Wednesday, October 20, 2010

Jangan hitung kesukaranmu, tapi hitunglah kesyukuranmu..

"ishh, apa nie..", manusia sering mengeluh. Ketahuilah duhai sahabat, Allah telah mengurniakan yang terbaik untuk kita. Mungkin pada zahirnya, yang kelihatan cuma keburukan. Namun, ketahuilah duhai sahabat, semuanya ada hikmah. Tak semua hikmah daripada-Nya dapat ditafsir oleh akal fikiran yang telah Allah kurniakan.. "Jika Allah cepat memakbulkan doamu, maka, Allah menyayangimu.. jika Allah lambat mamakbulkan doamu, maka, Allah sedang mengujimu.. jika Allah tidak memakbulkan doamu, Allah merancang yang lebih baik untukmu". renung2kanlah..






Kita sedih kerana tidak berkasut sehinggalah kita temui orang yang tidak berkaki.. kita sering kali tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Illahi.. Bersyukurlah kerana ketika kita tidak mempunyai Tv untuk ditonton kita masih mempunyai alam ini untuk ditatap, bagaimana pula nasib saudara kita yang tidak ada upaya untuk melihat? Alam ini sungguh gelap. Yang ada ialah sinar iman yang membara untuk menerangi dunia kecilnya.. Syukurilah nikmat Allah yang mengurniakan telinga untuk mendengar. dengan telinga itu dapat kita dengar alunan indah ayat2 suci al-Quran dan zikir2 munajat.. bagaimana pula nasib saudara kita yang tidak berdaya untuk mendengar?? Dunia ini sunyi.. begitu sunyi!!!!


                  'Maka nikmat apakah lagi yang engkau dustakan?'


Duhai teman beberapa kali Allah ulang ayat ini dalam surat cinta-Nya!! seolah2 ingin memberitahu betapa tidak bersyukurnya kita sebagai hamba-Nya.. Dunia semakin dikejar, akhirat entah kemana? renungkan2lah..


No comments:

Post a Comment