Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung. (At Taubah : 111)
Monday, May 13, 2013
Gwiyomi?
Wednesday, May 1, 2013
PRU -sokong mana satu?-
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS. Ali Imran [3] : 85)
Masuklah kamu ke dalam islam itu sepenuhnya. Bermaksud dari segi muammalat, ibadah, akidah dan termasuklah undang-undang. Maka, hukum menegakkan undang-undang Islam itu wajib.“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)
Maka, hukum menyokong golongan yang menegakkan Islam dan hukumnya itu juga menjadi wajib berdasarkan kaedah usul fiqh iaitu: Kaedah fiqh menyebutkan:
"مالايتم الواجب إلا به فهو واجب"
yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.
Contohnya : Solat fardhu itu wajib, dan untuk melaksanakan solat pula mestilah dalam keadaan berwudhu. maka wudhu menjadi wajib apabila hendak menunaikan solat fardhu.
Menegakkan hukum Islam itu wajib. Maka kerja-kerja yang membawa kepada terlaksananya hukum Allah turut wajib berdasarkan kaedah syara' yang disebutkan tadi.
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang kafir"
(surah Al-Ma'idah 5:44)
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(surah Al-Ma'idah 5:45)
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.(surah al-Maidah [5]: 47)
Dan Allah s.w.t melarang kita untuk menyokong golongan yang tidak menjalankan hukum Islam. Ini kerana, sokong bermaksud bekerja sama. Allah s.w.t berfirman:
"Bekerjasamalah kamu di dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bekerjasama di dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan".
(Al-Maidah: 2)
i. Ke arah kedaulatan Islam dan perlaksanaan syariatnya:
ii. Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.
3) Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.
Untuk kamoo!
Subscribe to:
Posts (Atom)