Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung. (At Taubah : 111)
Thursday, October 31, 2013
Saya pun nak cantik!
Tuesday, October 29, 2013
SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
haa..nak join? klik link ni:
luaskan ukhuwah, tambahkan tsaqafah.
tsaqafah means ilmu.. ^^
Sahabatt. ...
dari melihatmu gembira di dalam kelalaian,
Aku gembira mendengar tangismu kerana pengorbanan
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
dari hidup dalam kesesatan,
Sahabat,
Muliamu bukan pada pangkat dan harta,
tetapi Islam yang menjadi pakaianmu di dada.
"Nilai Diri Pada Manfaatnya"
Saturday, October 12, 2013
Ingat tak?
Wednesday, October 9, 2013
Ijazah ohh Ijazahh...
goyang kaki sahaja..
Kerana apa? Kerana..
Hassan al-Banna berkata, "kerja itu lebih banyak daripada masa."
"Eh ya ke?" Mungkin ada yang akan bertanya begini.
Ya, jika anda sudah bangkit dari lena..
Kenapa?
Kerana Allah bekalkan kita di dunia ini dengan pelbagai tanggungjawab.
Kita seorang anak. Jadi sewajarnya kita menolong ibu dan ayah, abah dan umi, mak dan abi..
Kita seorang muslim. Ada hak-hak Allah yang kita perlu tunaikan. Kita dicipta untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Bukankah begitu?
Kita seorang muslim. Nabi s.a.w. bersabda, "barangsiapa yang tidak mengambil cakna tentang sesuatu umat itu maka dia bukanlah daripada umat tersebut"
So,
Adakah kita cukup tahu tentang apa yang berlaku pada zaman ini? Mesir? Syria? Palestin? Even Malaysia sendiri. Adakah kita cukup cakna?
Apa itu TPPA? Apa itu hari Nakbah?
Adakah kita tahu tentang semua ini?
Bukankah kita seorang muslim?
Bukankah?
Wahai....
Andai kita sedar...
Pastinya masa yang kita ada itu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tolong umi abah, tambah ibadah sunat, searching about muslim and others..
Jadi, sebenarnya tak de masa untuk kita goyang kaki..Tak ada. Kan?
Sebab itu Allah bersumpah dengan masa.
Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)