Friday, June 1, 2012

seiring sehaluan_by unic

Kita laungkan Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita
Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah
Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan Keazaman juga ketabahan
Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

♥Lagu nie didedikasikan untuk sahabat-sahabat ana kat luar sana tu.. moga kita ditetapkan pada jalan-Nya..moga kesabaran tetap menjadi tunjang utama dalam melaksanakan manhaj dakwah islam.. ^_^ heheheh.. takbir.. Allahu Akbar!

Tuesday, May 29, 2012

blog oh blog..

Bismillahirrahmanirrahim.. Nampak tak yang wajah blog nie dah berubah.. nie yang excited nak cerita nie.. hehe.. ^_^ ada rahsia di sebalik sesuatu..! giniy.. tadi round2 pergi cari background untuk blog.. sebab ada orang komen kan..? hehe.. gurau jew.. Pastu.. jumpa laa satu background nie.. background nie Laa!! Suka sangat.. Tak taw kenapa.. dah berkenan nak buat cam ne..? ok.. operasi untuk tukar background pown bermula.. Tiba2, azan asar berkumandang.. Hati dah berbelah bahagi nie.. nak siapkan blog ke nak solat dulu.. Sementara azan habis.. ana pun cuba ubah template.. jeng jeng jeng........ tak dapat.. Ya Allah.. cam ne ni? dah laa susah nak cari background yang hati ni berkenan.. huh! Ok, what should I do? Solat first..? Urmm.. betul jugak.. mana taw apa yang ana buat nie tak berkat sebab tu tak dapat.. Jadi, kaki pun melangkah untuk solat.. Lepas solat tu.. Ana pown pergi laa kat komputer.. Adik ana ada kat situ.. dia cakap,"Tengok, boleh dah wak masuk background Na. Pandai tak kak cik buat..?" Haa! Masa tu syukur sangat.. Allah tolong kita banyak cara.. Kali ni Allah tolong dengan bagi ilham kat adik ana untuk ubah background blog macam yang dikehendaki.

OK, KESIMPULANNYA, UTAMAKAN SOLAT YA! INSYA-ALLAH DAPAT KEBERKATAN!
(^_^)

al-Fatihah

Riwayat dari Abu Hurairah pula,rasulullah telah bersabda:
“Sesiapa yang tidak membaca AL-FATIHAH di dalam solat, maka solatnya itu tidak sempurna.
(Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak 3 kali)”.

Lalu sahabat bertanya kepada Abu Hurairah:”Bagaimana pula kalau kami mengikut imam?”.
Jawab Abu Hurairah:”Bacalah perlahan-lahan. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Bahawa Allah berfirman:
“Solat itu aku bagi 2 iaitu antara-KU dan hamba-KU. Untuk hamba-KU ialah apa yang dimintanya…


Apabila hamba-KU mengucapkan:Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji tertentu bagi allah,tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab: hamdani ‘abdi (hambaku memujiku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Arrahmaanirrahim (Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab:’Atsna alayya ‘abdi (hambaku menyanjungiku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Maliki yaumiddin (Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (kepada engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhoolin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab: Hadza li abdi,wali ‘abdi ma saala (inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)

SUBHANALLAH !
Sama-sama kita memperbaiki al-Fatihah dan menghayatinya..