Friday, October 15, 2010

TETAMU misteri???

Pada suatu hari, semasa sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah dan seorang anak sedang bersarapan.pintu rumah mereka diketuk. Lantas si Bapa terus bergegas untuk membuka pintu rumah mereka.
Si Bapa melihat 3 orang tetamu yang begitu tua memberi salam.


"Saya kekayaan",kata lelaki pertama.


"Saya kejayaan", kata lelaki kedua.


"Saya kasih sayang",ujar lelaki tua yang terakhir.


Si Bapa menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua di antara mereka berkata,"hanya seorang daripada kami akan masuk."
"Jadi kami harus memilih seorang daripada kamu?"
"Ya", jawab mereka.
"Tunggu kami berunding dahulu", pinta si Bapa.


"kita pilih kekayaan, dengan kekayaan kita boleh mendapatkan apa2 sahaja yang kita dambakan selama ini." ujar si Ibu.
"Tidak",kata si Bapa. "kita pilih kejayaan, bukan saja harta, macam2 kita boleh dapat."
"Ayah,ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang", kata si anak. "Biarlah kita hidup sederhana seperti ini. Hidup sederhana tapi penuh dengan kasih sayang. saya rasa gembira apabila ibu dan ayah berkasih sayang serta mengasihi saya"
si Bapa dan Ibu terkejut mendengar jawapan yang ikhlas dan murni daripada anak mereka.


Maka, si Bapapun bersetuju untuk mempersilakan kasih sayang masuk.
Namun, apabila Pak Cik kasih sayang masuk, kekayaan dankejayaan turut mengikutinya. SiBapa terkejut.
"Usah panik, kami akan sentiasa mengikuti dan mengiringi kasih sayang walau ke mana-manapun dia pergi. jika kau menjemput kasih sayang, bermakna kau juga menjemput kami.."


Mendengar yang demikian, mereka sekeluarga tersenyum gembira. ALHAMDULILLAH!!
Semuanya tercipta dengan kasih sayang,
daripada kasih sayang terciptalah ukhuwwah, 
daripada ukhuwwah terjalinlah sebuah persahabatan,
dan semoga daripada persabatan, terukirlah rahmat dan redha Illahi. 

No comments:

Post a Comment