Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung. (At Taubah : 111)
Monday, March 11, 2013
Medic??
Assalamualaikum...
Alhamdulillah summa alhamdulillah...summa alhamdulillah. . .
hari ni husna mencari info-info berkenaan dengan tajaan daripada agensi-agensi tertentu dan tawaran-tawaran untuk sambung pengajian bagi lepasan SPM 2012. . .
Okey laa.. kesedaran ni timbul sejak kelmarin. . .Oh, bukan kelmarin sebenarnya. . .dah lama dah,.cuma malas..haha..yang mana satu ni..berbelit-belit..Ok, macam ni, kelmarin my father told me like this..
"kak long, buka internet bagus doh. . . ada plan tersendiri. Cumanya manfaatnya pada satu cabang saje". (nah ambik..kan dah kena)
Ok, my father told me to be more alert about the admissions and requests for my future life. Ok, cukup speaking..tu laa sejarah husna diilhamkan kesedaran ini daripada Allah melalui ayah husna sebagai wasilahnya.
Ok, ya betul! Macam yang ayah ana cakap. Kalau ana bukak internet, laman sesawang pertama yang ana akan bukak ialah.... jeng jeng jeng~
FACEBOOK
Ok, bila bercakap tentang facebook a.k.a fesbuk ni, isunya ialah 'LAGHO'. betul x? macam perkara lain jugak, fesbuk ni ada kebaikan dan keburukannya. Contoh, makanan. Bila makan tak ikut waktu, makan berlebihan, kolesterol dalam badan pun naik, badan jadi gemuk, dan macam-macam penyakit datang. Betul tak? sama laa macam fesbuk.
Ok, sebenarnya ana dah lari topik daa...sebenarnya hari ni.. husna nak kongsi apa yang husna dapat drp chatting ngan sorang ukhti ni.. Ukhti Liyana Rosli. Sekarang ni belajar kat Mesir, course medic. Ok, sahabat2 tengok laa dulu printscreen2 ni ye..
ni masa kak yana cerita pasal medic ni. Ana yang nyaris2 nk cancel ambil medic pown jadi semangat semula. But, pertama-tama dan selama-lamanya, ISTIKHARAH IS THE BEST ANSWER!
erm. zup! bila kak yana cakap macam ni, husna pun terfikir. Kalau kita sayang kat seseorang tu, apa-apa yang kita nak buat, mesti kita akan tanya dia kan. Macam tu jugak Allah. Kekasih kita yang agung. Apatah lagi apabila Dia lah yang memakbulkan semua permintaan kita. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 mafhumnya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Tambahan daripada kak yana:
Sunday, March 10, 2013
leaDers~
Bismillahirrahmanirrahim~
Syukur kerana Allah masih kurniakan penulis untuk menikmati hayat pada hari ni untuk memperbaik segala kesalahan-kesalahan diri.. Syukur jugak sebab Allah beri kesempatan kepada penulis untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua. . . Okeh, ana x nak terlepas daripada mendapat peluang untuk dapat pahala free. eyh, macam mana nak dapat pahala free? "sampaikanlah walaupun satu ayat".
Jangan main-main taw dengan ayat ni, sebab......
bila kita sebarkan sesuatu yang baik = satu pahala terbang kat kita
bila orang baca/ dengar = kita dapat pahala
bila orang amal = kita dapat pahala
bila orang sebar = kita dapat pahala
bila orang lain pulak yang amal = kita dapat pahala
bila orang lain tu pulak sebar = kita dapat pahala lagi.. dan lagi.. dan lagi...
pahala ni berterusan bila ia terus disebarkan dan diamalkan..jadi, siapa yang nak lepaskan peluang ni? Ana tak nak!
Ok, yang kat atas tu mukaddimah je. time for sharing2. . . sekarang ni jujur sejujur-jujurnya ambe rindu sangat ngan kawan-kawan...Rindu 4 hari 3 malam yang lepas..Indahnya ukhuwah kerana Allah..Jumpa tak pernah jemu..kan2...?
Apa yang ada 4 hari 3 malam yg lepas??? meh laa nak kongsi sikit. . .
Alhamdulillah. . .kem leaders telah pun diadakan..moga-moga dapat memberi kesan yang amat besar kepada para peserta. Siapa peserta2 tu?
Fasi dan adik-adik laa..okeh,..banyak yang husna dapat daripada kem ni..Walaupun kem ni dianjurkan untuk adik-adik, tapi, ana pun dapat banyak manfaat..Well, we get what we give right? ^_^
Kat sini, ana nak cakap,
dan husna pun nak mintak maaf sangat-sangat..masa kem tu..ana tak dapat hulur sumbangan suara yang banyak laa..kesian kat sahabat2 sebab kene jadi translator ana...
walaupun mula-mula kem tu ada masalah teknikal sikit...dengan LCD dan mikrofon. . . alhamdulillah, perjalanan pada hari kedua, ana memang puas hati...nampak kerjasama antara unit2..walaupun memang ada kekurangan, tapi tu laa..hakikatnya kita x boleh lari daripada kesilapan..jap2..x habis lagi. memang kita tak lari daripada kesilapan. tapi x bermakna kita boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh sambil berkata "manusia tak lari dari buat salah" betul x?
syukron jazilan kepada sahabat2 sebab sanggup bersengkang mata untuk tidur lewat selama 3 malam tu..hari rabu pukul 3, hari khamis pukul 2, hari jumaat pulak pukul 3.. tapi, jangan lupa untuk cakap alhamdulillah sebab Allah masih bagi peluang kepada kita untuk buat pahala pada masa orang lain tengah tidur..untung kan? apa yang sahabat2 dapat daripada tidur lewat ni?
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]
lepas post mortem dengan muslimin, muslimat ada sesi post mortem di kuarters pulak. Ana harap sahabat2 dapat ambil iktibar daripada apa-apa yang di'post-mortem'kan..
meh ana ulang sikit ye apa-apa yang dipost-mortemkan..sama-sama kita saling memperingatkan..
-surah as-saff sekali dengan makna di'tasmi' secara rambang..kat sini, ana nak kongsi balik huraian daripada as-saff ayat 10-11 yang telah dimuhasabahkan. Harap2 sahabat2 dah hadam ayat ni.
wahai orang-orang yang beriman, hendakkah kamu, aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
apa yang hendak diniagakan? Allah jawab,
beriman kepada Allah dan rasulnya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Ok, kalau ada perniagaan, mesti ada penjual, mesti ada pembeli. . . jadi siapakah penjual dan pembeli dalam ayat yang Allah firmankan ni?
jawabannya. . .
penjualnya ialah kita dan pembelinya ialah Allah. . . maka, jika pembelinya ialah Allah, adakah wajar untuk kita bermain-main?
apa yang kita jualkan? diri dan harta kita. Seluruhnya! sahabat-sahabat, renung2kanlah..Sedangkan Saidina Abu Bakar menangis kerana memikirkan bahawa dirinya tak layak kerana penuh dengan aib. Dan barang yang terdapat aib tidak boleh dijual beli..
kita?? lagi laa banyak aibnya kan..Nabi Muhammad s.a.w. mengumpamakan bahawa amalan saidina Abu Bakar jika diukur dengan bumi dan seisinya lebih berat timbangan amalan saidina Abu Bakar. Tapi sahabat nabi itu tetap takut dan menangis..kita?? wujudkah takut untuk bermain-main dalam perjuangan dalam hati kita?
kalau kita berpaling kita yang akan rugi, kerana Allah menawarkan ganjaran yang cukup banyak bagi orang yang berjuang, berjihad di jalan Allah ini.. apa?
1. diampunkan dosa-dosa kita
2. Dimasukkan ke dalam syurga yang mana mengalir di bawahnya sungai-sungai
3. Tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn'
siapa yang rugi andai kita main-main? Kita laa kan...
Ok, cukup laa ulasan tentang post mortem yang ana nak ingatkan semula kpd sahabat-sahabat. Ya! Satu lagi. masa post mortem hari yang pertama (post mortem muslimat), ana ada sebut pasal lambat. Betul tak? Sebenarnya ana nak terima kasih pada sahabat-sahabat. Ana suka sangat2 pada hari kedua tu bila sahabat2 bergegas dan siap lebih awal. 5 minit awal daripada yang ana ditetapkan. (jangan main2, ana tengok taw ^_^) Terima kasih sahabat. Amat benarlah firman Allah dalam surah az-Zariyat:
Dan berilah peringatan kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang yang beriman
Sebut pasal post mortem ni. Teringat pulak ana post mortem dengan muslimin. Asif jiddan andai ada yang terasa. Apa-apa yang ana sampaikan tu, bukan nak marah pun sebenarnya. Mungkin sebab ana sakit tekak, suara pun jadi 'agak pelik' sikit. Sampai sahabat2 lain yang kena jadi translator. (ok, kali kedua ana ulang~) Entah kenapa pulak ana sebut pasal ni kat dalam blog ye? x pe laa.. B)
Sahabat,
dalam perjuangan itu pasti ada penat,
pasti ada cabaran, mehnah, dan tribulasi,
tapi,
Sahabat, ingatlah...
tiada kepenatan dalam perjuangan,
tiada cabaran dalam pengorbanan,
tanpa diakhirnya kita beroleh kesenangan dan ganjaran..
jika tidak di dunia, di akhirat nanti. . .
yakin itu!
Ok, cukup laa ana berceloteh di sini..sahabat2 jemput baca ya. . .
ana x ada gambar utk ditayangkan..sebabnya kamera tertinggal. . .
asif~
Subscribe to:
Posts (Atom)



