Saturday, January 19, 2013

sentuh hati!

bismillahirrahmanirrahim..
rasanya lama dah jari jemari ni tak hinggap atas keyboard untuk menulis coretan rasa dan sedikit perkongsian buat pengunjung-pengunjung blog ana ni..takpe laa..sampaikanlah walaupun satu ayat..

ana akan rasa bersalah sangat2 andai tak boleh nak menyumbang banyak dalam perjuangan ni..andai tak banyak, ana harap. . . sedikit sebanyak penulisan dan gerak kerja ana yang tak seberapa dapat men'top-up' sumbangan ana yang kurang tu. . .

Allahurobbi..

ana nak ajak semua yang membaca post ni agar buka hati. . .dan cuba rasa dengan hati yang tulus ikhlas, dengan hati yang suci dan bersih tanpa mewujudkan kepentingan diri tentang apa yang ana nak sampaikan ni..walaupun biasa2 sahaja. . . namun, amat penting bagi ana. . . sebagaimana kata-kata ni sering menyentuh hati ana. . . ana nak kata-kata ni selalu menyentuh jiwa-jiwa sahabat ana yang nak membawa sinar islam yang syumul kepada banyak lagi jiwa-jiwa kat luar sana. . . jadi, sebelum menyentuh jiwa-jiwa lain, jiwa kita dulu yang perlu bersih. . .perlu sering muhasabah...cuba renungkan

ADAKAH ISLAM ITU MASIH KURANG? SEDANGKAN AKU MASIH HIDUP?
 JADI APA GUNANYA AKU?

Allah menyeru:

INFIRU KHIFAFAN WA TSIQALAN WAJAHIDU FISABILILLAH
maralah kamu sama ada berat ataupun ringan dan berjihadlah di jalan Allah...

 dan Allah mengingatkan bahawa jika kita lari atau berputus asa dari jalan-Nya...


WAIN TATAWALLAU YASTABDILKUM QAUMAN GHAIRAKUM WALA YAKUNU AMSALAKUM
dan sekiranya kamu berpaling, maka Allah akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang tidak mereka menjadi seperti kmu...

nauzubillah!


ana cuma nak ajak sahabat2 merenung kata-kata kat atas tu je..adakah menyentuh hati kita? atau hanya sekadar angin lalu? andai kata-kata tu sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tak lekat dalam hati..marilah sama-sama muhasabah diri..kerana orang yang beriman, apabila mendengar kalimah Allah maka bergetarlah hati mereka...kita? apa reaksi kita bila Allah menegur kita, memperingatkan kita...adakah wujud gementar itu? atau kita sekadar termenung sebentar dan mengendahkan peringatan itu? sama-sama bermuhasabah...

wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment