Thursday, April 18, 2013

Tak nak jadi baik sorang

Aisyah tersenyum sinis melihat foto yang diletakkan di atas meja belajarnya itu. Foto Aisyah yang dahulu. Foto Aisyah yang  dahulu dengan gayanya yang entah apa-apa. Dengan baju kemeja putih yang layaknya dipakai oleh adiknya yang darjah tiga sahaja. Dengan lengan baju yang diangkat ke lengan hingga menampakkan tangannya yang putih melepak. Dengan make-up yang tebal mengalahkan artis.

"Ahh", Aisyah mengeluh. "Jahilnya aku dahulu", mukanya yang putih merona merah. Aisyah memukul-mukul mukanya. Malu. Malu apabila teringatkan dia yang dahulu. Aisyah mengambil foto tersebut. 

Dia yang dahulu amat amat berbeza dengan dia yang sekarang. Dahulu, hanya tudung ikin yang labuhnya paras atas dada menjadi penghias kepala. Baju kemeja dan blouse menjadi kegemaran. Jeans sering menjadi peneman setia tatkala ke mana-mana. Dia yang dahulu tak pernah ketinggalan trend-trend terbaru. Seolah-olah pakaiannya bukan untuk menutup aurat tetapi sekadar untuk digayakan. 

Dia yang dahulu, siang malam tak pernah berenggang dengan telefon bimbitnya. Sesekali  telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dan dia pun membalasnya laju. Kadang-kadang telefonnya berdering menandakan ada yang memanggil. Memang dia menantinya. Menanti kekasih hati untuk menelefonnya. Sehari tak mendengar suara dan kata-kata manis daripada jejaka idamannya, Amir Syakirin, dia boleh jadi gila. 

"Huh", mengeluh lagi. Aisyah memang tidak suka mengimbas memori itu. Cukup. Cukup dengan cinta daripada seorang lelaki. Cukuplah dia dilalaikan. Masih terlekat di ruang ingatannya, kali terakhir dia menghantar mesej kepada jejaka itu.

Assalamualaikum. 
Syaa nak cakap sesuatu ni. Syaa nekad, Cukup laa setakat ni. 
Ni mesej terakhir. Syaa tak akan balas dan jawab apa-apa pun mesej atau call daripada awak lepas ni. Apa yang kita buat ni salah. Saya harap awak faham tu.

Tiada lagi panggilan sayang-abang. Jelas, Tegas, Aisyah nekad untuk memutuskan perhubungan mereka.  Tika itu, dia benar-benar bangkit dari sebuah lena yang panjang. Selama ini, dia dibuai cinta palsu.

Aisyah kembali merenung foto yang dipegangnya. Kini, air jernih menitis daripada kelopak matanya. Aisyah mengusap gambar kawan rapatnya yang berada di sebelahnya dalam foto itu. Aisyah sebak.


"Hada, Syaa sayang Hada. Syaa tak nak jadi baik sorang-sorang. Syaa sayang. Sayang sangat-sangat Hada.", Aisyah menutur kata kepada gambar yang sepi tak bersuara itu. Dadanya berombak. Sedih. Terlalu sedih.



. . .

Aisyah keluar daripada kereta Viva kepunyaan ayahnya. Aisyah mengambil bagasi merah kepunyaannya dan mengheretnya masuk ke bilik yang bakal dihuninya. Kini Aisyah telah menjejakkan kaki ke sebuah universiti yang diidam-idamkannya. Kini dia telah bergelar pelajar universiti. 

Aisyah melangkahkan kakinya ke dalam bilik tersebut. Dia meletakkan bagasinya di tepi dinding lalu melepaskan lelahnya di atas katil. "Fuh! Penat kot nak kemas barang-barang ni semua', keluh Aisyah tanpa tanpa menyedari rakan sebiliknya sedang memerhatikannya. 

Tiba-tiba, dia tersedar bahawa gelagatnya dipandang oleh seseorang yang kini sedang berjalan ke arahnya. Aisyah membuang earphone yang dari tadi melekat di telinganya. 

"Assalamualaikum", sapa gadis tersebut lembut. Senyuman yang terukir di wajahnya menenangkan sesiapa yang memandangnya. Setenang wajahnya. 

"Waalaikummussalam", jawab Aisyah sepatah.

"Saya Ayu Nabilah", gadis tersebut memperkenalkan dirinya.

"Ooh, maaflah. Tak perasan pulak ada orang dalam bilik ni. Erm, Ayu ye? Saya Aisyah. Siti Nur Aisyah Kamila", sambung Aisyah.

"Eh, tak pe. Tak kisah pun. Awak asyik sangat dengar lagu kot. Hehe", jawab Ayu sambil gelak kecil. Meraikan. Ramah lagaknya, fikir Aisyah. Aisyah tersenyum.

. . .

Jam telah pun menunjukkan pukul 11 malam. Aisyah masih asyik dengan komputer ribanya. Sesekali dia tersengih sendiri apabila membaca status-status dan komen-komen rakan-rakannya di laman sosial muka buku. 

Aisyah memandang Ayu sekilas. Masih berada di katilnya. Dari tadi mentelaah buku yang entah apa tajuknya. Aisyah tidak berminat untuk ambil tahu. Dia bukan jenis orang yang suka ambil tahu hal orang. Nak dikatakan studi, buku yang dibaca Ayu tersebut kelihatan seperti sedikit Islamik. Sedangkan, setahunya Ayu mengambil kos perubatan. Namun, nak dikatakan tidak, sesekali dia terlihat Ayu mencatat sesuatu di dalam bukunya. Entahlah. Aisyah tidak berminat untuk mengambil pusing.

Ayu bangun daripada katilnya menuju ke tandas. Apabila selesai, Ayu duduk di pinggir katil Aisyah. 

"Syaa, buat apa tu? Dari tadi nampak senyum sorang-sorang", kata Ayu dengan nada bergurau.

"Tak ada apa-apa laa. Baca status kawan-kawan sekolah lama kat fesbuk ni. Lawak jugak. Macam-macam. Nampak jugak awak ye. Ingatkan tak nampak. Khusyuk sangat baca buku", jawab Aisyah sambil ketawa.

"Eh, nampaklah. Awak jangan main-main taw. Haha", kata Ayu. "Ok laa sayang. Jangan tidur lewat sangat taw. First day ni. Esok dah start program", sambungnya sambil membuat muka ala-ala peguam bela. 

"Ok", sambut Aisyah sambil tersenyum dan mengangkat ibu jarinya. Aisyah senang dengan kelakuan Ayu. 

Ayu menuju ke katilnya dan mengambil telekung sembahyangnya. Dia memakai telekung tersebut lalu mencapai sebuah tafsir berzip yang berwarna biru yang berada di meja belajarnya. Ayu membaca ayat-ayat dari kitab itu. 

Aisyah terkedu. Entah bila kali terakhir dia membaca kitab itu. Allah. Hatinya tiba-tiba terasa sayu. Suara Ayu yang lembut mengalunkan ayat-ayat al-Quran itu bagai menyentuh hatinya. Walaupun tidak memahami maksud ayat-ayat itu, Aisyah merasakan ada satu tarikan yang lain daripada yang lain. Tenang. Tenang mendengar ayat itu. 

Ayu menutup kitab suci itu lalu mengambil sejadah untuk solat. "Aishh, solat apa pulak Ayu ni? Tadi rasanya dia dah solat Isyak", Aisyah bermonolog. 

Ayu menanggalkan telekung sembahyangnya. Dilipat rapi dan diletakkan di sisi meja belajarnya. Ayu menarik selimut. Aisyah masih di hadapan komputer ribanya. Konsentrasinya terganggu melihat gelagat Ayu. Curious. "Ahh", Aisyah mendengus. "Pedulikan. Sejak bila aku suka ambil tahu hal orang ni", monolognya sambil tersenyum sinis. Aisyah memasang earphone di telinga dan menyambungkannya di komputer riba. Lagu-lagu cinta menjadi halwa telinga. Dia menguatkan volume lagu tersebut dan mengambil Samsung Galaxy Notenya. Dia menaip sesuatu.

Hai sayang...


Mesej tersebut dihantar kepada Amir Syakirin. Rutin hariannya. Biarpun hanya sepatah dua, Aisyah tidak penah jemu. Dia suka membaca bait-bait cinta dan kata-kata sayang oleh jejaka itu. Seronok apabila rasa disayangi, dihargai.


. . .

Aisyah mengambil blouse putih dan jeans birunya. Dia mengenakan baju tersebut dengan selendang bawal paras dada. Aisyah berpaling ke arah Ayu yang baru sahaja selesai mengejakan solat Dhuha. "Ayu, we need to rush", katanya kepada teman sebiliknya itu.

Aisyak kembali memandang ke cermin yang terletak di sebelah katilnya. Lama dia bersolek. Tidak cukup dengan lipstik dan blushernya, ditambah pula dengan maskara. Produk simply siti menjadi kegemarannya.  Dia mengambil on-drop-perfumenya. Semerbak wangi. Aisyah tampil menawan sekali. Cukup untuk menarik perhatian jejaka-jejaka yang memandangnya.


Aisyah memandang ke arah Ayu Nabilah. Gadis tersebut menyarungkan jubah merah jambu. Simple. Kemudian disarungnya tudung labuh berwarna merah jambu lembut. Hanya bedak menjadi penghias wajahnya. Ayu tampaknya gadis itu dengan pakaian tersebut. Tenang mata melihatnya.

Aisyah mengambil begnya. Ayu sudah menunggu di depan pintu.


"Jom!", kata Ayu.


"Amboi, lajunya dia", sampuk Aisyah.


"Memanglah, we need to rush. Right?", Ayu mengajuk kata-kata Aisyah kepadanya sebentar tadi.


"Oh, perli eh?", jawab Aisyah dengan nada melawak. Aisyah diam sebentar. Dia sedang berfikir sesuatu. Dia sebenarnya amat tertarik dengan perilaku teman sebiliknya ini. Tidak dinafikan, pada mulanya agak janggal. Tetapi dia mudah menyesuaikan diri dengan Ayu. Mungkin disebabkan sikapnya yang agak ramah dan suka tersenyum walaupun tidak banyak bercakap. Tetapi ada sesuatu yang lain pada Ayu yang membuatkan dia senang dengan perilakunya. Seolah-lah ada satu tarikan yang tidak dapat dijelaskan. Ya. Aisyah bukan jenis orang yang suka ambil pusing tentang perkara yang tidak berkaitan dengannya. Tetapi, dia juga bukan jenis yang suka memendam apa-apa yang difikirkan sehingga memberatkan kepalanya.


"Erm, Ayu. Nak tanya sikit ni boleh?", panggil Aisyah.


"Ya. Eh apa salahnya. Banyak pun boleh. Awak ni. Kita kan kawan", jawab Ayu sambil tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya.


"Haha. Ya lah kan. Skema pulak saya ni. Macam nak tanya cikgu dalam kelas pulak", Aisyah gelak kecil. "Taklah, saya nak tanya. Awak solat apa semalam? Rasanya awak dah solat Isyak. Lepas tu awak solat pulak sebelum tidur. Satu rakaat je saya nampak. Konfius, konfius. Solat apa ek?"


Ayu tersenyum. "Oh, ingatkan apa tadi. Syaa, Ayu solat witir lah. Pernah dengar kan? Nak solat witir satu rakaat boleh. Tiga rakaat boleh pun boleh. Asalkan dalam bilangan rakaat yang ganjil. Tapi Ayu ni bukannya baik sangat pun. Kadang-kadang malas tu datang jugak. Jadi Ayu nak cuba istiqamah dengan satu rakaat. Ayu pernah dengar taw. Satu hadis ni, Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam keadaan musafir atau bermukim, maka dicatat baginya pahala orang syahid. Itulah yang Ayu cuba nak usaha. Hehe", terang Ayu dengan bersemangat.

Aisyah bagaikan tidak percaya mendengar penjelasan tersebut daripada seorang pelajar jurusan perubatan yang bagaikan seorang ustazah petah berbicara. "Waah, Ayu. Mantap! Macam ustazah!", puji Aisyah.


"Erm, eh janganlah. Ayu ni bukan pandai sangat pun. Ni sekadar nak berkongsi aje. Nanti kalu Aisyah tak sibuk boleh sama-sama kita solat witir. Satu rakaat aje. Kalau dah tak larat sangat, tak payah nak baca doa iftitah dan surah pendek lepas al fatihah tu. Mudah! Hehe, Ayu bukan apa. Kakak Ayu pernah pesan, katanya, "Ayu mesti ingat. Walaupun Ayu ambil kos perubatan, nanti kat akhirat, soalan Allah pada hamba-hambanya sama sahaja. Sebab tu, Ayu pergi mana-mana, jangan tinggal agama.", sambung Ayu. Dia tersenyum melihat Aisyah.


"Oh, begitu." Aisyah masih memikirkan jawaban Ayu. 'Aku, solat lima waktu pun ala kadar aje. Allah!', fikir Aisyah. Dia amat terasa jurang perbezaan dia dengan Ayu. 'Penampilan Ayu pun dah macam ustazah. Dia? Tapi Ayu tak pernah kot rasa kekok dengan aku. Ramah je. Erm, buat apa aku nak rasa janggal. Kalau nak cakap aku yang pelik. Tak lah. Dekat U ni sahaja ramai lagi yang menggayakan fesyen-fesyen jeans dan blouse pendek. Aku tak pelik. Yang pelik Ayu kot', Aisyah mempertahankan dirinya.


Mereka menuju ke pintu dewan kuliah. Kelihatan Ayu kurang selesa apabila melihat ada segelintir siswa berada berhampiran pintu. Aisyah berjalan penuh selamba.


"Pewitt..", sorak siswa-siswa tersebut. "Wanginya!", sampuk salah seorang daripada mereka. Aisyah tersenyum. Dia berpaling ke arah mereka dan menghadiahkan sekuntum senyum menawan dan jelingan tajam. "Wow, gorgeous!"


Ayu pula tidak habis-habis beristighfar di dalam hati. Imannya tidak selesa. Mungkin Aisyah tidak mengerti, fikir Ayu. Aisyah memandang kepada Ayu yang dari tadi membisu.


"Ayu, come on laa! malu ke? Lelaki memang macam tu", kata Aisyah.


"Erm, saya ok je. Cuma kurang selesa", jawab Ayu sambil tersenyum. Hasrat di hatinya mahu menegur. Tetapi, padanya teguran itu perlu berhikmah. Biarlah dia menunjukkan qudwah hasanah dahulu buat masa ni.



. . .



Tok Tok Tok. Ketukan pintu kedengaran. Ayu yang sedang khusyuk mentelaah tentang DNA manusia segera membuka pintu. Kelihatan Aisyah di hadapan pintu sedang memegang sebungkus plastik yang berisi dua bekas ice-blended.

Aisyah duduk di atas katil. "Nah, untuk awak. Chocolate flavour!” katanya sambil menghulurkan ice-blended kepada Ayu.

"Waah, untunglah dapat kawan macam ni. Dah lah chocolate flavor. My favorite ", ujar Ayu dengan wajah yang excited. Dia meneguk air tersebut.

"Ayu. . .", panggil Aisyah dengan nada manja. "Sebenarnya air tu bukan saya yang beli. Tadi lepas kuliah, saya pergi ke kafe untuk beli ice-blended ni. Tiba-tiba ada sorang lelaki datang dan tanya, "Awak ni kawan Ayu Nabilah kan?" Saya pun mengiyakan aje lah. Dia pun offer nak belanja. Dan dia pesan untuk bagi air ni jugak kat awak.", jelas Aisyah.

Ayu bagaikan tersedak, ice-blended tu hanya tinggal suku gelas sahaja lagi. "Apa? Who's that? Syaa.. kenapa tak cakap awal-awal?", Ayu resah.

"Erm, dia minat kat awak kot.", jawab Aisyah, selamba. Dia tidak mengerti betapa Ayu tidak suka berlebih-lebihan dengan lelaki ajnabi. "Alah, relaks laa geng. Tak ada apa-apa pun. Kalau Syaa yang dapat, dah lama Syaa melompat-lompat. Hensem gak siswa tu.", tambah Aisyah.

Ayu tersenyum. Meraikan. Baginya, biarlah dia menjelaskan prinsipnya dahulu. Ice-blended tadi disedut kembali. "Rezeki tak boleh ditolak!", kata Ayu sambil mengenyitkan matanya. Aisyah menolak bahu Ayu sambil tergelak kecil.

"Tapi kan. Ayu sebenarnya tak suka sangat nak lebih-lebih dengan lelaki ni. Ya lah, masa kat sekolah dulu. Akak-akak kat sana selalu pesan kat junior-junior. Kita ni sebagai muslimah, jangan lebih-lebih sangat dengan lelaki. Sebab kaum adam ni mudah tertarik dengan kaum hawa. Memang Allah dah jadikan fitrah kaum adam akan tertarik pada lawannya dan begitu juga sebaliknya. Jadi, akak-akak pesan, janganlah kita jadi perosak iman kaum adam", jelas Ayu.

"Tapi, kan tu fitrah. Kita mana boleh lawan fitrah manusia", soal Aisyah. 

"Ok, let see, marah tu pun fitrah. Marah pada tempatnya memang baik. Sebagai contoh, marah bila ada orang ejek nabi. Marah bila orang kutuk islam. Tapi, bila kita marah tak kena pada tempatnya, sebagai contoh, Syaa terlanggar bahu Ayu secara tak sengaja. Dan Ayu pun marah habis-habisan siap ugut tak nak kawan lagi dengan Syaa. Hanya sebab Syaa langgar bahu Ayu secara tak sengaja. Jadi marah tu jadi satu perkara yang negatif pulak. Sama lah dengan cinta ni. Yang fitrah boleh jadi fitnah kalau tak dikawal.", Ayu cepat-cepat berhenti apabila melihat Aisyah yang terlopong mendengar penjelasannya. Takut Aisyah tidak dapat menerima. Baginya, biarlah sedikit asalkan Aisyah mampu menerima. "Dah macam ustazah pulak rasanya. Hehe", tambah Ayu, mewujudkan suasana santai.

"Erm, Ayu. Syaa ni budak sekolah biasa saje dulu. Tak pernah dapat pendedahan macam ni. Ada usrah yang akak-akak jalankan. Tapi, Syaa selalu mengelat. Buat alasan tak nak pergi usrah. Ayu tolong terangkan lagi boleh?", pinta Aisyah.

Ayu tersenyum. Lega dan senang dengan keterbukaan hati Aisyah. "Orait dear, anything for you!", Ayu mengenyitkan matanya. "Syaa, jom jalan-jalan kat taman. Lagi pun dah asar ni. Kita solat dulu and then jalan-jalan jom! nanti kita sambung diskusi ilmiah ni. Ok? Boleh melegakan tekanan exam terakhir buat tahun ni. Hehe", cadang Ayu.

"Eh, dah asar eh? Tak perasan pulak beta. Ok jom!", jawab Aisyah.

Ayu tersenyum. Ada permata yang diselaputi lumpur yang harus digilapnya. 

. . .

Aisyah termenung di atas katil. Dia memandang Ayu sekilas yang telah lama dibuai mimpi setelah menunaikan solat witir. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar.

One message received.

Hi dear. I wish you are at my side now. I am looking your beautiful face on my phone. Wish that I could fly to you in my dream.
Sayang. . . Tidur tak lagi? Miss U!

Amir Syakirin.

Aisyah memejamkan matanya. “Ya Allah”, jerit hati Aisyah. Dia membuka matanya kembali. Mengangkat Samsung Galaxy Notenya. “Ahh!”, keluh Aisyah. Kata-kata Ayu petang tadi berlegar-legar di mindanya.

“Ayu pun sebenarnya pernah suka kat seseorang ni. Ayu tak nak cerita panjanglah. Ayu memang tak ada buat apa-apa pun dengan dia. Kami tak kapel. Cuma mesej-mesej tu ada lah. Tu pun untuk urusan yang penting. Tapi Ayu tak boleh nak jaga hati Ayu. Tiap-tiap hari teringatkan dia. Kadang-kadang solat pun jadi tak khusyuk.  Lama taw Ayu pendam perasaan Ayu ni kat dia. Ada laa dalam 2 tahun. Tapi, ditakdirkan Allah, Allah pilih Ayu untuk berpindah ke sekolah yang lebih baik. Ayu tak nak pun. Tapi mak ayah yang paksa Ayu. Berat sangat hati. Tapi tu laa perancangan Allah. Dan Ayu berjaya lupakan dia. Sekarang ni, Ayu takut sangat nak suka kat lelaki. Ayu takut Ayu makin lalai. Ayu tak nak dilalaikan macam dulu. Dan orang yang Ayu minat tu pun, pernah hantar mesej kat Ayu baru-baru ni. Cuma, Ayu dah tak nak layan. Cukuplah Ayu lalai dulu. Ayu balas sekadar yang perlu. Lagipun, Ayu fikir, kalau Ayu minat kat seseorang tu, tak semestinya Ayu akan kahwin dengan dia. Apa perasaan suami Ayu kalau dia tahu yang Ayu pernah dilalaikan dengan seorang lelaki? Apatah lagi kalau dia tahu yang Ayu pernah berkapel, dating, ataupun buat apa-apa yang tak sepatutnya lah dengan lelaki lain. Ah, Ayu mesti malu giler kalau jadi macam tu. Cewahh, jauh Ayu fikirkan. Jangan fikir Ayu gatal pulak. Hehe.” Panjang lebar Ayu bercerita.  

“Ayu, satu lagi soalan. Sebenarnya kan, Syaa suka sangat tengok Ayu pakai tudung labuh, jubah and apa-apa laa yang Ayu pakai. Tapi Ayu tak rasa janggal ke? Orang lain semua pakai biasa-biasa aje. I means, like me. Jeans and blouse. And one more, you have a beautiful face, perfecto! But, why don’t you use any make-up or something….? Ermm…This might be such a ridiculous question. But please, it disturbing me. Syaa rasa nak tahu sangat. Ayu tak kisah kan?”

“Tak kisah pun. Ayu suka bila Syaa tanya soalan-soalan macam ni. Maksudnya, Ayu tak segan untuk menimba ilmu. Dan Ayu seorang yang open minded. Ok, let do an experiment.” Ayu mengeluarkan dua biji gula-gula dari beg tangannya. Dia membuka salah satu sampul gula-gula itu. Lalu, kedua-dua gula-gula itu dilemparkan ke pasir.  Ayu mengambilnya kembali.

“Ok, let say that the chocolate with plastic is a women with an appropriate dress which is mentioned in al-Quran and Sunnah. And the other is not. Kalau kita tengok, gula-gula yang berbalut plastik dengan rapi ni terpelihara daripada kekotoran dan debu-debu pasir tadi. Manakala, yang tak berbalut dicemari oleh pasir-pasir dan debu. Sama jugak dengan perempuan. Kalau tak ditutup dengan sempurna, maka akan ada pandangan-pandangan yang akan mencemarinya.”

“Tapi Ayu, kan orang lain pun pakai baju. Bukannya telanjang.” Soal Aisyah sambil tersenyum.

“Memang laa, tapi cuba bayangkan. Ayu pakai jeans ketat dan baju yang fit giler sampai menampakkan bentuk badan. Ayu pakai pulak selendang bawal atas dada. Lepas tu Ayu pakai pulak perfume yang wangi giler. Sepuluh kilometer pun masih boleh bau. Lepas tu, Ayu jalan kat depan mamat-mamat jalanan. Apa yang diaorang akan buat?”

“Mestilah diaorang akan pandang. Tegur ke. Kacau ke.” Jawab Aisyah.

“Macam tu laa. Lagipun, kalau pakai macam tu. Orang akan nampak bentuk badan kita. Ayu tak nak tunjuk kat sape-sape kecuali suami Ayu. Khas untuk dia. Ayu nak simpan untuk dia sahaja. Ayu nak jadi muslimah yang mahal di dunia. Yang mahal tu lah yang orang nak kan? Macam handphone jugak. Makin mahal, makin ramai orang nak. Jadi, hanya yang layak sahaja dapat mendapatkan kita. Tapi  tu sampingan sahaja. Kita buat mesti lillahi taala. Kerana Allah. Baru dapat pahala. Kita sayangkan Allah yang beri kita segala-galanya. Jadi, kita mesti balas balik. Macam mana? Dengan ikut semua perintahnya. Allah kata dalam al-Quran, dan katakanalah kepada perempuan-perempuan, agar menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka serta memelihara aurat mereka kecuali yang biasa terzahir daripadanya.”

Aisyah berfikir-fikir. Berkira-kira tentang dirinya. Dia bangun serta merta, mengatur langkah untuk ke tandas. Entah apalah yang membuat dia rasa untuk sujud pada yang esa pada malam yang hening itu. Dia mengambil wuduk. Sejuknya air itu terasa apabila air jernih itu diratakan ke ubun-ubunnya. Tenang rasanya. Tidak pernah dia rasakan setenang itu. Air matanya mengalir laju.

Dia menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat. Dia mengangkat takbir. Seolah-olah tidak pernah merasakan indahnya solat sebelum ini. Salam diberikan. Aisyah beristighfar sebanyak-banyaknya. Air matanya laju mengalir. Dia melepaskan segala-galanya dalam doanya kepada Allah. Dia berasa bahawa hidupnya selama ini kosong. Kosong. Kosong. Dan kekosongan itu diisi dengan cinta manusia yang melalaikan dan hiburan yang melampau. Aisyah mengambil telefon bimbitnya. Menaip sesuatu. 

Assalamualaikum. 
Syaa nak cakap sesuatu ni. Syaa nekad, Cukup laa setakat ni. 
Ni mesej terakhir. Syaa tak akan balas dan jawab apa-apa pun mesej atau call daripada awak lepas ni. Apa yang kita buat ni salah. Saya harap awak faham tu.


Berat hatinya untuk menekan butang send. Namun, dia menggagahkan dirinya. Nekad.

. . .
EPILOG

Seindah hiasan adalah wanita solehah~ yang akan... 
Aisyah menggapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia meletakkan foto yang dipegangnya tadi ke atas meja.

"Hello, Assalamualaikum. Ayu. Ada apa?", Aisyah menjawab panggilan tersebut.

"Waalaikummussalam. Saje je nak bertanya khabar."

"Oh, alhamdulillah. Syaa sihat. Ayu macam mana?"

"Alhamdulillah. Sihat walafiat. Hehe, alang-alang tu nak tanya pasal kawan yang Syaa ceritakan hari tu. Macam mana? Dia ok?", tanya Ayu.

Aisyah terdiam. Dia terdiam sebentar, mengimbas peristiwa yang tak disangka-sangka yang berlaku pada minggu lepas. 

"Hai Syaa, you kat mana? I dah sampai dekat parking ni. And I bawak orang yang special sangat." kata Hada, teman rapatnya di bangku sekolah dulu melalui telefon bimbitnya.

"Syaa dah ada kat taman ni. Cepatlah. Ikut laa bawak laa sape-sape yang spesiyal sangat tu. Cepatlah. Syaa rindu sangat Hada!"

"Ok dear, Wanna to see your latest blouse, Is it still pink in colour? Haha, just joking! K, bye!" Hada menghentikan perbualan mereka.

Aisyah menunggu di sebuah bangku di bawah pohon yang rendang. Mulutnya terkumat kamit membaca al mathurat. Tidak sempat membacanya di rumah kerana ingin meraikan kawannya yang ini seorang. 

Tiba-tiba Aisyah melihat seorang lelaki dan seorang perempuan berjalan ke arahnya. Perempuan tersebut memakai blouse ketat yang berlengan pendek dan jeans hitam. Selendang jarang menjadi penghias kepalanya. Seolah-olah tidak memakai tudung, rambutnya tetap kelihatan. Dia berpegangan tangan dengan lelaki di sebelahnya. Akhirnya, mereka berhenti betul-betul di depan Aisyah. 

"Aisyah??", tanya perempuan itu.

"Hada??", Aisyah bertanya. Seolah-olah tidak percaya insan yang dilihatnya dari tadi ialah Hada. Aisyah menghulurkan tangan bagi meraikan temannya itu. Tidak mahu Hada menyedari 'kekagetan'nya itu.  Mereka berpelukan.

"Syaa. OMG! You like different. I mean, with that kind of jubah and tudung. Never mind, ingat lagi tak siapa ni?", soal Hada.

Aisyah melihat sekilas pandang lelaki yang berada di sebelah Hada itu. Terkejut.

"Amir?", tanya Aisyah menginginkan kepastian.

"Ingat lagi awak kat saya ya?", jawab Amir sambil tersenyum lalu menghulurkan tangannya ke arah Aisyah.

"Maaf.", Aisyah mengalihkan pandangannya. "Tahniah ya Hada. Awal you kahwin. Dah laa tak ajak Syaa.", sambung Aisyah, mengalih topik.

"Apa laa you ni Syaa. Kita orang just couple je dulu. Tak main laa kahwin awal-awal ni. Enjoy dulu. Kan sayang?", jawab Hada sambil mengenyitkan matanya ke arah Amir.

"Betul tu. Kalau you nak couple ngan I pun boleh lagi. Selagi I tak kahwin dengan dia, you masih ada peluang nak tebus kesalahan you dulu dengan I. Couple balik pun I tak kisah. Lagipun I ada kouta 4.", sambung Amir dengan muka nakalnya.

"Sayang!!", jerit Hada sambil mencubit bahu Amir. Aisyah tidak selesa dengan keadaan itu. Dalam hati dia mengucapkan alhamdulillah kerana Allah selamatkan dia. Mungkin jika dia tidak diberi hidayah, dia akan menjadi seperti Sarah. Ataupun lebih teruk lagi. Namun, dia juga sedih melihat temannya ini. 

"Syaa. I tengok you dah lain laa sekarang. Apasal you ni?", tanya Hada. 

Aisyah tersentak dari lamunannya. "Eh, tak ada apa-apa. Jom Syaa belanja makan!", pelawa Aisyah. 

"Tak mengapalah Aisyah. I tak rasa nak makan lagi ni. Ok I pergi dulu. Lain kali jumpa lagi ya.", jawab Hada. Dia berasa sedikit janggal dengan Aisyah.


"Aisyah, Siti Nur Aisyah Kamila? ", suara Ayu kedengaran di telefon.

"oh, ya. Maaf. Masih macam tu, Syaa masih usaha", jawab Aisyah.

"Syaa. Hati manusia Allah yang pegang. Doa banyak-banyak taw", kata Ayu.

"Ok, terima kasih banyak-banyak Ayu, Assalamualaikum." kata Aisyah.

Tarbiyah itu bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya harus dimulakan dengan tarbiyah. Dan tarbiyah juga perlu berhikmah. Sebagaimana Aisyah yang buruk dahulu dapat diislahkan menjadi muslimah lebih baik. Dia yakin Sarah mampu berubah. Tiada orang jahat yang tiada masa depan. Tiada orang yang tidak melakukan kesilapan. Aisyah mengesat air matanya. Dia nekad untuk membawa Sarah ke landasan yang betul. Dia mahu sama-sama berpimpinan ke syurga. Aku tak mahu jadi baik sorang~ Aisyah nekad.

Sunday, April 14, 2013

tercampak?

bismillahirrahmanirrahim..

post ni ditujukan buat diri dan sahabat2 seperjuangan...
alhamdulillah sekarang ni ramai sahabat2 yang dapat tawaran. tawaran temu duga. .tawaran masukU  pun dah ada. . .waahhh. . mabruk alaikum!

ermm..ana? biarlah rahsia. . . menanti yang satu..moga Allah redha..kadang2 sesuatu harus dikorbankan untuk menggapai sesuatu yang lebih indah. . . apa itu...? mardhotillah..

ok, sebenarnya mood nak menulis ni datang bila ana terbaca one of my sahabat's post. . . tahniah2. . .  UNIKL ye? siapa yang makan kurma dia yang merasa lazatnya. . ^_^
 mabruk alaiki ya umair! (harap enti baca post ni)

ok, sedar tak sedar. . . dah 5 tahun kita memegang title budak sekolah menengah. 6 tahun sebelum tu, kita pegang title budak sekolah rendah. 2 tahun sebelum tu, budak tadika. tahun-tahun sebelum tu, budak kecik. . . tahun tahun tahun sebelum-sebelum tu. . . bayi.
Ada paham apa yang penulis nak sampaikan?
muahaha...sejak bila pandai gelak jahat ni? huh,

ok, straight tu the point. Perah santan x?  Perasan tak, title tu akan berubah mengikut usia dan siapa kita? akan berubah dan terus berubah. . . Lepas ni, budak U pulak.. Lepas tu, engineer, doktor, pensyarah. . . may be? erm. . MUNGKIN. .

tapi ada yang tak kan berubah. . . apa?

HAMBA ALLAH

KHALIFAH ALLAH

title ni kita bawa sampai mati. ni bukan part time job.

Bila ada masa lepas studi. Baru nak berusrah. Baru nak berdakwah. Baru nak buat ibadat sunat. Bukannn!
Ni laa full time job kita..sibuk macam mana pun kita.. Bertimbun-timbun mana pun assignment kita. Kita mesti buat gerak kerja Islam ni. Full time. Non stop work ever after. Waah, mendebarkan. Ye tak?

tapi, baca ni:





kita nak ke syurga, namun sahabat. Syurga tu terlalu indah.
Nak masuk tandas awam pun kena bayar. .
jadi kalau nak masuk ke tempat yang indah niannya xboleh digambarkan oleh akal fikiran?
mesti laa mahal kan?
Sama2 kita kuatkan hati!

Isbiru, wasobiru warobitu. . . .

Jadi, kat mana2 pun kita berada. . . jangan laa lupakan gerak kerja kita. Jangan lupa untuk membawa tugas dakwah.. Jangan lepaskan ikatan rabitah kita.. For my sohabiah, don't ever lost connection with our murobbi dan sohabat2 perjuangan! keep in touch.. masih ingat? as-Saff ayat 4.
sila baca dengan volume sederhana ayat dan maknanya. hayati..

Dan. . .

INGAT! apa pun bidang yang kita ambil. Medic. Engineering. Usuluddin. Syariah. Bahasa Arab. Architecture. Perakaunan. tak kira laah apa apaa pun. . .
Soalan Allah kepada kita kat akhirat sama sahaja. Jadi, bidang mana pun yang kita ceburi. Landasan mana pon yang kita berpijak, jangan lupa ilmu akhirat. WAJIBUN ALAINA!

macam mana caranya?? untung laa budak2 usuluddin, syariah..dah kiteorang yang ambil medic, engineering ni? macam mana?

tak ada beza pon sape2 yang ambil medik ke usuluddin ke. . hang pi laa mana mana pon. Yang membezakan adalah taqwa. Macam mana nak membina taqwa ni? terserah! banyak caranya. .

tapi tak lain tak bukan adalah dengan tarbiyyah..maka, wajibkanlah diri anda untuk join usrah! Kat mana-mana pun kita berada. Bukan usrah yang memerlukan kita. Tapi kita yang memerlukan usrah.

ok, ana stop kat sini dulu. wallahu a'lam..uhibbukum fillah!!!

tak pernah hilang getarannya apabila membaca ayat ni. dan biarlah getarannya kekal sampai bila2:

Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung. 
(At Taubah : 111)


Friday, April 12, 2013

Rayu seorang hamba

"Ya Allah, hati ini sering rapuh. Terlalu mudah untuk goyah. Allahurobbi, Tsabbit qulubana ala dinik wa ala tho'atik. Ya Allah, hamba-Mu sering digugah, digoyahkan dengan pelbagai asakan persoalan dan kata-kata. Ya Allah, apa yang aku mahu cuma Reda-Mu Ya Allah. Tunjukkan aku jalan yang Engkau reda Ya Allah. Kuatkan hatiku. Hanya Engkau yang mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya. Ihdina sirotol mustaqim", tangis zulaikha dalam doanya.

"rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina 'azabannar. wasollallahu ala saidina muhammad wa 'ala saidina muhammad. wal hamdulillahi robbi alamin", Zulaikha mengangkat tangannya dan menyapu ke wajahnya. Dia mengusap tangisnya yang masih tersisa.

Sejadah yang digunakan dilipat. Siti Zulaikha bangun lalu menuju ke katilnya. Dia mencapai al-Quran yang diletakkan di atas meja berhampiran dengan katilnya. 

Bismillahirrahmanirrahim.. Zulaikha memulakan bacaannya. Jiwanya bergetar tika menyebut kalimah itu. Hati tak mampu menafsirnya. Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Dia memulakan kalamnya, mahu jiwanya disentuh oleh kalam tuhamnya. Kalau boleh dia mahu kalam itu merobek-robek jiwanya dan membawa dia kepada Tuhannya sedekat-dekatnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Ya Allah, ayat ini menusuk tajam. Adakah aku orang yang dimaksudkan itu? Allahurobbi, jauhkan.. jauhkanlah..

إِلاَّ تَنفِرُواْ يُعَذِّبْكُمْ عَذَاباً أَلِيماً وَيَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئاً وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Jika tidak mara untuk berjuang, maka Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain. Nauzubillah. Amat rugi jika Allah menyingkirkan aku dari jalan ini. Allah dan agama-Nya tidak akan rugi sekali-kalipun. Bukan Islam yang memerlukan aku. Tapi aku yang memerlukan Islam. "Allah mengampunkan dosa-dosa mereka,  memasukkan mereka ke dalam syurga yang mana mengalir di bawahnya sungai-sungai dan memasukkan mereka ke dalam tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn'. Dan kurnianya yang lain, pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat". Zulaikha mengimbas kembali ayat2 daripada surah as-Saff. Bukan setakat itu sahaja, jika aku mengundur langkah. Allah akan menurunkan azab dan seksanya. nauzubillah... Makin laju air matanya mengalir. Seolah-olah ayat itu ditujukan buat dirinya.

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Allahu  Allah.. Sama ada dalam keadaan berat ataupun ringan..

وْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).


عَفَا اللّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ

Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?


لاَ يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَن يُجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.


إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

وَلَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـكِن كَرِهَ اللّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

لَوْ خَرَجُواْ فِيكُم مَّا زَادُوكُمْ إِلاَّ خَبَالاً ولأَوْضَعُواْ خِلاَلَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Zulaikha menutup tafsirnya. Seolah-olah dia berbicara dengan yang empunya kalam tersebut. Dan Allah menjawab soalan-soalan yang bermain di jiwanya serta meneguhkan jiwanya.

Tik. Tik. Tik.

Zulaikha mengambil telefon bimbitnya.

1 message received;

Salam. Sila maklumkan kehadiran ntum untuk ke liqa' yang akan diadakan esok dengan segera.

Tangannya bergerak laju ke arah skrin telefon bimbitnya lalu menekan tanda reply;

Wsalam.. Insha allah, ana hadir


moral of the story:

first of all, cerita kat atas ni x ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Mungkin ada kot, kena sikit2..erm, mana satu ni? nilai sendiri laa..mungkin jugak anda ni mengalami situasi yang sama dengan Zulaikha kat atas ni..ragu-ragu..ragu-ragu untuk berjuang..bukan tak nak berjuang. Mungkin sedang berkira-kira untuk memilih landasan mana yang akan dijejak untuk ditabur khidmat dan diinfak diri. Saat keliru, saat gelisah, ingat. Hanya Allah yang memahami kita. Ujian adalah satu bentuk wasilah Allah untuk membawa kita kepadanya dan mengukuhkan tali pergantungan kita kepadanya. 
wallahu a'lam~