakkah apabila kita menolak politik daripada hidup kita bermaksud kita telah menolak sebahagian juzuk daripa islam?
Sedangkan Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh.

Tapi politik tu kotor! Fitnah bertaburan di mana-mana. Adab dan tatasusila Islam entah ke mana.
Politik itu tidak kotor sebenarnya. Tapi, ia telah dikotorkan oleh tangan dan mulut-mulut manusia. Oleh itu sahabat, usah mudah untuk mempercaya apa yang anda dengar begitu sahaja. Pastikan anda menelitinya sehabis baik. Politik ni adalah asas pembinaan negara. Betul tak?
 Naam (baca= betul). Jadi, jika ingin membina negara Islam, negara yang menjalankan hukum Islam, maka politik ialah salah satu wasilahnya. Anda tahu ada pihak yang memutar belit cerita. Anda tahu fitnah berteraburan di mana-mana. Jadi, adakah anda perlu berdiam diri sahaja? Adakah Allah menciptakan kita sia-sia? Antara tujuan hidup kita ialah untuk mengimarah dunia ini. Maka, sepatutnya, kita sebagai khalifah yang Allah taklifkan untuk mengimarah urusan dunia sebaik-baiknya hendaklah mengambil satu inisiatif. Walaupun kita bukan seorang pemimpin, meskipun kita bukan seorang yang ternama, Kita tetap ada tanggungjawab yang mana akan disoal di akhirat nanti. Ya. Mungkin kita bukan orang besar, well-known people. Tapi adakah jika kita x boleh melakukan sesuatu yang besar, lantas kita meninggalkan perkara yang kecil? Oh, No. No! Jadi, apakah salahnya jika anda mengambil fitnah yang ditaburkan di jalanan itu dan menghumbankannya ke dalam gaung? 

How?

First step, ambil cakna. Baru anda akan dapat tahu perkara yang sebenar. Jika anda terus mengelak dan mengelak, bagaimana kebenaran nak memunculkan dirinya di depan anda?
Second, teliti maklumat. Usah mudah percaya. Dapatkan penjelasan daripada yang lebih mengetahui. Baca info-info di fb melalui page-page yang boleh dipercayai. Sebarkan yang benar.
Third, gunakan pendekatan yang betul. Jika tidak, andalah pula yang akan menjadi golongan yang menambahkan calitan kotoran pada politik itu.


Apasal tajuk di atas >MILOAISSATU< tapi intinya tak rasa macam milo pun?
Hahaha. Maafkan beta.  Dah melalut-lalut. Alang-alang dah sentuh bab politik a.k.a siyasah ni. Meh ana hurai dulu laa sikit ye.

Unlike ·  · 

Ni salah satu post di fb yang menyentak jiwa. Aduhai! Nak ke kita menjadi penghalang kepada kemenangan 
Islam?

Jadi, kuatkanlah ribat mujahidin! 
Anda masih belum boleh mengundi?

Itu bukan alasan tak nak menyumbang dik, kawan-kawan, sahabat-sahabat..

Anda boleh menyebarkan info-info yang haq lagi benar kepada semua, dan sumbangkan doa untuk kemenangan Islam. 

Atau anda sudah boleh mengundi, tapi masih ragu-ragu dengan segala provokasi dan fitnah yang melimpah ruah? Ragu- ragu yang mana patut diundi?

Jika itu masalah anda, panjatkan doa dan hamparkanlah sejadah dan bentangkanlah istikharah di atasnya. Allah is the best Judge. 
Oh ya! Mungkin link ini boleh membantu:

Dapatkan jawapan kepada 33 soalan yang berkisar dalam masyarakat sempena PRU 13 dalam video khas " ANDA TANYA TOK GURU JAWAB" di :-

1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw
2. PAS kaldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. tolak umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE
5. isu tabung memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. isu kafirkan orang umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. peranan tok guru di marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. hudud di terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. kilang arak selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. judi genting highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. projek membazir terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu?http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3,http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22. Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNOhttp://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaanhttp://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84
24. Perancangan Hospital perubatan percuma http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Plan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR?http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan?http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT?http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum megundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen?http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah megundi BN ketika terima bantuan?http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U
Ok, dapatkan maklumat secukupnya ya!

muhasabah:

Photo
Photo: Larangan menyokong orang yg zalim.
Photo
Photo: AKU ADALAH PEJUANG

Like:- https://www.facebook.com/ustaztantawi?ref=ts&fref=ts
Photo: HIKMAH di sebalik TARIKH PILIHAN RAYA...


bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid atau pun kemenangan

berjuanglah wahai Ansorullah
dengan matlamat Daulah Islamiyyah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan
bergeraklah ke gerbang jasa

kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji rabbi....

wallahu a'lam.

Eh, kakak! dah mana milo aisnya? 

Hehe, post ni dah berjela dah. Milo aisnya di post yang akan datang ya sayang....
Muhasabah. Istikharah. Do the best choice!
Letakkan Islam di atas!
Letakkan maslahat Islam di atas maslahat diri!!

No comments:

Post a Comment