Friday, October 22, 2010

Hulagu khan

Tahun depan sejarah insya-Allah best.. nak tau kenapa? because we will learn about ketamadunan Islam.. bestkan. mungkin ada sejarah yang diputar belitkn.. bagi pelajar SMKAKA, kita dah tonton tentang sejarah yg digelapkan. But jgn jadi x semangat nak belajar pulok thn depan yer.. Cheer up!! we'll learn about reinassance, and many more. bukan ke Islam suruh kita tahu apa 2 yang buruk dan jauhinya? today I share to tell U something about Hulagu Khan.. want to know a lot??


Hulagu Khan sebagai pewaris takhta Genghis Khan pemimpin dari Empayar Mongol. Genghis Khan pernah menanam hasrat untuk meluaskan empayar dari Timur ke Barat dan meranapkan apa2 sahaja yg menghalangkan cita2nya. Hulagu khan pula terkenal setelah berjaya menakhluk Baghdad dan menumbangkan kerajaan Bani Abasiyyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun.Seperti yang kita tahu, Baghdad merupakan sebuah tempat penyebaran ilmu yang pesat. Hebatkan, umat Islam dulu! Kenapa sekarang Islam mundur? Sudah tentu bukan kerana ajarannya, tapi keangkuhan umat Islam yang hanya mahu seenaknya menggoyang kaki, leka dengan hiburan duniawi. Kenapa hanya saintis Barat yang mengkaji al-Quran dan mengaplikasikannya dalam rutin harian mereka? kenapa bukan kita? Umat Islam yang telah Allah beri nikmat hidayah dan iman yang tidak ternilai?


Tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan telah membunuh ulama', memperkosa wanita dan melempar kitab2 ke dalam sungai sehingga airnya bertukar menjadi hitam. Ian Frazier, seorang penulis Barat dari majalah The New York Worker menulis dalam satu rencananya, menyebutkan antara 200 ribu - satu juta orang Islam telah menjadi mangsa Hulagu Khan. Mereka akhirnya dapat dikalahkan oleh tentera Sultan Saifuddin Muzaffar Qutuz, Berke Khan dan Baibars.


Namun, Hulagu Khan sebagai seorang manusia turut mempunyai sifat hitam dan putihnya. Hulagu Khan telah membina sebuah balai cerap dan pusat pengajian di Maragheh untuk Nasir al-Din at-Thusi, seorang ahli falsafah, pakar perubatan dan penulis Islam berbangsa Islam sesudah itu. Hulagu Khan juga memberi kebenaran kepada Abul Muzhaffar Athmalik Juwaini untuk memperkenalkan pemerintahan Islam, malah penduduk Baghdad bebas mengamalkan ajaran Islam.
























moGa Islam kan bangkit lagi duhai akhowat, j0m banGkit bersama, teGakkan Islam dalam dirimu, Insya-Allah akan tertegaklah Islam di muka bumi ini! Duhai ikhwan penjana kemajuan agama kalianlah bakal peneraju bangsa, kentalkan semangat antum!! bangunnya akhowat tanpa ikhwan, cacatlah perjuangan.. kerana, ar-Rijal qawwamuna 'alannisa'...

No comments:

Post a Comment