Thursday, October 21, 2010

Sekiranya skrin dapat berkata-kata..

Internet ialah salah satu bentuk anugerah daripada Allah. Sekiranya skrin dapat berkata2 pasti mereka menegur mana2 pengguna yang berbuat maksiat melalui internet! Muhasabahlah diri anda ketika mungkin internet tidak boleh diaccess. Adakah anda belum bersolat, atau mungkin ibu atau  bapa anda sedang memanggil untuk mendapatkan sedikit pertolongan? Lalu anda sambut sahutan mereka dengan satu patah perkataan sahaja, "sekejap!" atau " Nantilah.."? Adakah ini puncanya.. internet itu juga tercipta melalui manusia yang dikurniakan akal fikiran yang juga dicipta oleh Allah. Pokoknya, semuanya daripada Allah! WE HAVE NOTHING!! NOTHING!!! oleh itu Allah boleh menarik semula semua yang diberi termasuk nikmat internet, mata, telinga, tangan, ataupun nyawa kita sendiri. Jika kita boleh sesedapnya shut down komputer dengan satu butang sahaja, power off, begitu juga Allah.. Malah lebih hebat lagi.. "kun fayakun". Allah kata jadilah maka jadilah! bukankah kita semua perancang tapi Allahlah sebaik2 perancang??






muslim sekarang lebih banyak melihat skrin berbanding sejadah. Alangkah beruntungnya mereka yang apabila mata berkiblatkan skrin dan sejadah, hatinya berkiblatkan Allah!!

No comments:

Post a Comment