Saturday, October 12, 2013

Ingat tak?


[INTRO: segala yang bakal dicoret di bawah ni adalah olahan daripada hasil perkongsian daripada seorang akak semasa katibah hari tu..thanks akak, touching my deep heart.]

Nadira tidak senang duduk. Serba serbi yang dilakukannya seakan-akan ada sahaja yang tidak kena. Dia mengeluh. Dia bangun daripada katilnya. Nadira melempar pandangan ke luar tingkap. Kelihatan beberapa orang siswi sedang berjoging keliling padang tidak jauh di hadapan kuarters tempat dia menginap. Sejak dia menjejak kaki ke kampus Universiti Malaya, kebiasaannya setiap pagi pada hujung minggu Nadira akan keluar untuk berjogging ataupun sekadar mengambil angin bersama-sama rakan sebiliknya. Satu inisiatif untuk tidak tidur selepas subuh. Namun, kali ini dia amat malas. Nadira menoleh ke arah susunan buku di atas mejanya. "Maza yakni-apa erti saya menganut Islam" Matanya berhenti di situ. Pantas Nadira mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Dia mencari suatu nama dalam senarai kenalan. 

"Kak Fida.", dia tersenyum.

"Assalamualaikum. Akak free tak?", ujar Nadira setelah panggilannya dijawab.

"Waalaikummussalam. Insya allah. Free aja", jawab kak Fida dalam loghat Indonesia.

"Ira nak datang bilik akak boleh tak?", sambung Nadira.

Nadira menyarungkan sweater hitam dan tudung ikin kelabu lalu keluar daripada biliknya. Dia memanjat tangga hingga ke tingkat 5 kuarters tersebut.

Tok tok tok. 

"Assalamualaikum", laung Ira.

"Waalaikummussalam." Ucapannya dibalas lembut. "Masuklah, room mate akak semua balik. Kebetulan pulak akak baru habis sarapan. Ada air teh lebih ni. Rezeki Ira lah tu", ujar Kak Fida.

Nadira tersenyum. Tenang wajah kak Fida. Seolah-olah insan itu tidak pernah mengalami masalah. Padahal dialah yang memegang jawatan tertinggi di kalangan siswi di situ. Naib president MPP. Nadira melangkah masuk. Memerhati keadaan bilik tersebut. Kemas. "Sungguh, aku perlu belajar sesuatu daripada dia", Nadira bermonolog sendiri.

"Akak, Ira rasa kosong laa. Deep down inside, Ira rasa something wrong. Ira tak tahu apa yang salah. Tapi Ira rasa serba tak kena. Ira rasa hati ni jauh dengan tuhan. Ira solat, Ira buat semua yang Allah suruh, tapi kenapa Ira masih rasa kosong? Ira ada banyak kerja, dalam hati ni rasa empty. Mungkin Ira perlu dengar sedikit taujihat untuk kembalikan semangat dan mengisi kekosongan kot."

"Ira taw kan Allah sentiasa ada untuk Ira dan akak?", soal kak Fida dengan muka tersenyum. Nadira mengangguk sambil mengesat air matanya.

"Ira, sebelum tu akak nak tanya. Syaitan tu jahat kan?"

"Ha'ah"

"Hmm, dan dulu-dulu dia pernah janji dengan Allah. Betul tak?"

"Betul"

"Ira ingat tak apa janji syaitan kat Allah?"

"Dia janji yang dia akan sesatkan keturunan nabi adam keseluruhannya."

"Syaitan ni kan Ira...still pegang dengan janji dia kan Ira...sampai sekarang. Betul tak Ira?"

"Betul akak"

"Tapi Ira, kita pun pernah janji dengan Allah kan? Betul tak? Apa yang kita janji ya Ira?"

Nadira terdiam. Seolah-olah sesuatu yang berat sedang jatuh atas kepalanya dan bahunya. Ada air yang mengalir laju dalam kolam hatinya. Dia memeluk insan yang sedang tersenyum di hadapannya itu. 

"Terima kasih akak", ujar Nadira.

"Thank to Allah my dear", jawab kak Fida sambil mengeratkan pelukannya. "Manusia tu lemah dik. Apa yang menguatkan kita ialah Allah. Sumber kekuatan kita. Kita tak akan hidup di dunia ni kalau bukan semata-mata untuk Dia", sambung kak Fida. 
Ira menangkap suara sebak kak Fida yang masih dalam pelukannya. Dia sedar bahawa setiap manusia itu diuji tetapi caranya berbeza-beza. Dan atas manusia itu sendiri bagaimana untuk menghadapinya dan akhirnya cara itulah yang akan dinilai oleh Yang Maha Kuasa.
"Allah, kuatkanlah kami pada jalan-Mu", doa Ira.

-THE END-

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) syurga. Mereka berjuang pada jalan Allah S.W.T maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jual-beli (bai’ah) yang telah kamu meteraikan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang amat besar.”
(at-Taubah:111)

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu (unutk mengerjakan suruhan agamaNya) dan Dia tidak menjadikan atas kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu:”Orang-orang Islam” semenjak dahulu.”
(al-Hajj:78)

Masih ingatkah apa janji kita pada DIA??

No comments:

Post a Comment