Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, February 18, 2013

tambah tsaqafah sama2

we need something to give something...
jadi..
jom baca link ni sama2..
banyak manfaat in shaa allah..

Tuesday, May 29, 2012

al-Fatihah

Riwayat dari Abu Hurairah pula,rasulullah telah bersabda:
“Sesiapa yang tidak membaca AL-FATIHAH di dalam solat, maka solatnya itu tidak sempurna.
(Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak 3 kali)”.

Lalu sahabat bertanya kepada Abu Hurairah:”Bagaimana pula kalau kami mengikut imam?”.
Jawab Abu Hurairah:”Bacalah perlahan-lahan. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Bahawa Allah berfirman:
“Solat itu aku bagi 2 iaitu antara-KU dan hamba-KU. Untuk hamba-KU ialah apa yang dimintanya…


Apabila hamba-KU mengucapkan:Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji tertentu bagi allah,tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab: hamdani ‘abdi (hambaku memujiku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Arrahmaanirrahim (Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab:’Atsna alayya ‘abdi (hambaku menyanjungiku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Maliki yaumiddin (Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)


Apabila hamba-KU mengucapkan: iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (kepada engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)


Apabila hamba-KU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhoolin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab: Hadza li abdi,wali ‘abdi ma saala (inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)

SUBHANALLAH !
Sama-sama kita memperbaiki al-Fatihah dan menghayatinya..

Friday, October 22, 2010

Hulagu khan

Tahun depan sejarah insya-Allah best.. nak tau kenapa? because we will learn about ketamadunan Islam.. bestkan. mungkin ada sejarah yang diputar belitkn.. bagi pelajar SMKAKA, kita dah tonton tentang sejarah yg digelapkan. But jgn jadi x semangat nak belajar pulok thn depan yer.. Cheer up!! we'll learn about reinassance, and many more. bukan ke Islam suruh kita tahu apa 2 yang buruk dan jauhinya? today I share to tell U something about Hulagu Khan.. want to know a lot??


Hulagu Khan sebagai pewaris takhta Genghis Khan pemimpin dari Empayar Mongol. Genghis Khan pernah menanam hasrat untuk meluaskan empayar dari Timur ke Barat dan meranapkan apa2 sahaja yg menghalangkan cita2nya. Hulagu khan pula terkenal setelah berjaya menakhluk Baghdad dan menumbangkan kerajaan Bani Abasiyyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun.Seperti yang kita tahu, Baghdad merupakan sebuah tempat penyebaran ilmu yang pesat. Hebatkan, umat Islam dulu! Kenapa sekarang Islam mundur? Sudah tentu bukan kerana ajarannya, tapi keangkuhan umat Islam yang hanya mahu seenaknya menggoyang kaki, leka dengan hiburan duniawi. Kenapa hanya saintis Barat yang mengkaji al-Quran dan mengaplikasikannya dalam rutin harian mereka? kenapa bukan kita? Umat Islam yang telah Allah beri nikmat hidayah dan iman yang tidak ternilai?


Tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan telah membunuh ulama', memperkosa wanita dan melempar kitab2 ke dalam sungai sehingga airnya bertukar menjadi hitam. Ian Frazier, seorang penulis Barat dari majalah The New York Worker menulis dalam satu rencananya, menyebutkan antara 200 ribu - satu juta orang Islam telah menjadi mangsa Hulagu Khan. Mereka akhirnya dapat dikalahkan oleh tentera Sultan Saifuddin Muzaffar Qutuz, Berke Khan dan Baibars.


Namun, Hulagu Khan sebagai seorang manusia turut mempunyai sifat hitam dan putihnya. Hulagu Khan telah membina sebuah balai cerap dan pusat pengajian di Maragheh untuk Nasir al-Din at-Thusi, seorang ahli falsafah, pakar perubatan dan penulis Islam berbangsa Islam sesudah itu. Hulagu Khan juga memberi kebenaran kepada Abul Muzhaffar Athmalik Juwaini untuk memperkenalkan pemerintahan Islam, malah penduduk Baghdad bebas mengamalkan ajaran Islam.
























moGa Islam kan bangkit lagi duhai akhowat, j0m banGkit bersama, teGakkan Islam dalam dirimu, Insya-Allah akan tertegaklah Islam di muka bumi ini! Duhai ikhwan penjana kemajuan agama kalianlah bakal peneraju bangsa, kentalkan semangat antum!! bangunnya akhowat tanpa ikhwan, cacatlah perjuangan.. kerana, ar-Rijal qawwamuna 'alannisa'...

Thursday, October 21, 2010

Teori Darwinisme











Adakah ini asal usul terciptanya manusia?? berkembang dan berkembang daripada seekor monyet menjadi manusia yang berupaya mentadbir dunia? manusia yang kini celik IT, pintar berbahasa, dan mampu mentadbir dunia berasal daripada monyet yang tidak dikurniakan akal oleh Allah S.W.T? ya, inilah yang didakwa oleh Charles Darwin dalam teori Darwinismenya.. tidak mungkin sekali2!! bukankah manusia terhasil daripada percantuman sperma dan ovum? dan bukankah manusia pertama yang Allah turunkan ialah nabi Adam a.s.? iinilah buktinya bahawa manusia tidak sekali2 mengalami evolusi..


Firman Allah S.W.T. :       
      "Dan tidaklah yang dijadikan itu berubah-ubah."
                    [surah al-Ahzab:62]



Atlas yang diterbitkan dalam saiz luar biasa dan mengandungi lebih seribu gambar ini telah menegaskan bahawa teori Darwin telah silap, malah tidak lebih daripada satu khayalan. Penyebaran atlas ini telah menimbulkan suasana panik ke atas seluruh komuniti materialisme, Darwnisme dan ateisma. Malah, mereka menganggapnya sebagai karya anti evolusi yang paling hebat. Sehinggalah Menteri Pelajaran Perancis mengeluarkan arahan peribadi agar buku ini dijauhkan daripada para pelajar.