Bismillahirrahmanirrahim.
Kehangatan PRU semakin membahang. Debaran kian terasa...
Banyak fitnah yang berteraburan di televisyen, akhbar, dan juga kedai-kedai kopi. Isunya? PRU.
Ada yang semakin keliru. Ada yang semakin bingung. Siapa yang harus dipilih. Siapa yang harus dipangkah.
Baiklah, intro di atas sudah cukup panjang. Penulis tak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Cuma mahu para pembaca yang disayangi, dicintai dan dikasihi sekalian duduk sebentar dan sama-sama berfikir. Tolong baca post ni sampai habis.
Pertama sekali dalam membuat pilihan, perkara yang perlu diletakkan di hadapan ialah Islam. Wajib bagi kita untuk menyokong pihak yang menyokong Islam dan ingin menegakkan hukum Islam. Apa hukum menjalankan hukum Islam?
Wajib.
Ok, anda seorang muslim kan?
Kenapa anda masuk Islam?
Sebab "Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam". Betul tak?
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS. Ali Imran [3] : 85)
Dan sesiapa yang ingkar maka, balasannya ialah neraka Allah s.w.t. Nauzubillah.
Islam satu-satunya agama yang diredai Allah. Walaupun Allah menyatakan tiada paksaan untuk memeluk Islam, tetapi sebaik sahaja kita melafazkan kalimah syahadah, wajib bagi kita untuk mengikut apa yang Allah tetapkan. Menutup aurat, tidak melakukan maksiat dan sebagainya. Hukum Islam itu ada hikmahnya. Jika dikaji secara mendalam, banyak faedahnya. Malah terbukti melalui kajian-kajian sains dan lain-lain. Ok, itu bukan isunya sekarang ini.
Jadi, apa hukum menegakkan hukum Islam?
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)
Masuklah kamu ke dalam islam itu sepenuhnya. Bermaksud dari segi muammalat, ibadah, akidah dan termasuklah undang-undang. Maka, hukum menegakkan undang-undang Islam itu
wajib.
Maka, hukum menyokong golongan yang menegakkan Islam dan hukumnya itu juga menjadi wajib
berdasarkan kaedah usul fiqh iaitu: Kaedah fiqh menyebutkan:
"مالايتم الواجب إلا به فهو واجب"
yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.
Contohnya : Solat fardhu itu wajib, dan untuk melaksanakan solat pula mestilah dalam keadaan berwudhu. maka wudhu menjadi wajib apabila hendak menunaikan solat fardhu.
Menegakkan hukum Islam itu wajib. Maka kerja-kerja yang membawa kepada terlaksananya hukum Allah turut wajib berdasarkan kaedah syara' yang disebutkan tadi.
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang kafir"
(surah Al-Ma'idah 5:44)
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(surah Al-Ma'idah 5:45)
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.(surah al-Maidah [5]: 47)
Dan Allah s.w.t melarang kita untuk menyokong golongan yang tidak menjalankan hukum Islam. Ini kerana, sokong bermaksud bekerja sama. Allah s.w.t berfirman:
"Bekerjasamalah kamu di dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama di dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan".
(Al-Maidah: 2)
Isu yang paling hot sekarang ni ialah....
PAS KUDA TUNDANGAN DAP?
Ya tak? Jika isu ini yang membuatkan anda ragu-ragu. Mari baca apa yang penulis akan sampaikan ni.
Pas dan DAP serta PKR hanya bertahaluf siyasi. Bekerja sama. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bekerjasama dengan kaum bukan islam (yahudi) di Madinah. Namun, tahaluf ini ada syaratnya. [1] Iaitu:
1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.
Contoh maslahah yang diizinkan:
i. Ke arah kedaulatan Islam dan perlaksanaan syariatnya:
ii. Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.
2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan.
3) Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
untuk maklumat lebih lanjut, klik: kerjasama PAS dan DAP
Ok, setakat ini dahulu. Post ini in shaa Allah akan diupdate kembali..
wallahu a'lam..
komen anda digalakkan..
ruang diskusi terbuka seluas-luasnya.
kalau masih keliru, sila istikharah..Ingat, apabila keliru, mohonlah pada yang mengetahui segala-galanya. Iaitu Allah s.w.t.
subhanallah,. jazakillah ats info :)
ReplyDeletewallahu yajzik khairol jaza'.. =D
ReplyDelete